Rangkaian S-Series meliputi model kereta Viva S, Myvi 1.3 SE dan Alza S telah dilancarkan pada 14 Mac lalu oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sehingga kini, syarikat telah menerima tempahan sebanyak 45,000 unit untuk varian berkenaan dan 32,000 unit kereta yang ditempah itu pula telah diterima pelanggan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, penjimatan tersebut tidak terhad kepada harga kenderaan yang lebih murah, tetapi juga nilai tambah daripada aspek aksesori kenderaan, perkhidmatan servis dan alat ganti percuma dalam tempoh tiga tahun.
Mengambil contoh model Perodua Myvi SE, Aminar Rashid menjelaskan, pihaknya telah menyelaraskan harga kepada RM2,000 lebih rendah berbanding varian yang digantikan.
“Perodua turut menawarkan servis dan alat ganti percuma seperti minyak enjin, gasket dan palam pencucuh selama tiga tahun yang kesemuanya bernilai RM1,120.
“Selain itu, kami turut menambah beberapa kelengkapan baharu seperti bampar, skirting sisi dan spoiler yang bernilai RM2,500.
“Ini memberikan pengguna nilai tambah sebanyak RM5,620 berbanding varian sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment