ONEXOX
BannerFans.com

Lelaki Dirompak Selepas Dipeluk Wanita Dalam Lif

on Friday, June 7, 2013

Abu Dhabi – Dakwaan bahawa memeluk tidak memerlukan sebarang bayaran terbukti silap bagi seorang pekerja warga asing di Abu Dhabi.

Warga India, Noushad kerugian Dh29,000 (RM24,300) apabila seorang wanita berpakaian abaya mencuri dompetnya selepas memeluknya dalam sebuah lif baru-baru ini.

Kejadian berlaku siang hari di sebuah bangunan di kawasan Kelab Pelancong.



Noushad, 48, jurunilai kenderaan dengan sebuah syarikat insurans berkata, dia begitu terkejut apabila wanita yang berbahasa Arab itu tiba-tiba memeluknya.





“Kejadian bermula kira-kira jam 1.40 petang (waktu tempatan) ketika saya hendak menyeberang jalan untuk memeriksa sebuah kenderaan. Wanita itu mendekati saya dan meminta meminjamkannya pen. “Dia kemudian mengajak saya menemaninya ke dalam bangunan AL Raed dan membantu mengisi borang berbahasa Inggeris. Dia mendakwa tinggal di situ bersama keluarganya dan ingin mendapatkan bantuan kerana tidak boleh membaca atau menulis bahasa Inggeris. Dia kelihatan begitu jujur,” kata Noushad.

Menurutnya, sebaik memasuki lif, wanita itu berubah menjadi penggoda dan memeluknya dengan erat.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved