Saudara belum bersedia menjadi Menteri penuh rupanya. Terlalu dangkal proses analitikal yang saudara canai dalam perolehan falsafah Kementerian Belia dan Sukan.
Sebelum ini, Pak Sedaro sudah asak Kj dengan kefahaman bahawa untuk memimpin KBS wajib mahir perundangan Akta Pembangunan Belia dan Pertubuhan Belia 2007 (Akta 668) dulu. Kemudian Akta Pembangunan Sukan. Juga menjalankan kajian terperinci dengan bantuan Pegawai-pegawai lantikan YB Menteri yang bijak, cekap dan bil-hikmah.
YB Menteri bukan meja untuk cetus konflik dan kuasa. Mempersoal siapa FAM, bidaan Piala Dunia 2034 bukan juga agenda YB Menteri. Kegagalan kau maso Timbalan Presiden FAM sudah bukti bahawa kau tak mengerti makna Sukan dalam Malaysia. Bukan Sukan di Malaysia.
Kj yang digelar budak bijak Rembau (Iyo ko?, sodar tak selamo Kj bertapa di Parlimen ni, modal rakyat khasnya Saluran 1 & 2 ialah Kj ini cucu Penghulu Bakar). Kok, bersungguh bonar nak atur rancang KBS. Amat elok, kau kaji semua Program Pertukaran Belia Luar Negara dulu sejak 1990. Minta Bahagian Antarabangsa dan Hal Ehwal Pembangunan Belia bentangkan kepada kau, segalanya. Minta Bahagian Kepimpinan JBSN untuk bentang program pemerkasaan kepemimpinan tahap 1, tahap 2 dan tahap kebangsaan jika ada?
Minta pegawai KBS namanya Mod Nadzri dan Aida bentangkan perihal SSEAYP International Malaysia dan program SSEAYP dan panggil Mesyuarat Khas YB Menteri bersama Jawatankuasa SSEAYP International Malaysia secara terbuka-terus terang, tanpa sembunyi. Maka, Kj kau akan terkejut bosar, bagaimana kegiatan kelentong para pegawai temberang KBS kepada YB Menteri-Menteri sebelum ini.
Ingatlah Kj, bahawa kau ini Menteri Belia dan Sukan Malaysia, bukan heboh Menteri Sukan hingga semua dapur Persatuan yang prestij nak kau borong. Cukuplah menjadi Ular Sawa. Ular Sawa yang lapar aja sibuk menjadi lubuk dan kambing baru.
Ingatlah Kj, bahawa Negeri Sembilan khasnya Parlimen Rembau ialah pusat kemenangan undi kau. Ekau ini Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rembau, Ketua Pemuda UMNO Kebangsaan. Kok, dah jadi Menteri Belia dan Sukan pun masih tak cerdik, dan ditemberang oleh Pegawai-pegawai Khas YB Menteri, Pegawai-pegawai KBS yang terkenal sebagai melepas tengguk, buat kerja melepas batuk di tangga; baling batu sembunyi tangan sedang mengelilingi Kj. Kalau pasukan kerja KBS yang ikhlas tidak bersuara, tidak bertindak lebih cekap, maka, hancurlah Kj.
Lingkuplah KBS. Sejarah YBM Mokhtar Hashim mungkin berulang kembali. Sadis gila beb.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




{ 1 comments... read them below or add one }
bagi dio maso lah jang. baru dapek jawatan haaa.
komain marah bonar lak kau jang.
lepak chill lah beroooo.
June 12, 2013 at 2:57 AM
Post a Comment