Kejadian menyayat hati di sebuah sekolah menengah di USJ4 di sini itu menyebabkan anak bongsu daripada dua beradik, Nawal Iris Samsudin, 3, mati di tempat kejadian akibat lemas selepas ditinggalkan selama enam jam bermula pukul 11.30 pagi kelmarin.
Mayat kanak-kanak tersebut ditemui oleh ibunya, Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, selepas selesai mengajar sesi petang di sekolah tersebut pada pukul 5.30 petang. Wanita itu merupakan guru di sekolah berkenaan.
Menurut kakitangan sekolah yang enggan dikenali, guru wanita yang baru selesai mengajar pada sesi petang itu terus meraung apabila menemui anaknya yang sudah kebiru-biruan, tidak lagi bergerak dan pakaiannya dibasahi peluh sebaik membuka pintu kereta Myvi yang berwarna kuning.
"Sebelum itu tiada siapa tahu yang anaknya berada di tempat duduk belakang kereta. Guru wanita itu meraung kuat hingga mengejutkan kami dan apabila dilihat, kami dapati anaknya sudah kaku dalam keadaan basah kuyup dipercayai berpeluh akibat cuaca yang panas terik," ceritanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 2 comments... read them below or add one }
harap puan bersabar dgn ketentuan.
July 19, 2013 at 3:00 PM
saya tak faham, kenapa? kenapa dibawa sekolah & parking tk buka tingkap LUAS2? takut kereta kene curi & anak kene culik? Dah tu tak jenguk2 anak ke dlm 6 jam tu? baik bwk masuk kelas!!! mati lemas ni azab tau, bukan mendadak, ambil masa, azab + nazak :'(
July 20, 2013 at 2:46 AM
Post a Comment