Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil berkata pembeli dapat menjimatkan lebih daripada 10 peratus harga untuk kereta varian itu, yang akan dilancarkan jualannya di bilik pameran Proton di Mutiara, Damansara.
"Proton menawarkan harga yang lebih rendah, bukan harga yang lebih murah, kepada para pembeli, tanpa sebarang kompromi terhadap aspek kualiti, malah aspek keselamatannya dipertingkatkan lagi," katanya kepada wartawan Malaysia pada acara pelancaran kereta Proton Preve di Hotel Indonesia Kempinski di sini.
Pelancaran itu dilakukan oleh Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan.
Mohd Khamil bagaimanapun enggan memberitahu jenis kereta yang akan ditawarkan itu dan meminta rakyat Malaysia menunggu pelancaran jualannyanya pada Sabtu ini.
Pengerusi Eksekutif Proton itu berkata langkah menawarkan harga rendah untuk kereta Proton adalah selaras dengan langkah kerajaan Malaysia untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat-peringkat.
Mengenai penjualan Proton Preve di Indonesia, Mohd Khamil berkata syarikat itu yakin dapat menjual kereta itu dengan sasaran 200 ke 220 unit setahun, untuk eksekutif muda yang berhasrat menukar kereta baharu untuk gaya hidup baru.
Keyakinan itu disandarkan kepada strategi pemasaran tempatan termasuk jaminan pembelian balik selama tiga tahun kepada para pembeli dari Indonesia.
"Preve diciptakan dengan aspek keselamatan, prestasi, keselesaan, rangka berkualiti, teknologi, reka bentuk keseluruhan dan kemudahan. Ia menetapkan standard untuk generasi baru kereta Proton," katanya.
Proton menyasar menjual 2,500 unit kereta untuk semua model keluarannya untuk pasaran Indonesia pada tahun ini.
Proton Preve sebelum ini telah dipasarkan di Australia, Thailand and Brunei dan langkah proton untuk memasarkan model-model kereta keluarannya di luar negara merupakan sebahagian daripada langkah membina jenamanya yang kukuh kepada para pembeli kereta.
Mohd Khamil berkata, di Indonesia Proton Preve akan dijual dengan harga Rp285 juta seunit (kira-kira RM89,000).
Harga yang ditawarkan itu adalah 16 peratus lebih rendah daripada kereta kelas yang sama dari jenama lain, namun kualiti dan teknologi Preve adalah lebih baik atau sekurang-kurangnya setanding dengan mereka, katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment