ONEXOX
BannerFans.com

Ayah Noor Dayana: Anak Saya Tidak Pernah Redha Ashraf Muslim Kahwin Dua

on Wednesday, July 17, 2013

Ashraf Muslim semalam mengejutkan ramai pihak apabila beliau membuat pengakuan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur yang beliau sudah pun bernikah dengan kali kedua di Thailand.

Tindakan Ashraf Muslim itu mengundang rasa kesal di hati ayah mertua beliau iaitu ayah Noor Dayana, isteri pertamanya yang mendakwa selebriti itu telah berbohong tentang tujuan beliau ke Thailand.

Bercakap kepada media di mahkamah, Hj Lokman nyata kesal dengan keputusan Ashraf Muslim untuk berkahwin kali kedua sebelum mahkamah memberikan sebarang kebenaran untuk berbuat demikian.




“Kami sekeluarga tersangat kesal kerana kami mengharapkan perbicaraan ini — kerana jika mahkamah membenarkan dia berkahwin, kami redha. Kami akan hormat keputusan mahkamah”

“Ini belum lagi mahkamah buat keputusan, dia telah bernikah di Thailand,” ujar Hj Lokman yang turut berkata Ashraf Muslim tetap sembunyikan perkara ini sehingga beliau balik dari Thailand.

Hj Lokman turut menafikan yang anaknya Noor Dayana redha dengan keputusan Ashraf Muslim untuk berkahwin buat kali kedua & tindakan pergi ke mahkamah memang keputusan Noor Dayana sendiri.





“Daripada mula pun anak saya tidak rela atau redha — yang dalam surat khabar kata anak saya redha itu pun bukan dari anak saya — itu satu penipuan yang besar,” tambahnya lagi.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 5 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Risiko bila berkahwin dgn org yg perasan dia handsome. Org handsome akn mjadi rebutan ramai. D morale of d story kahwin dgn org yg mencinta (wp xbrp handsome) kita. Jgn kahwin dgn org yg kita cintai hu hu...


July 17, 2013 at 10:48 PM
Anonymous said...

Nak khawin 2, 3 atau 4 ...perlukan REDHA...???. Sebenarnya ini dah ketentuan...Allah s.w.t kalu tak...tak de lah menjadi dari keinginan...semua ada " sebab dan akibat..." faham...bagi yang faham...


July 17, 2013 at 10:57 PM
Anonymous said...

kawin dgn artis..memang la cmtu..berlakon je sepanjang masa...mcm la pelakon tu baguuuuuus sangat...


July 18, 2013 at 12:30 AM
Anonymous said...

Inilah dugaan kpdamu wahai ashraf muslim....tbahlah hadapi UJIAN ini...


July 18, 2013 at 3:21 PM
Anonymous said...

Dah dia mampu.. Kn bgs tuuuuu..


July 21, 2013 at 3:58 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved