ONEXOX
BannerFans.com

Video Pemipit Dibelasah Oleh Ibu Mangsa Di Kelantan Tersebar

on Wednesday, May 28, 2014

Seorang lelaki cedera parah dibelasah sekumpulan individu selepas dipercayai telah merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dalam kejadian di Pantai Seri Tujuh, Tumpat semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, sekumpulan individu yang dipercayai ahli keluarga kepada mangsa rogol membelasah lelaki berkenaan yang berusia 30-an di hadapan orang ramai.

Mangsa yang berasal dari Jertih, Terengganu dipercayai datang ke rumah saudaranya di Bachok sebelum menjadi mangsa nafsu lelaki berkenaan.

Berang dengan berita malang itu, keluarga mangsa bertindak mencari suspek dan berjaya mengesan salah seorang dari mereka yang dikesan berniaga di Pantai Seri Tujuh, Tumpat.

Sebaik melihat mangsa, kumpulan individu terbabit terus menyerang dan melucutkan seluar mangsa sebelum memukulnya dipercayai dengan rotan sambil disaksikan orang awam. Perlakuan itu turut dirakam pihak tertentu dan dimuat naik sebelum tersebar secara meluas di Internet sejak semalam.



Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

bagus...itu je ajar org y merogol ni...biar padan muka..mmg ptt laa hudud diadakan..biar org tkut skit nk merogol..ni tak,dh laa merogol boleh lepas camtu je..aku sokong ape y fmly mangsa tu buat,at least pasni hope tak de sape lg jd mangsa rogol...klu nk kire aib,aib lagi bdk pompuan tu..gelap masa depan,trauma die..setakat perogol ni xde aib nye..klu rs diri tu ada aib xde laa merogol org...


May 29, 2014 at 1:33 AM
Anonymous said...

cara dunia sekarang adalah membantu perogol kembali merogol selepas 20 tahun, bila perogol dah tahan 20 tahun dlm penjara xbuat bnda tue kuar nnti diaorg bleh buat lagi... lagi drastik untuk diaorg... nielah cara dunia sekarang dimana perogol dilepaskan untuk merogol generasi hadapan...


May 29, 2014 at 11:14 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved