Ali yang juga seorang pesara polis bantuan berasal dari Dalat itu berkata ketika kejadian dia dan isterinya, Napsiah Hasan, 61, serta seorang cucu lelaki berusia tiga tahun memulakan perjalanan dari Bekenu, Miri, pada jam 4.20 pagi ke Kuching.
“Tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba sebuah kereta melintang di hadapan dan saya gagal mengawal kenderaan lalu merempuh bahagian tengah kereta Proton Saga itu,” katanya.
Ali berkata, perlanggaran itu menyebabkan isterinya cedera parah dan cucu yang berada di pangkuannya patah kaki kanan.
“Bagaimanapun isteri saya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sebuah klinik kesihatan berdekatan manakala cucu saya dibawa ke Hospital Mukah untuk rawatan lanjut,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment