ONEXOX
BannerFans.com
Showing posts with label Sampah. Show all posts
Showing posts with label Sampah. Show all posts

PERAGUT HAMPIR PUTUS TELINGA

on Monday, May 4, 2015



KOTA BAHARU – Tindakan meragut seorang wanita membawa padah kepada dua lelaki apabila bukan hanya ditangkap malah seorang daripadanya hampir putus telinga kiri selepas dibelasah orang awam dalam kejadian di Kampung Tanjung Chat di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Rohaimi Md Isa berkata dalam insiden kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa, seorang wanita berusia 50 tahun, berada berhampiran pintu pagar hadapan rumahnya.

Beliau berkata kedua-dua suspek dikatakan meninggalkan motosikal mereka di tepi jalan berdekatan sebelum seorang daripada mereka mendekati dan meragut beg mangsa.

“Anak lelaki dan seorang saudara mangsa cuba membantu selepas melihat kejadian itu tetapi seorang lagi suspek membawa sebatang kayu dan memukul mereka,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu hari ini.

Rohaimi berkata dalam ‎keadaan tegang itu, kedua-dua suspek melarikan diri dengan motosikal namun hampir sejam kemudian berjaya ditangkap orang ramai 200 meter dari tempat kejadian.

Menurut Rohaimi, seorang daripada suspek yang cedera parah di telinga kiri dan pipi dipercayai kesan hirisan benda tajam, dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan dilaporkan stabil manakala seorang lagi suspek cedera ringan dan ditahan untuk siasatan.

“Hasil siasatan menunjukkan kedua-dua suspek berusia 30-an yang berasal dari Wakaf Baharu, Tumpat itu mempunyai rekod kesalahan lampau berhubung kes dadah dan mendatangkan kecederaan,” katanya sambil menambah motosikal yang digunakan adalah kenderaan curi.

Beliau berkata setakat ini, polis masih cuba mengesan beg tangan yang dicuri yang dikatakan mengandungi wang tunai RM1,000, buku bank dan barangan berharga.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang awam supaya tidak melakukan kekerasan kepada mana-mana suspek kes jenayah tetapi menyerahkannya kepada pihak polis.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Sayu. Blog dakwa ada bukti komplot guling Najib

on Friday, April 24, 2015



Satu blog pro-Umno mendakwa memiliki bukti ke atas dakwaan mereka berhubung usaha di kalangan Pemuda Umno untuk menggulingkan presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut blog tersebut, komplot berkenaan dinyatakan dalam satu laporan yang dihantar kepada Najib.

“MYKMU telah melihat salinan laporan yang akan dihantar kepada perdana menteri dan mempunyai sumber yang boleh dipercayai untuk mengesahkan laporan tersebut,” tulisan itu dipetik.

Komplot berkenaan berhubung satu mesyuarat didakwa untuk didakwa untuk menghasut ketua pemuda Umno bahagian Johor untuk menentang kepimpinan Najib.

Ia didakwa dihadiri Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan atau dikenali sebagai Azwan Bro, serta barisan exco Pemuda Umno Arman Azha Abu Hanifah, dan Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi dan Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman.

Selain itu, MYKMU turut menyebut nama penolong setiausaha Pemuda BN Datuk Mohamed Shafri Abd Aziz.

Pertemuan itu sepatutnya diadakan bagi membincangkan strategi bagi menghadapi kempen pilihan raya kecil parlimen Rompin.

Tengku Adnan nafi

Dalam pertemuan itu, Azwan seterusnya didakwa melahirkan rasa tidak percaya dengan satu penjelasan Najib semasa pertemuan bersama Pemuda Umno minggu lalu.

Blog MYKMU hari ini turut meneliti kenyataan pemimpin Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Armand Azha Abu Hanifah berhubung pertemuan tersebut.

Menurut MYKMU, Armand hanya menyebut di Facebook bahawa pertemuan tersebut hanya “membincangkan isu 1MDB dan menyalahkan pengurusan 1MDB semata-mata”.

“Jika demikian mengapakah status Facebook Armand pada jam 2 petang semalam dengan jelas menyatakan beliau lebih sayangkan parti dari individu?,” soal penulis MYKMU.

Ia merujuk kepada kenyataan Armand bahawa beliau lebih “sayangkan institusi Umno daripada individu” dan menandakannya dengan topik “#Jebat”.

MYKMU juga meneliti tulisan pemimpin Pemuda Umno lain yang turut hadir dalam pertemuan itu, termasuk anggota exco, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi.

“Status Facebook beliau seawal 21 April lalu sudah membayangkan hasutan kepada pemuda untuk menjatuhkan Mohd Najib,” tulisan itu dipetik.

Tulisan berkenaan seterusnya mencabar para pemimpin berkenaan untuk menyatakan dengan jelas sekiranya mereka tidak lagi menyokong perdana menteri.

Penulis blog tersebut juga mencabar agar laporan polis dibuat.

“Lebih elok jangan menegakkan benang basah. Isytihar sahaja dengan nyata dan jelas tidak lagi menyokong presiden parti.”

Keseluruhan dakwaan tersebut bagaimanapun dinafikan oleh setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Ketika dihubungi, beliau menggesa agar individu yang membuat dakwaan itu insaf dan berhenti menyebarkan perkara itu.

"Macam mana anda boleh percaya blog? Anda tahulah, kadang-kadang blog menipu. Mereka ada agenda lain," katanya.

Menurutnya, beliau sudah menghubungi Azwan, yang menafikan dakwaan terbabit.

"(Apa yang disebut oleh Azwan) sudah diputar belit," katanya lagi

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Luahan sayu Najib "Kematian Tiga Sahabat Satu Tragedi Peribadi"

on Saturday, April 11, 2015



KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kematian sahabat rapatnya Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan dua orang pegawai kanannya Datuk Seri Azlin Alias dan Datuk Mohd Po'ad Jelani, baru-baru ini sebagai satu tragedi peribadi.

Walaupun bersedih, perdana menteri berkata kematian mereka telah mendorongnya untuk menjalankan tugas dengan lebih baik.

"Kehilangan mereka itu menguatkan iltizam saya untuk menjalankan tugas-tugas saya memimpin negara dengan sebaik mungkin untuk mencapai segala impian, segala cita-cita dan wawasan negara," kata beliau semasa wawancara dalam program Soal Jawab TV3 Edisi Khas, yang disiarkan malam ini.

Beliau berkata ketiga-tiga arwah telah banyak memberi sumbangan serta telah menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik.

"Dalam konteks pentadbiran negara, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis telah memberi sumbangan yang besar dalam pelbagai kapasiti di dalam dan luar negara.

"Allahyarham Datuk Azlin dalam pentadbiran pejabat saya telah menjalankan tugasnya dengan efisien, dengan amanah. Begitu juga dengan Datuk Po'ad sebagai setiausaha sulit saya, telah jalankan tugasnya dengan baik.

Jamaluddin yang merupakan anggota Parlimen Rompin dan bekas Duta Khas ke Amerika Syarikat, serta Azlin, yang merupakan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, terkorban dalam satu nahas helikopter di Semenyih 4 April lepas.

Po'ad yang merupakan Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri pula meninggal dunia akibat kanser limfoma bulan lepas.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PUNCA POLIS LANCAR OPERASI BESAR-BESARAN TERHADAP 'MAT MOTOR' TERJAWAP

on Wednesday, March 11, 2015



KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melancarkan operasi bersepadu khas secara besar-besaran terhadap penunggang motosikal dalam masa terdekat, berikutan peningkatan ketara statistik kemalang#an maut yang melibatkan penungganng motosikal.

Bagaimanapun, PDRM belum menetapkan tarikh bagi melaksanakan operasi itu kerana mahu memberi peluang kepada golongan terbabit memperbaiki kenderaan mereka, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.




"(Operasi) dalam masa terdekat tetapi ki#ta belum putuskan bila. Kita bagi peluang mereka memperbaiki kerosakan pada kenderaan seperti lampu brek, cermin sisi dan nombor pendaftaran.

"Ingin saya tegaskan, sebaik operasi itu dilancarkan PDRM tidak akan berkompromi atau menerima sebarang alasan yang diberikan malah jumlah saman yang dikenakan atas kesalahan berkenaan tidak akan dikurang#kan," katanya.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




NETIZEN MAKI INDIVIDU RAKAM & SEBAR GAMBAR DUA ANGGOTA POLIS LOLAP KERANA KELETIHAN



GEORGETOWN - Gara-gara gambar yang menunjukkan dua anggota polis Balai Polis Komuniti Mak Mandin, Seberang Perai Utara (SPU) tertidur, dua anggota berkenaan diarahkan bertukar ke bilik ger#akan Ibu Pejabat Polis Daerah SPU serta merta.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kertas siasatan tatatertib akan dibuka terhadap dua anggota berkenaan berikutan gambar yang tersebar di media sosial itu.

"Saya memandang serius perkar#a ini dan tindakan tegas akan diambil. Sementara menunggu keputusan tindakan disiplin, anggota terlibat diarah bertukar dalam tempoh 24 jam," katanya.

Bagaimanapun, netizen memberikan reaksi sebaliknya mengenai gambar yang tersebar itu dan mendakwa si perakam gambar berniat jahat mahu memalukan dua anggota polis berkenaan.




"Anggota polis juga adalah manu#sia, sudah tentu punyai rasa mengantuk dan akan tertidur jika mengalami keletihan. Mereka bukannya robot untuk berjaga sepanjang masa. Jika mereka tertidur sekali pun, apa salahnya si perakam gambar mengejutkan mereka? Perlukan ambil gambar dan sebar di laman sosial?" kata salah lelaki yang enggan didedahkan namanya.

Netizen juga mempertikaikan tindakan Ketua Polis Pulau Pinang yang terlalu tergesa-gesa mengambil tindakan yang drastik terhadap dua anggota terbabit.

"Daripada ambil tindakan terhada#p dua anggota berkenaan, lebih baik Ketua Polis Pulau Pinang bekerjasama dengan pihak Suruhjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan individu yang merakam dan menyebarkan gambar itu," katanya.

Tidak dinafikan, ramai yang seringkali menyalahgunakan teknologi dengan mengaibkan orang lain. Sewajarnya PDRM mengambil tindakan terhadap golongan sebegini.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




USIA PERSARAAN PENJAWAT AWAM KEKAL 60 TAHUN

on Tuesday, March 10, 2015



KUALA LUMPUR - Mengulas mengenai cadangan CUEPACS yang meminta kerajaan melanjutkan usia persaraan penjawat awam, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa menegaskan usia persaraa#n penjawat awam dikekalkan kepada 60 tahun sahaja.

"Kita akan kekalkan usia persaraan pada 60 tahun kerana kita baru saja melaksanakan peningkatan had umur dari 58 kepada 60 tahun," katanya pada media sekali gus menolak cadangan tidak masuk akal CUEPACS.

Bagaimanapun, Presiden C#UEPACS, Datuk Azih Muda berkata, kerajaan patut mengadakan perbincangan dengan CUEPACS terlebih dahulu sebelum membuat keputusan itu dan bukannya menolak terus cadangan yang diutarakan.

Tindakan Tan Sri Dr. Ali Hamsa itu seperti memperlekehkan pandangan pertubuhan itu. Seandainya perkara itu telah diputuskan setelah perbincangan dua pihak telah diadakan, tiada masalah untuk CUEPCAS menerima keputusan itu.




"Kita CUEPACS sangat kecew#a dengan tindakan pihak kerajaan kerana jelas tiada perbincangan yang dilakukan antara dua pihak berhubung cadangan ini.

"Kerajaan sepatutnya mengambil masa untuk mengkaji cadangan ini, bukannya menolaknya. Jangan ambil cadangan kami sebagai satu sampah dan terus buang dalam tong sampah," katanya.

