ONEXOX
BannerFans.com

Kaunter aduan di bazar

on Saturday, July 13, 2013

SEREMBAN – Kaunter khidmat pengguna kini dibuka di pasar besar dan bazar Ramadan di negeri ini bagi membolehkan orang ramai membuat aduan serta-merta mengenai kenaikan harga barangan atau penipuan oleh peniaga.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, Mohd. Talal Abu Bakar berkata, kaunter itu disediakan di Pasar Ampangan, Pasar Kuala Pilah, Pasar Port Dickson, dan Pasar Besar Seremban.

“Kaunter-kaunter di pasar itu akan di buka pada waktu pagi sepanjang bulan Ramadan dan kita turut menyediakan penimbang untuk pengguna memeriksa berat barangan yang dibeli.



“Sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan berat atau harga yang dikenakan, mereka boleh semak dengan menimbang semula berat barangan yang dibeli di kaunter itu supaya tindakan segera boleh diambil ke atas peniaga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat Bazar Ramadan Ampangan sempena Ops Harga 2013 di sini kelmarin.

Jelas Mohd. Talal, kaunter tersebut juga dibuka di beberapa bazar Ramadan terpilih pada waktu petang.





“Bagi memudahkan pengguna, kita menyediakan kaunter di bazar Ramadan Seremban 2, Senawang, Ampangan, Paroi, Kuala Pilah, Batu Kikir dan Port Dickson.

“Kita turut menempatkan kaunter khidmat pengguna di beberapa lokasi membeli-belah popular seperti di Nilai 3, Bahau Square dan Tampin Square,” ujarnya.

Mohd. Talal memberitahu, sehingga kini pihaknya belum menerima aduan mengenai kegiatan peniaga menaikkan harga barang.

“Saya menasihati peniaga agar mematuhi peraturan dengan meletakkan tanda harga bagi memudahkan pelanggan,” ujarnya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved