Program anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri itu diadakan di Pasar Komuniti dan Karavan (Pakar) Paroi, Kilometer 12, Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat sini.
Mantai adalah perkataan dalam dialek negeri ini yang bermaksud persediaan daging sembelihan sehari sebelum ketibaan Ramadan atau Syawal.
Pada masa ini, harga daging lembu di negeri ini adalah antara RM22 dan RM24 sekilogram.
Pengarah FAMA negeri, A. Rahaman Suleiman berkata, potongan harga itu dilaksanakan sehingga stok masih ada.
"Mantai Ramadan ini akan diadakan mulai pukul 4 petang hingga 11 malam pada hari berkenaan," katanya di sini.
Sementara itu, beliau memberitahu, FAMA turut menganjurkan Bazar Ramadan di tempat yang sama mulai 10 Julai hingga 7 Ogos.
Jelasnya, bazar tersebut dibuka mulai pukul 4 petang hingga 11 malam bagi memenuhi keperluan orang ramai membeli juadah berbuka puasa dan persiapan sambutan Aidilfitri.
Katanya, FAMA juga akan mengadakan program Pasar Tani Khas menjelang Ramadan di Pasar Tani Batu 4, Port Dickson pada Selasa ini.
"Orang ramai boleh datang untuk membeli-belah pelbagai barangan keperluan harian pada program tersebut," katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment