Ketua Pegawai Eksekutifnya Hisham Othman berkata Proton Edar yakin Preve di pasaran sekarang mempunyai nilai wang tersendiri bagi pembeli dan pengguna Preve.
“Proton Preve mempunyai nilai yang baik memandangkan Preve menggunakan enjin 1.6 “turbo”, dengan prestasi kereta yang menggunakan enjin turbo hampir menyamai kereta 2000cc,” katanya kepada Bernama dalam perbualan telefon hari ini.
Hisham berkata Proton Preve mempunyai banyak kelebihan berbanding kereta berjenama yang lebih hebat dan harga yang lebih mahal, yang berada di pasaran.
“Preve mempunyai kelebihan tersendiri. Malah, Preve memiliki ciri-ciri keselamatan yang tidak ada pada kereta lain, seperti Kawalan Kestabilan Elektronik.
“Ciri keselamatan tersebut hanya ada pada kereta-kereta mewah seperti BMW dan Mercedes, namun yang menakjubkan, Preve, sebuah kereta nasional, dilengkapi ciri keselamatan canggih yang setaraf dengan kereta-kereta mewah antarabangsa,” katanya.
Beliau juga mendakwa terdapat sesetengah kereta mewah dalam pasaran Malaysiatidak dilengkapi ciri-ciri keselamatan memandangkan pengguna di negara ini masih membeli kereta berdasarkan jenama tanpa memikirkan ciri-ciri keselamatan yang ada pada kereta tersebut.
Hisham turut menyimpulkan bahawa Preve mempunyai tahap perlindungan yang sangat bagus berbanding kereta lain yang hampir sama dengannya.
“Preve boleh memberi nilai wang kepada pembeli, sangat selamat, prestasi yang lebih baik berbanding kereta lain, malah Preve mempunyai pemanduan kanan Lotus, yang dibangunkan oleh Lotus di London,” katanya.
Baru-baru ini Honda memperkenal model CKD Honda Jazz Petrol pada harga atas jalan, termasuk insurans sebanyak RM74,800, dengan bayaran bulanan serendah RM755, berdasarkan unjuran 90 peratus pinjaman.
Harga di atas jalan Preve ialah sekitar RM73,000.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment