Susulan itu, pada 26 Jun baru-baru ini, anggota unit EMPV ini juga telah berjaya menahan seorang suspek di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Pagoh bersama sepucuk pistol, peluru, dadah, berserta kenderaan curi yang digunakan oleh suspek.
Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara menjelaskan ianya merupakan antara rampasan dadah yang terbesar di Kedah sejak beberapa tahun yang lalu.
Berucap sempena Majlis Penyerahan Sumbangan Mitsubishi Lancer Oleh Plus Malaysia Berhad Kepada Cawangan Trafik Bukit Aman, Ketua Polis Negara menyampaikan ucapan ribuan terima kasih kepada PLUS di atas sumbangan itu bagi membantu memperkukuhkan penjanaan sumber logistik PDRM.
Beliau turut memuji Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) sebagai antara syarikat yang sentiasa prihatin dengan kekangan yang dihadapi oleh PDRM.
“Saya ingin mengambil kesempatan di majlis ini untuk menyeru kepada semua pegawai dan anggota Cawangan Trafik, Bukit Aman supaya menjalankan tugas secara profesional dan komited dan yang paling penting sekali ialah hasil yang ingin dicapai iaitu kejayaan serta peningkatan prestasi dalam mengurangkan kemalangan jalan raya dan juga insiden-insiden jenayah di negara ini,” akhiri beliau.
Hadir sama pada hari ini, Tan Sri Dato’ Mohd Sheriff bin Mohd Kassim, Pengerusi PLUS Malaysia Berhad, Dato’ Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, Dato Seri Mohd Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas, Dato’ Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan, Timbalan-Timbalan Pengarah PDRM, Pegawai-Pegawai Kanan Lembaga Lebuhraya Malaysia/PLUS Malaysia Berhad, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta wakil-wakil media.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment