Gara-gara tidak diberikan layanan yang istimewa di sebuah premis makanan, Pegawai Khas Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin telah memuat naik status memburukkan Zam News Room Cafe di Ayer 8, Presint 8, Putrajaya yang dikunjunginya.
Zeifry Ibrahim memuat naik status,
"Nama sampaoii,-makanan hampehhh. Custormer tanya -jawapan "Ini cara masa kita macam ini."
Sebelum itu, Zeifry dan tiga orang teman wanitanya mengunjungi premis berkenaan. Mereka kemudiannya didatangi oleh pelayan cafe yang datang memberitahu bahawa makanan serta bayaran perlu dipesan di kaunter kerana Zam News Room adalah cafe yang berkonsepkan cafe layan diri.
Bagaimanapun, setelah makanan dihidangkan, Zeifry mengadu nasi tomato hanya ada sejenis kuah dan sejenis laut sahaja dan dia dimaklumkan "Itulah cara kami, tak banyak lauk kerana bukan sebuah restoran tetapi hanya cafe."
Ekoran dari itu, Zeifry protes dan tidak menghabiskan makanannya, merakam gambar makanan dan terus meninggalkan cafe tersebut. Zeifry kemudiannya memuat naik status Facebook yang mengkritik Zam News Room berserta dengan gambar makanannya tadi.
Zam News Room adalah milik bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Zainuddin Maidin yang hanya menyediakan makanan yang ringkas seperti nasi lemak, nasi tomato, sandwich, lasagna, spagheti selain dari minuman.
Zainuddin Maidin melalui blognya berkata, dia tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pegawai khas Khairy Jamaluddin. Sebaliknya, Zainuddin meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap yang ditunjukkan oleh lelaki itu yang dilihat sebagai mencemarkan nama menteri dan kerajaan.
"Supaya cafe saya tidak lagi tercemar, maka adalah lebih baik bagi saya untuk mengharamkan Pegawai Khas Khairy Jamaluddin ini dari memasuki Cafe ini buat selama-lamanya," katanya dalam blog zamkata.blogspot.com
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 3 comments... read them below or add one }
itu bkn KJ ...itu Zeifry Ibrahim...takyah lah nk buruk kan KJ ...tajukkk jee nak gempak....aptb ...hahha
November 4, 2014 at 4:21 AM
ape babi title mcm ni?
November 4, 2014 at 9:17 AM
betul la title tu.. 'PegawaI Khas KJ'..
November 4, 2014 at 7:23 PM
Post a Comment