Jawapan balas dari Presid#en CUEPACS ini jelas sekali tidak mengambil kira pandangan penjawat awam yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan cadangan melanjutkan usia persaraan itu.

Majoriti penjawat awam membantah dan menganggap cadangan CUEPACS itu bukannya mewakili suara penjawat awam 100%.

"Siapa mereka (CUEPACS) na#k bersuara untuk kami sedangkan tak ada pun sebarang bancian yang diberikan kepada mana-mana penjawat awam mengenai cadangan ini dan tanya sama ada kami setuju ataupun tidak?

"Mereka (CUEPACS) hanya tahu membuat cadangan dan keputusan sendiri yang jelas sekali mereka tidak mempedulikan nasib penjawat awam yang sebenar," kata seorang penjawat awam yang bertugas di sebuah kementerian di Putrajaya.

Menurut seorang penjawat awam wanita lagi, tindakan CUEPACS ini secara tidak langsungnya menyekat peluan#g orang muda untuk berkhidmat dalam sektor awam.

Tambahnya lagi, orang awam dan penjawat awam sendiri mula mempersoalkan apakah peranan CUEPACS yang sebenarnya, membantu penjawat awam atau membantu 'diri sendiri'?

Presiden CUEPACS sebelum ini m#eminta kerajaan mempertimbangkan cadangan melanjutkan usia persaraan penjawat awam dengan membandingkan tindakan negara seperti Singapura, Thailand, Sri Lanka, Eropah dan Amerika Syarikat yang menetapkan umur persaraan mencecah 65 tahun.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ngeri : Awek cun melecun toreh muka dengan Pisau Pencukur

on Saturday, March 7, 2015



Kuala Lumpur : Hanya kerana putus cinta ketika sambutan Hari Kekasih baru-baru ini, seorang gadis di Thailand berti#ndak nekad menoreh mukanya dengan pisau cukur.

Beliau yang disyaki kecewa kerana ditinggalkan teman lelakinya bertindak menoreh mukanya berkali-kali sehingga berdarah.

Paling mengerikan, apabila be#liau turut merakam aksi yang dilakukanya itu sebelum memuatnaik rakaman tersebut tersebut di laman Facebook.




Rakaman berdurasi 1:14 saat itu menjadi viral apabila ditonton sebanyak 4,865,476 kali dan dikongsikan oleh 69,380 orang pengguna Facebook.




Tinjauan SuaraTV di laman Facebook g#adis tersebut mendapati, rakan-rakannya yang bersimpati atas nasib malangnya itu meminta agar dia berhenti menyiksa diri sendiri sambil menasihatinya agar meneruskan kehidupan yang baru.

Namun ada juga yang menyifatkan tindakan gadis itu sebagai bodoh kerana terlalu mengikut perasaan.

SuaraTV cuba mendapatkan pengesa#han gadis tersebut melalui akaun Facebooknya, namun sehingga kini masih tiada sebarang jawapan yang diberikan.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Luahan Sayu Seorang Lelaki Cun Melecun. "Mak Dengan Abah Mati Sekalipun, Aku Takkan Balik"

on Thursday, March 5, 2015



Seorang lelaki lembut telah berkongsi sebuah status menerusi akaun Facebook peribadinya yang dilih#at sangat marah dengan kedua ibu bapanya dikecam oleh beberapa rakannya.





Punca sebenar lelaki itu menyatakan rasa kecewanya pada ibu bapanya adalah kerana mereka memperla#ku dirinya seperti binatang dan menyatakan kalau ibu bapanya mati sekalipun dia tidak akan balik ke rumah.






Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Bapa Bengang Sekolah Paksa Pelajar Beli Baju Sukan Untuk Wakili Sekolah

on Tuesday, March 3, 2015



Seorang bapa kepada pelajar sebuah sekolah di Hulu Langat, Naharuddin Hanif telah melahirkan rasa kesal terhadap tidakan sekolah tempat anaknya belajar selepas dikatakan telah mema#ksa anak-anaknya untuk membeli pakaian sukan untuk mewakili sekolah di peringkat daerah.

“Saya tak faham kenapa pihak sekolah tidak menyediakan pakaian untuk pelajar atau atlet yang mewakili sekolah sedangkan itu adalah tanggungjawab sekolah. Murid yang mewakili sekolah pun bukann#ya ramai tetapi pihak sekolah tetap memaksa murid-murid ini minta duit dengan ibu bapa supaya membayar baju yang disediakan.

“Logik akal, murid-murid ini terpilih mewakili sekolah untuk bertanding di peringkat daerah dan sepatutnya semua kelengkapan ini telah disediakan oleh pihak sekolah dari awal lagi tanpa men#yusahkan ibu bapa,” katanya dipetik dari MalaysiaGazette ketika ditemui di Sungai Serai di sini  hari ini.



Beliau menyifatkan tidakan pihak sekolah tersebuat amat menyusahkan dan tidak beretika kerana memaksa untuk membeli baju tersebut.

“Lebih teruk lagi, pihak sekolah memi#nta murid membeli sendiri kasut untuk acara larian yang harganya tidak kurang daripada RM150 sepasang. Ini semua hanya untuk menyenangkan pihak sekolah tanpa perlu keluar duit melainkan menggunakan kenderaan guru untuk ke lokasi pertandingan."





“Salahkah jika pihak sekolah beli kasut untuk acara larian atau peralatan lain dan guna bila perlu seperti yang berlaku pada anak saya hari ini,” tegasnya.

Menurut beliau lagi, pada tahun lalu ku#mpulan koir sekolah anaknya itu telah terpilih ke pertandingan akhir peringkat sekolah rendah bagi daerah Hulu Langat dan perkara ini turut terjadi di mana kumpulan yang terdiri daripada 15 murid itu juga telah diarahkan membeli pakaian sendiri sesuai dengan kehendak pihak sekolah.



“Patut atau tidak ibu bapa yang sediakan pakaian untuk kumpulan koir sekolah sedangkan mereka ini mewakili sekolah? K#alau ikutkan rasa hati, memang saya tak benarkan anak saya ikut serta pertandingan koir tersebut tetapi sebab kasihankan anak, saya ikut kehendak sekolah.

“Apa yang dapat saya simpulkan, pihak sekolah sengaja mengumpan murid-muridnya untuk kepentingan sendiri yang pada masa sama menyusahkan ibubapa,” katanya.

Beliau meminta kepada kementerian pel#ajaran supaya menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan. Bagi beliau perkara ini bukan melibatkan duit tapi tindakan pihak sekolah seolah-olah memaksa ibu bapa dan murid-murid.

“Saya tak tahu sama ada ini kes terpencil atau tidak tetapi apa yang dilakukan oleh pihak sekolah seperti i#ni amat dikesali lebih-lebih lagi bila murid dijadikan umpan untuk dapat duit," ujarnya.


Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Nenek 58 Tahun Ditangkap Basah Dengan Warga Bangla

on Tuesday, February 24, 2015




Seorang wanita berumur 58 tahun yang lazimnya sudah bergelar nenek, ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) selepas didapati berkhalwat dengan seorang lelaki Bang#ladesh dalam Ops Limau di Taman Ungku Tun Aminah, di sini, semalam.

Wanita itu mengakui hubungannya dengan lelaki warga asing berusia 30 tahun berkenaan sekadar kawan selepas disoal anggota dan pegawai penguatkuasa.

Namun, mengejutkan apabila dia mengakui mereka masuk bilik hotel berkenaan sekitar jam 11 pagi kelmarin dan sudah melakukan seks meskipun pada awalnya, lelaki Bangladesh terbabit menafikan per#kara itu.

Ketika diminta untuk memaklumkan kepada keluarga atau waris berhubung penahanan dan bagi proses jaminan, wajah wanita terbabit kelihatan sugul dan enggan berbuat demikian.

Mereka bagaimanapun memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk dibawa ke Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah bagi pr#oses dokumentasi sebelum ke Jaij untuk tindakan lanjut.

Pada operasi sama, seorang pelajar perempuan tingkatan empat dari sebuah sekolah menengah di negeri ini, turut ditahan kerana berdua-duaan bersama pasangannya dalam bilik hotel.




Enggan memberikan kerjasama, pihak pengua#tkuasa terpaksa mendapatkan bantuan daripada pihak hotel untuk mendapatkan kunci tambahan bagi membuka pintu bilik pasangan terbabit.

Sebaik pintu dibuka, pelajar berusia 16 tahun itu keluar dari bilik air, manakala pasangannya, lelaki berusia 24 tahun di atas katil dalam keadaan berpura-pura nyenyak tidur, namun kedua-duanya berpakaian lengkap.

Ketika ditanya, mereka mengakui baharu sah#aja masuk hotel tersebut sekitar jam 12 tengah malam, dan mendakwa tidak melakukan kegiatan tidak bermoral.

Bagaimanapun, mereka tetap ditahan kerana berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagi#an Penguatkuasa Jaij, Mohd Zamri Kambari, mengesahkan penahanan tujuh pasangan terbabit sepanjang Ops Limau, oleh pihaknya.

"Semua 14 individu itu ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997 kerana berkhalwat," katanya.

Ops berkenaan diketuai Pegawai Penguatkuasa Ja#ij, Khairudin Mat Ali, bersama lima anggota di sekitar Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, bermula jam 11 malam dan berakhir 3.30 pagi.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

3 Kali Ditangkap Khalwat, Janda Dipenjara 2 Bulan

on Monday, February 23, 2015



KUALA TERENGGANU - Mahkamah hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua bulan pada seorang janda kerana kesa#lahan khalwat.

Asrina Ambak, 51, (warga Perak, sikit masa lagi nak jadi emas), dari Kampung Kubang Kurus, Kemaman turut dikenakan hukuman denda RM3,000 kerana mengulangi perbuatan terkutuk itu buat kali ketiga.




Wanita itu dan pasangannya, Jo#hari Ismail, 49, (duda) dari Kampung Padang Pulut, Dungun juga didakwa mengikut Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

Pasangan bukan mahram itu ditangkap oleh sepasukan anggota dan pegawai penguatkuasa Syariah Daerah Kemaman pada 21 Januari di sebuah rumah di Kampung Kubang Kurus pada jam 1.17 pagi.

Difahamkan, Asrina pernah dijatuhi #hukuman denda RM1,500 atau 6 bulan penjara pada 15 September 2002 dan denda RM1,800 atau 7 bulan penjara pada 4 Julai 2004 oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu selepas mengaku bersalah di atas kesalahan yang sama.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Benarkah Layanan Kakitangan Hospital Kerajaan Teruk.

on Friday, February 20, 2015



Minggu lepas admin telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana mempunyai masalah kesihatan dan di ra#wat di sana selamat empat hari.

Pada mulanya admin dirawat oleh pegawai perubatan di bahagian kecemasan dan dalam hati bisik ''Janganlah kena tahan''. Admin fikir macam tu sebab ramai sangat momok kata hospital kerajaan layanan teruk , jururawat garang dan malas.

Admin dirawat oleh seorang pegawai p#erubatan lelaki, muda tapi tidak pula garang seperti yang digemburkan. Layanan beliau agak baik dan sedikit tegas.

Satu khabar yang tidak sedap didengar, admin terpaksa ditahan untuk beberapa hari kerana sakit tersebut perlu mendapat rawatan. Rasa macam nak lari balik pun ada.

Admin dimasukkan ke wad 27 tingkat 5 tanp#a sebarang persediaan seperti ubat gigi, tuala dan paling penting pengecas telefon. Adakah satu mimpi ngeri akan terjadi. Dalam fikiran macam mana layanan Nurse nanti. Garang sangat ke. Itu adalah kali pertama admin kena tahan di hospital. Mana ada pengalaman.




Katil ditolak oleh seorang Nurse berbangsa India yang memang mesra sekali dan sampai ke wad pada pukul 3 pagi."Mungkin awal lagi kot, tu nurse luar esok nurse di wad pula, garang ke?"

Susah sungguh hendak lelapkan mata memikirk#an perkara ini sambil menahan sakit dan akhirnya dalam pukul 5 pagi terlelap.

Admin terjaga lebih kurang pukul 6 pagi selepas nurse datang dan membersihkan sedikit luka di lutut. Apa yang difikirkan nyata sebaliknya sebab layanan yang diterima tidaklah seperti yang dimomokkan, nurse di wad tersebut memang mesra dan petah bercakap.

Layanan meraka memang baik, bagi ubat, bol#eh "memerap" lagi nak itu, nak ini. memang macam-macam perangai pesakit di situ. ada seorang pak cik berbangsa india di sebelah admin. 'Time' makan nurse akan suap bagi makan!!. Mana momokan selama ini nurse garang dan malas tu.

Selepas dua hari di wad 27 admin dipindahkan ke wad 8b di wisma rekod iaitu sebuah wad lama dalam bagunan kayu.


nurse sibuk menjalankan kerja, mereka tidak sedar gambar diambil

Admin kesana sebab dikatakan ada kosong kerana wad 27 adalah untuk pesakit kritikal. Admin di bawa ke sana menaiki van hospital. Kat#il ditolak kerana tidak boleh berjalan.

Di wad 8b senarionya sama tidak jumpa juga Nurse garang. Nurse di wad tersebut pun baik-baik sampai boleh diajak bersembang. Di wad 8b katil admin betul-betul di hadapan seorang lelaki yang masuk tv3 baru ini yang dikatakan tidak ada waris yang datang menuntut.

Dah 3 bulan di hospital. Dia tidak boleh bertutur bahasa Melayu dan hanya berhubung dengan dia melalui isyarat tangan.


kawan-kawan admin di hospital

Jadi mana momokan yang nurse hospital kerajaan layan teruk? malas? dan garang tu?

Cuma wad 8b ini sedikit kurang dari segi kese#lamatan dan perkara ini dah admin laporkan sebab pengunjung boleh masuk lagi walaupun 12 tengah malam dan perkara ini menurut pihak hospital meraka sudah ambil tindakan. Bagus lah macam itu.

Alhamdulillah admin sekarang sudah sehat dan best juga kat hospital rupanya sebab ada kawan-kawan baru. walaupun kenal sekejap mereka hormat sangat satu sama lain. Dalam bilik admin di wad 8b tu ada cina, india dan me#layu. Sampai nak pergi tandas pun meraka tolong bukakan. Maklum la kita tak sihat.

Dari awal masuk sampai admin keluar seorang pun mereka tidak tahu bahawa saya adalah admin Siakapkeli. Cerita ini ditulis adalah untuk menceritakan bahawa apa yang dimomokkan tentang kaki tangan hospital kerajaan tidak la seteruk seperti diceritakan di media-media sosial. Mungkin ada terjadi di s#atu dua tempat. Jangan keran nila setitik. rosak susu sebelanga.


yang benar.

Admin


Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




HANCUR LULUH HATI ISTERI, SUAMINYA DITANGKAP KHALWAT DENGAN JANDA CUN MELECUN

on Monday, February 16, 2015



KUALA LUMPUR - Perbuatan seorang lelaki dan seorang janda dengan membawa kanak-kanak berusia dua tahun bagi mengaburi penduduk terbongkar apabila mereka diserbu oleh ahli jawatan ku#asa Masjid al-Khairiyah Taman Sri Gombak dengan bantuan anggota polis di sebuah kondominium Taman Sri Gombak, petang kelmarin.

Dalam serbuan pada jam 6.30 petang itu, lelaki berusia 40-an ditemui berseluar pendek dan pasangannya menyorok sambil memeluk anaknya di bahagian dapur.

Wanita berusia 25 tahun itu dipercayai ke#rap mengunjungi kondominium yang disewa lelaki itu semenjak beberapa bulan lalu.

Hasil pemeriksaan menemui beberapa kondom milik lelaki itu yang juga merupakan pengurus sebuah syarikat penerbangan.

RESPON ISTERI LELAKI TERBABIT

Hatinya hancur luluh apabila mengetah#ui suaminya ditangkap khalwat bersama dengan janda yang juga jiran ibunya.

Wanita malang yang berusia 40 tahun itu berkata, hatinya hancur apabila mengetahui suaminya tergamak melakukan perbuatan keji itu dengan seorang janda yang juga jiran kepada ibunya.





"Ibu kepada janda itu berkawan baik de#ngan ibu saya, malah mereka saling mengenali antara satu sama lain.

"Tidak sangka selama ini mereka menjalinkan hubungan malah sehingga ke bilik tidur," katanya.

Difahamkan pasangan itu dalam proses perc#eraian gara-gara hubungannya dengan si suami semakin retak semenjak setahun lalu akibat kehadiran orang ketiga.

"Sekiranya saya bertanya mengenai hubungannya dengan wanita lain, dia akan marah malah membelasah saya dengan teruk.

"Bulan lepas, saya turut dihentak deng#an telefon bimbit kerana cuba membaca mesej pesanan ringkas dalam telefonnya.

"Bila didesak, suami tidak mengaku curang sehinggalah saya diberitahu dia ditangkap khalwat," katanya.

Bagaimanapun, ibu kepada dua orang anak itu r#edha dengan apa yang berlaku.

"Saya hanya berserah kepada takdir, kalau perpisahan menjadi penyelesaian, saya redha demi kebaikan saya dan anak," keluhnya.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Datin Sri Rosmah Prihatin Ziarah Isteri Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz



KOTA BHARU: Isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansur hari ini telah berkesempatan menziarahi Dat#in Tuan Sabariah Tuan Ishak iaitu isteri kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau mengambil kesempatan menziarahi Tuan Sabariah semasa berjunjung ke Kelantan untuk mengadakan sesi lawatan misi bantuan pasca banjir di Tumpat, Kelantan.

Kehadiaran Rosmah amat dialu-aluk#an oleh Tuan Sabariah sebagai tanda simpati terhadap kematian suaminya itu.




Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia pada Khamis lalu setelah menderita akibat penyakit kanser prostat dan ulser.

Datuk Sri Najib sebelum ini telah had#ir di hari pengebumian Tok Guru pada 14 Februari lalu.

Untuk rekod, Nik Aziz memegang jawatan Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun bermula 1990 hingga 2013.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Doktor Maki Allahyarham TGNA Tampil Mohon Maaf

on Sunday, February 15, 2015



Sebelum ini bermain di dada-dada laman sosial gambar 'Screenshot' ramai individu-individu yang menghina Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kebanyakkannya menerima kec#aman yang hebat.

Dalam banyak-banyak Screenshot hinaan terhadap TGNA itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang doktor yang dikatakan bertugas di sebuah Hospital di Melaka telah menerima pelbagai kritikan bukan sahaja dari Netizen sebaliknya melibatkan agamawan terkenal iaitu Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin.

Mufti perlis itu menyifatkan bah#asa yang digunakan sebagai penyandang gelaran doktor sungguh buruk sedangkan Dto Sri Najib pun mengucapkan takzizah tetapi beliau sebaliknya menghina TGNA.



Setelah perkara ini menjadi viral dimana beliau menerima kecaman yang amat hebat, akhirnya beliau melalui akaun Facebooknya tampil memohon maaf.

Beliau menulis di Facebooknya mengataka#n ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan kata-katanya dari luar kontek sebenar dengan membela dirinya bahawa ayat tersebut adalah mengharapkan tiada lagi halangan dalam penyatuan umat Islam.





Beliau bagaimanapun menyalahkan Mufti Perlis iaitu Dr Asri kerana cuba mengambil kesempatan terhadap tulisannya itu.

Berikut adalah tulisan penuh beliau y#ang memohon maaf :-






Terlajak perahu boleh berpatah balik, terlajak kata? Sendiri mau ingat la..

Apa-apapun kita sebagai pengguna laman s#osial haruslah menggunakan laman ini sebaik mungkin. Segala tutur bicara haruslah dijaga jangan sudah terjadi seperti ini kerana kelak kita yang merana.


Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Punca Dua Penjawat Awam Antara Yang Ditahan Dalam Ops Hari Kekasih Tersebar

on Saturday, February 14, 2015




MELAKA: Dua penjawat awam antara lapan pasangan yang ditahan dalam operasi 'Hari Kekasih' oleh Jabat#an Agama Islam Melaka (JAIM) atas kesalahan melakukan maksiat di empat buah hotel di sekitar Melaka Tengah di sini, tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIM, Zurul Iman Zakaria berkata seorang anggota tentera ditahan kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang pelajar kolej berusia 23 tahun di sebuah bilik hotel di Malim Jaya di sini pada pukul 12.15 tengah malam.

Beliau berkata lelaki berusia# 36 tahun itu pada mulanya cuba terjun dari tingkat satu hotel berkenaan sambil memegang pakaian seragam tenteranya namun membatalkan hasrat itu sebelum membuka pintu bilik.
"Lelaki itu membatalkan hasratnya apabila menyedari terdapat anggota JAIM menunggu di luar bangunan hotel," katanya kepada pemberita di sini hari ini.





 Beliau berkata siasatan awal mendapati kedua-dua yang ditahan itu bukan pasangan suami isteri dan memberi alasan bermalam di hotel itu kerana ingin mengambil kereta di rumah kawannya.

Zurul Iman berkata seorang lagi p#enjawat awam daripada sebuah jabatan kerajaan di Melaka Tengah di sini ditahan bersama pasangannya di sebuah bilik hotel di Cheng di sini pada pukul 12.50 tengah malam.

Katanya, lelaki berusia 27 tahun bersama pasangannya berumur 30 tahun itu mengaku salah kerana bersekedudukan namun mendakwa dalam perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Beliau berkata dua pasangan itu bers#ama enam lagi pasangan kekasih berusia antara 20 hingga 37 tahun dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekedudukan tanpa ikatan sah.

Sementara itu, katanya JAIM akan membuat laporan rasmi kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah untuk mengambil tindakan terhadap sebuah hotel di Peringgit yang menyediakan kondom untuk pelanggan yang menginap di hotel berkenaan.

"Tindakan perlu diambil kerana perbua#tan ini dilihat seperti menggalakkan aktiviti maksiat di negeri ini," katanya.


Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




ANAK MALAS TUKAR LAMPIN IBU SENDIRI VIRAL DI FACEBOOK

on Thursday, February 12, 2015




Dua gambar screenshot dua individu anak kepada pesakit yang dimasukkan ke wad Hospital Pakar Tun Fatimah Mu#ar dan Hospital Besar Teluk Intan dikecam teruk oleh netizen dan viral di laman Facebook.

Mana tidaknya, kedua-dua individu terbabit dengan sewenang-wenangnya mendakwa ibu mereka yang dimasukkan ke wad tidak dijaga dengan baik oleh jururawat yang bertugas.

"Selepas kena kerah tukar lapik mak#, baru nak buat. Kalau tak, langsung tak peduli kotor pun. Hai jururawat tak nak buat, panggil Sister datang buat," - keluh Sheila Fiz akan sikap jururawat di Hospital Pakar Tun Fatimah Muar.

"Apa dah jadi dengan servis nurse kat Hospital Teluk Intan. Tukar cadar, mandikan pesakit, tukar pampers, buang pampers yang digunakan dilakukan oleh kita atau saper yang menunggu pesakit. Sedangkan itu tugas seorang nurse. Mereka hanya check tekanan darah jer. Itulah yang berlaku hari ini. Saper nak jawab ni? Pengarah Hospital, tolong tengok SOP tugasan Nurse. Saya sangat kecewa amanah yang diberi diabaikan dan lepas tangan," keluh seorang lelaki bernama Azhar Yaacob yang mana ahli keluarganya dimasukkan ke wad Hospital Besar Teluk Intan.




Kedua-dua screenshot itu menjadi #viral dan mendapat perhatian dari netizen yang bertugas dalam bidang perubatan.

Steven Tan, Pegawai Perubatan yang bertugas di Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam, Selangor, berkata, dua individu berkenaan sewajarnya berfikir dahulu sebelum menuduh.

"Dimanakah tanggungjawab anda seba#gai seorang anak kalau ibu bapa anda sendiri yang terlantar pun tidak sanggup anda jaga?

"Apa salahnya nak menukar pampers serta memandikan orang yang pernah membesarkan kamu sehingga ke hari ini. Sedarlah bahawa kami membantu dengan niat yang baik supaya kamu dapat meneruskan tanggungjawab anda sebagai seorang anak terhadap ibu bapa kamu yang uzur.

"Sehina-hinanya seorang jururawat ya#ng malas. Hina lagi kamu sebagai seorang anak yang mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa anda," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




LUAHAN SAYU PENGGUNA DITINDAS ASTRO TERSEBAR



Seorang pengguna ASTRO meluahkan kekecewaan terhadap syarikat penyiaran swasta berkenaan yang telah menyusahka#n beliau.

Menurut wanita berkenaan, dia telah menamatkan langganan ASTRO dan telah diarahkan agar set dekoder, remote dan kad dikembalikan kepada ASTRO dalam masa 30 hari.

Tidak seperti sebelum ini yang mana AS#TRO hanya meminta kad dekoder dikembalikan.

Melihat syarat itu sebagai tindakan yang membebankan dirinya, wanita itu meluahkan rasa kecewanya dengan ASTRO.

"Wah! Banyak untung ya. Dahlah terikat de#ngan kontrak masa mula-mula ambil (langgan). Buat promosi bukan main. Suruh tukar dekoder la, pakej ini dan itulah. Letih betul. Takkan tak boleh lantik agen untuk collect benda-benda tu? Pelik sungguh.



"Kata dah maju, kaya raya dah ASTRO ni. Orang-orang jual kecil-kecilan pun ada pakej delivery dan pick up," katanya.

Difahamkan wanita berkenaan dalam proses #memohon TM UNIFI bagi menggantikan langgan ASTRO yang didakwanya mencekik darah pengguna.




"Dahlah bukan setiap daerah ada tempat yang boleh terima set yang nak dipulangkan ni. Adoii.. tambang teksi saya siapa mau bayar? Kalau tak hantar, ASTRO nak penalti pula saya RM500," keluhnya.

Wanita berkenaan merasakan dirinya ditindas# oleh ASTRO. Namun rakan-rakannya telah menasihatkan agar beliau melaporkan perkara berkenaan terhadap Tribunal Pengguna.

*ASTRO tak minta sekali ke piring terbang dia?

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




`Saya tidak lagi pintar, hanya wanita yang membosankan’ – Sofiah Yusuf

on Monday, February 9, 2015



NAMANYA menjadi sebutan dunia apabila lulus dalam peperiksaan matematik A-Level dan diterima memasuki Universiti Oxford ketika berumur 12 tahun.

Selepas tiga tahun di Oxford, Sufiah Yusuf mengejutkan dunia apabila dia menjadi buruan polis selepas melarikan diri dari universiti berkenaan, dipercayai akibat tertekan ekoran masalah kelu#arganya.



KENANGAN…ketika Sufiah menjadi sebutan dunia apabila memasuki Universiti Oxford pada usia 12 tahun.

Bermula pada tahun 2000 beliau hilang dari universiti, operasi pencarian meluas di seluruh UK sehingga ditemui bekerja seb#agai pelayan di kafe internet.

Pada 2008, dunia digemparkan dengan berita Sufiah menjadi pekerja seks pada usia 23 tahun dengan menjual tubuh di Britain dengan nama samaran Shilpa Lee.

Tragedi yang melanda gadis genius itu dibongkar oleh wartawan News of the World yang menyamar sebagai pelanggan, di flat# murah yang didiaminya di belakang lorong di Salford, Manchester.


Majlis perkahwinan Sufiah dengan Jonathan, pelajar jurusan undang-undang yang dikenalinya ketika belajar di Oxford. Perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua tahun.

Sufiah dikatakan terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu, untuk menyara hidupnya yang terumbang-ambing, tidak lama selepas bercerai dengan suaminya, Jonathan Marshall, seorang pelajar jurusan #undang-undang yang dikenalinya di Oxford.

Pendedahan akhbar itu berlaku serentak ketika bapanya, Yusof Farooq yang berasal dari Pakistan mula menjalani hukuman penjara kerana mencabul dua gadis berusia 15 tahun ketika memberi mereka tuisyen matematik.

Selepas menyepi dengan hidup berpindah randah di UK, Sufiah muncul buat pertama kali di media dalam tempoh hampir tujuh tahun selepas bersetuju ditemubual oleh wartawan TV3, Halizah Hashim di se#buah hotel di Liverpool.

Dalam temubual eksklusif yang disiarkan dalam program Nona pada petang Ahad, Sufiah mengimbas semula episod hitam yang diakuinya membuat dirinya lebih cekal dan tabah.

Sufiah mengaku hubungan dengan keluarganya sudah lama renggang dan menyifatkan keadaan itu adalah lebih baik pad#a masa ini.

“Saya harap mereka tenang dalam kehidupan yang harmoni. Saya percaya mereka juga mengharapkan perkara yang sama terhadap saya,” katanya yang mengaku lebih tenang untuk tinggal bersama rakannya.



Ibu Sufiah, Halimahton berasal dari Muar, Jo#hor manakala bapanya, Yusof berasal dari Pakistan.

Sufiah yang kini berusia 30 tahun bagaimanapun berkata, dia tidak kesal dengan cara dia dibesarkan oleh keluarganya dan memilih untuk lagi mahu menyalahkan sesiapa.

Ditebak dengan soalan mengenai kisah hitamnya sebagai pekerja seks, Sufiah mengakui ia adalah pengalaman yang benar-b#enar mematangkanya sebagai manusia.

Sufiah berkata, dia melakukannya selama bebebera bulan dan berhenti selepas diburu media Britain.




Diugut dan diganggu oleh media adalah pengalaman yang menakutkan. Aksinya dirakamkan secara rahsia oleh wartawan B#ritain yang menyamar sebagai pelanggan.

Gambar Sufiah sebagai pekerja seks kemudiannya dipamerkan muka-muka hadapan tabloid-tabloid Britain.

“Mereka cuba memberi saya dadah dan menyu#ruh saya menanggalkan pakaian supaya mereka dapat merakamkan secara rahsia aksi saya di atas katil. Walaupun anda tidak bersetuju dengan pekerjaan saya tetapi cara itu adalah tidak adil sama sekali.

“Ketika saya menjadi buruan media, ia adalah satu keadaan yang tidak masuk akal. Setiap hari saya menerima pebagai emel berbentuk ugutan. Ia sengaja diperbesarkan dan ini agak menakutkan sa#ya yang masih remaja ketika itu.

“Malah masyarakat di sana menganggap mereka berhak menceroboh kehidupan saya. Saat itu saya cukup tertekan terutama cara sesetengah media yang ingin mendapatkan kisah saya. Mengugut untuk saya ditemuramah dan ia pengalaman yang cukup menakutkan,” katanya tenang.



SUFIAH (kiri) ketika ditemubual wartawan #TV3, Haliza Hashim di Liverpool baru-baru ini.

Namun, Sufiah mengakui, kisah hitam itu membawa kebaikan untuk dirinya menyesuaikan diri dengan kehidupan di sana.

“Walaupun pada mulanya ia memberi tekanan yang cukup hebat, saya bersyukur kerana akhirnya dapat mempunyai kekuatan un#tuk menghadapinya,” ujarnya lagi.

Sufiah berkata, sebenarnya bukan dirinya sahaja, tetapi ramai lagi indiviu yang diperhatikan, laporan perubatan mereka diakses, alamat mereka dicari, diugut akan dirakam secara rahsia.



KETIKA ditembual oleh News of The World seki#tar tahun 2008. Sufiah mengakui hidupnya tertekan akibat menjadi buruan media.

“Situasi begini cukup menekan, tetapi saya dapat mengatasinya dengan baik,” tambah Sufiah.

Menurut Sufiah, selepas pendedahan media itu, hidupnya menjadi porak-peranda. Dia menyembuyikan diri dengan berpi#ndah beberapa kali dan tidak mahu bertemu dengan sesiapa.

Diajukan soalan kenapa baru kali ini dia bersetuju untuk sekal lagi berdepan dengan media selepas tujuh tahun menghilang, Sufiah berkata, dia sudah benar-benar bersedia untuk bercerita.

“Mungkin saya telah lama tidak bercakap dengan media dan tentunya saya mahukan laporan berita yang lebih baik. Ja#di saya ingin berkongsi semula kisah dengan media.

“Ini tidak bermakna kisah yang dikongsi itu menarik minat masyarkat, tetapi ada sesetengahnya yang ingin tahu dan bersimpati dengan kisah saya walaupun mereka tidak mengenali saya. Saya sangat-sangat menghargainya,” jelas Sufiah.



Pada akhir temubual itu, Sufiah berca#kap mengenai siapa dirinya pada hari ini.

“Saya tidak lagi berkebolehan atau pintar, saya tiada wang, tiada tempat tinggal, saya sedang mencari kerja sambilan dan saya tiada ijazah. Saya hanya wanita berusia 30 tahun yang membosankan,” katanya.

Sufiah masih merahsiakan di mana dia tainggal, tidak memberitahu di univiersiti mana dia belajar sekara3ng dan enggan mendedahkan di mana dia bekerja sambilan.

Apa yang pasti, cilik genius matematik yang menjadi kebanggaan negara kini sudah dewasa dan matang.

Kegagalan dan episod hitam telah men#dewasakan dan membuat Sufiah lebih cekal dalam melayari bahtera kehidupan yang cukup mencabar.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri



Hina Tunku Azizah, Polis Cari Pemilik FB ‘Kagawa Onieshia’

on Tuesday, February 3, 2015




Kuantan: Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung tindakan seorang pengguna laman sosial Facebo#ok yang menulis komen menggunakan perkataan kesat dan lucah terhadap Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat sengaja mengaibkan bagi memecahbelahkan keamanan.

"Kita minta individu terbabit tamp#il untuk membantu siasatan," katanya di sini, sebentar tadi.




Semalam, tujuh badan bukan kerajaan (NGO) termasuk wakil Istana Abdul Aziz membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pengguna Facebook yang menulis komen menggunakan perkataan kesat dan lucah terhadap Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah.

NGO itu adalah Badan Kebajikan Kerabat-kerabat Negeri Pahang, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GMPS), Persa#tuan Seni Silat Kuntau Tek Pi Malaysia Cawangan Pahang, Majlis Belia Daerah Kuantan, Persatuan Jurufoto Negeri Pahang dan Kelab Bell Belia Tamil Negeri Pahang.




Laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan itu dibuat terhadap individu yang menggunakan nama akaun Facebook Kagawa Onieshia kerana didakwa menjatuhkan nama baik, imej dan maruah Tunku Azizah serta Institusi Diraja Pahang.

Kagawa Onieshia menulis komen itu sebagai respon kepada nasihat yang dikatakan dikeluarkan Tunku Azizah terhadap tindakan biadab segelintir penyokong bola sepak memaparkan kain rentang #gergasi dengan imej anjing memakai baju berlogo Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam perlawanan Piala Sumbangsih di Johor, Sabtu lalu.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri






 
© AANS BLOG All Rights Reserved