Pada masa itu, Masjid Jamek yang terletak di sebelah pejabat SKMM sedang mengadakan solat tarawih sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Laungan tersebut jelas dalam rakaman yang dibuat oleh juruvideo kami, Riza Razak ketika dua pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mengawal pasangan tersebut berjalan ke kenderaan mereka.
Situasi itu sendiri pastinya mudah untuk Alvin dan Vivian faham… Islam merupakan agama rasmi negara yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan.
Justeru, pasangan tersebut harus sedar bahawa isu-isu sensitif yang melibatkan kepercayaan dan pegangan agama tidak harus dipersenda atau dipersoalkan.
Hormat terhadap agama bukan sahaja kepada agama Islam tetapi juga agama-agama lain di dunia ini.
Mungkin itu pengajaran kepada mereka di dunia dari Tuhan Maha Agung bila bacaan Al Qur’an adalah benda pertama yang mereka dengar ketika keluar dari bilik siasatan SKMM.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment