ONEXOX
BannerFans.com

SKMM Akan Siasat Pasangan Persenda Umat Islam Dalam Bulan Ramadan

on Saturday, July 13, 2013

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan meneliti gambar makanan yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini dengan kapsyen Selamat Berbuka Puasa oleh pasangan blogger kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee serta akan mengambil tindakan sekiranya perlu.

"Kami akan menyiasat perkara itu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," kata seorang pegawai kepada The Star Online.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sewajarnya.



Beliau menyifatkan ucapan tersebut sebagai tidak boleh diterima.

Pasangan terbabit memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)... wangi, enak dan menyelerakan' di laman Facebook mereka.

Mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.

Tan berkata mereka memuat naik ucapan tersebut tanpa sebab. Sekadar gurauan, saya rasa'.





Pasangan itu kemudiannya turut dikritik oleh pengguna Internet kerana tidak menghiraukan perasaan orang lain.

Susulan itu mereka memadamkan kiriman tersebut dan menggantikannya dengan gambar mereka yang sedang menikmati ketupat, rendang dan karipap.

"Nah, sila nikmati makanan halal yang sebenar sekarang," menurut kapsyen gambar tersebut.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Setakat siasat, panggil untuk beri keterangan dan lepas tu diberi amaran. Lepas tu senyap.

Lepas tu akan timbul lagi penghinaan baru oleh rakyat Malaysia biadab yang lain (ada juga yang sama) sebab pada mereka, habis kuat pun diberi amaran sahaja. Apa ade hal..

Dan SOP yang sama akan berulang.

Sampai bila Islam akan terus dihina oleh rakyat yang dilindunginya dinegara yang mengaku Islam sebagai agama rasmi. Terlalu sibuk menjaga hati orang lain walaupun maruah sendiri dipijak orang


July 13, 2013 at 7:23 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved