Dalam kejadian terbaru itu, kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang sedang tidur ditinggalkan ibunya dalam kenderaan yang dikunci dari dalam serta enjinnya hidup sebelum keluar membeli-belah.
Bagaimanapun, kali ini, kanak-kanak itu berjaya diselamatkan orang ramai selepas melihatnya tidur seorang diri dalam kereta berkunci.
Goyang kereta baru terjaga
Menurut saksi, orang ramai berjaya mengejutkan kanak-kanak itu dengan menggoyangkan kereta itu beberapa kali sebelum budak perempuan terbabit terjaga setengah jam kemudian dan membuka pintunya.
Dalam kejadian jam 8.30 malam di Taman Putra Jaya dekat Telipok di sini, wanita lingkungan usia 20-an itu mengaku meninggalkan anaknya berseorangan dalam kenderaan kerana keluar membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya berhampiran.
Wanita itu memberitahu orang ramai, dia meninggalkan anaknya dalam kereta kerana tidak sihat.
Khamis lalu, Nawal Iris Samsudin, tiga tahun, ditemui lemas dalam kereta yang ditinggalkan ibunya di pekarangan sekolahnya di USJ4, Subang Jaya.
Ibu kanak-kanak itu, Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dikatakan terlupa anaknya berada dalam kereta ketika tergesa-gesa menghadiri mesyuarat di sekolahnya jam 11 pagi.
Mayat Nawal ditemui dalam keadaan kebiruan dalam kereta itu jam 5.30 petang ketika ibunya bersiap untuk pulang selepas sesi sekolah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengulangi perkara sama kerana ia bukan saja membahayakan kanak-kanak, malah boleh mengakibatkan kejadian tidak diingini termasuk ancaman jenayah.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 7 comments... read them below or add one }
x sayang ank ke???lom kne lg..ambk kisah smlm jd kn tauladan..x tgk media minah ni gak nye..lol!!
July 21, 2013 at 5:44 AM
buat undang2.... saman ibu atau bapa yang buat perkara mcm tu...
July 21, 2013 at 10:31 AM
org malaysia ni mmg degil sebenarnya.. kna dlu baru la timbul penyesalan. x hairan pun sebenarnta.
July 21, 2013 at 5:13 PM
sgt mnghairankan. apa yg terjadi sblum ini sdh cukup membuktikan kecuaian blh berlaku,tp knapa masih lg ada yg x ambik kisah? ker nk 10x hingga 20x terjadi dulu baru ibubapa nk sedar?
July 21, 2013 at 5:19 PM
tolonglah.. anak adalah anugerah yang paling berharga sekali yang tak dapat digantikan dengan harta kebendaan mahupun wang..!! tolonglah hargainya..
July 21, 2013 at 5:23 PM
Anak perlulah sentiasa di kerusi hadapan jika bersama single parent dan perlu di latih supaya aktif di dlm kereta....supaya ibu bapa sentiasa sedar bahawa anak bersama mereka...ini adalah cara saya......
July 21, 2013 at 5:36 PM
bodoh.meeting lg penting dr anak.
July 22, 2013 at 1:16 AM
Post a Comment