Kita bangga dengan adanya orang muda seperti Jo yang sanggup menyelami tuntutan Islam untuk berpuasa dan merakamkan setiap detik istimewa berpuasa sehari yang dia lakukan.
Jo memulakan dokumentarinya pada pukul 1 pagi namun dia terlepas untuk bersahur pada keesokan harinya.
Biarpun begitu, Jo tetap komited dengan janjinya untuk cuba berpuasa selama sehari.
Video Jo berpuasa dimuatnaik semalam oleh Germani Productions.
Apapun, kita gembira kerana Jo berjaya berpuasa selama sehari bukan sahaja tidak makan dan minum tetapi menurut Jo dia juga menahan diri dari melakukan perkara ‘jahat.’
Kepada Jo, syabas kerana anda berjaya berpuasa selama sehari dan kalau boleh teruskan lagi berpuasa kerana ia terbukti boleh memperbaiki kesihatan kita terutamanya proses penghadaman.
Kita tahu ramai pemuda di luar sana yang suka mencari salah dan membuat provokasi seperti Alvin dan Vivian itu, namun tak kurang juga yang berkeperibadian tinggi seperti mana anak muda ini.
Kepada Jo, tahniah….kamu memang anak Malaysia!
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment