Ng Mun Tatt, remaja yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu sebaliknya mendakwa penculik mahu memeras wang daripada keluarganya.
Memetik laporan The Star, Ng yang baru pulang ke Shah Alam dari Johor Bahru dua bulan lalu turut memberikan kenyataan bahawa penculiknya tidak ada berkata apa-apa tentang tindakannya menghina agama Islam ketika dia berada di tangan mereka.
“Saya memang ada akaun Facebook tapi saya hanya memuat naik status tentang potongan rambut,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan hari ini.
Ng turut mengaku, dia tidak begitu lancar berbahasa Inggeris mahupun Bahasa Melayu.
Dalam laporan media sebelum ini, Ng dikatakan telah diculik ketika sedang makan bersama teman wanitanya di Shah Alam sekitar jam 4.30 pagi Isnin lalu, sebelum dibawa ke kawasan hutan lalu dibelasah dan dibogelkan. Badannya turut diconteng ‘Saya Hina Agama Islam’.
Ng mendakwa, penculikan itu tidak ada kena mengena dengan sebarang status di Facebook tetapi penculik melakukan demikian (menconteng badannya) kerana tidak mahu dia melarikan diri.
“Mereka kata saya pasti dibelasah oleh mana-mana orang Islam kalau saya lari,” ujarnya.
Menurut Ng, dia tidak mengingat dengan jelas apa yang sebenarnya berlaku setelah dia diculik kerana dia telah dikhayalkan, ditutup mata dan dipukul oleh lapan lelaki terlibat.
Bagaimanapun dia teringat ada mendengar penculik berkenaan bertanya nombor pin kad bank menerusi telefon bimbit kepada abang iparnya.
Selepas itu dia langsung tidak sedarkan diri hinggalah terjaga kira-kira pukul 10 pagi di dalam estet dengan contengan di badan. Dia terus keluar dari situ sebelum dibawa ke balai polis oleh pemandu motosikal yang melalui lebuhraya Duke.
Dalam pada itu, abang ipar Ng yang dikenali sebagai Mak Nui Weng, 28, yang turut hadir pada sidang media memberitahu, penculik telah meminta tebusan sebanyak RM5,000.
Dia bagaimanapun hanya mampu mendeposit wang sebanyak RM3,000 pada jam 8 pagi. Wang berkenaan didakwa telah dikeluarkan oleh penculik berkenaan.
OCPD Shah Alam, ACP Zahedi Ayob mengelurkan kenyataan bahawa pihak polis sedang menyiasat kes ini. Sementara empat suspek yang berjaya ditahan beberapa jam selepas insiden, kini sedang menjalani tahanan reman selama seminggu.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment