ONEXOX
BannerFans.com

Selepas 10 Jam Di SKMM, Pasangan Biadap Dibawa Pula Ke Balai Polis

on Monday, July 15, 2013

KUALA LUMPUR – KUALA LUMPUR – Setelah lebih 10 jam disoal siasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pasangan seks murahan Alvin Tan dan Vivian Lee akhirnya keluar dari bilik siasatan jam 9.30 malam tadi.

Pasangan tersebut yang diiringi oleh dua orang pegawai polis mengelak dari ditemubual para wartawan yang hadir sejak pagi.

Kehadiran pasukan polis di penghujung sesi soal siasat oleh SKMM menimbulkan spekulasi yang mereka mungkin akan disiasat oleh pihak polis pula selepas ini.

Pasangan tersebut dikawal dan diiringi oleh hampir 5 buah kereta SKMM dan sebuah Proton Waja milik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ketika meninggalkan bangunan SKMM di sini sebentar tadi.



Tindakan pihak PDRM itu mungkin lanjutan daripada kenyataan media yang dibuat oleh Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan Industri SKMM, Zulkarnain Mohd Yassin, siang tadi yang berkata pihak polis  juga mempunyai hak untuk mengambil sebarang tindakan jika perbuatan kedua mereka bersabit dengan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.





Bagimanapun belum ada sebarang pengesahan rasmi sama ada Alvin dan Vivian akan ditahan oleh polis atau tidak.

Dalam pada itu, Alvin ketika dihampiri pemberita menyatakan bahawa permohonan maaf yang dibuatnya menerusi laman sosial Youtube itu bukan untuk merendahkan sesiapa.

“Permohonan maaf yang kami buat adalah ikhlas,” ujar Alvin yang enggan mengulas lanjut soalan wartawan.

Manakala, Vivian yang hanya menundukkan kepala enggan memberi sebarang komen.

Memetik kenyataan SKMM sebelum ini, pasangan itu disiasat di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia.

Justeru, SKMM yang akan menyiapkan kertas siasatan dalam satu tempoh terdekat akan menyerahkannya kepada Jabatan Peguam Negara.

Pasangan berkenaan dipanggil SKMM pukul 10.45 pagi tadi untuk memberikan keterangan berhubung poster “Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh… Wangi, enak dan menyelerakan!) yang dimuat naik ke laman Facebook milik mereka baru-baru ini.

Poster itu disifatkan banyak pihak sebagai mempersenda serta menjatuhkan maruah umat Islam.

Dalam poster itu, terpampang wajah mereka berdua sedang menjamu selera dengan kapsyen “Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh… Wangi, enak dan menyelerakan!).

Bak Kut Teh adalah makanan sup masyarakat Cina yang menjadikan babi sebagai ramuan utama.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved