ONEXOX
BannerFans.com

Empat Gadis Islam Tolak Fatwa, Nekad Tanding Ratu Cantik

on Tuesday, July 23, 2013

Empat gadis Islam pertandingan ratu cantik Malaysia yang dibatal penyertaan mereka berkeras untuk terus bertanding merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 pada 2 Ogos ini.

Sara Amelia Muhamad Bernard, 20, kecewa dengan fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik.

“Saya sedar umat Islam tidak dibenarkan memasuki pertandingan ratu cantik tetapi saya dimaklumkan penganjur ia dibenarkan kerana kami tidak perlu memperagakan pakaian renang, sebaliknya hanya pakaian sukan,” katanya.



Sementara seorang lagi peserta, Wafa Johanna De Korte, 19, turut kecewa dengan keputusan penganjur yang membatalkan penyertaan mereka.





“Saya terharu melihat penganjur berusaha mempertahan dan melihat potensi dalam diri kami untuk mewakili kaum Melayu dalam pertandingan ratu cantik Malaysia.

“Saya berbesar hati untuk meneruskan perjuangan di dalam pertandingan ini, jika masih ada peluang,” katanya.

Penganjur Miss World Malaysia 2013, Datuk Anna Lim, berkata walaupun menarik balik penyertaan empat peserta Islam itu, pihaknya masih memberi peluang kepada mereka menyertai program itu.

Dalam pada itu, Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) menggesa kerajaan mewujudkan Enakmen Jenayah Syariah berhubung penyertaan umat Islam dalam pertandingan ratu cantik.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 6 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Yg haram tetap haram!!!


July 23, 2013 at 5:12 AM
Anonymous said...

bengong punya statement, mana ada pageant yg tk ada pakai bikini atau pakaian renang.
nama lg miss world, mesti le setiap inci body depa nk tengok nk tau sapa menang..


July 23, 2013 at 7:09 AM
Anonymous said...

tolak hukum Allah...tunggulah saat balasan Allah...nauzubillah..cepat2 la bertaubat wahai perempuan...


July 23, 2013 at 9:21 AM
Anonymous said...

keturunan je melayu...agama bukan islam....sure ke dieorang tu islam????kalu tulin islam,xkan dia tentang fatvva yg dikeluarkan.....


July 23, 2013 at 12:28 PM
Anonymous said...

Mcm-mcm skrg ni???? perkara baik ditolak perkara buruk di angkat setinggi2nya...nauzubillah....


July 23, 2013 at 6:59 PM
Anonymous said...

smpai ati ...org yg tak nak Islam ni lah yg menangkan BN PRU13 dulu !


July 24, 2013 at 1:03 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved