ONEXOX
BannerFans.com

Awasi kongsi gelap merekrut pelajar sekolah - Mohamad Hasan

on Friday, August 30, 2013

SEREMBAN 30 Ogos - Pihak sekolah serta ibu bapa di negeri ini diminta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa jika mengetahui terdapat unsur merekrut pelajar sekolah untuk menganggotai kumpulan kongsi gelap.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini bagi mengelak perkara negatif itu menular dalam kalangan pelajar sekolah, seterusnya membendung kegiatan berkenaan daripada terus berleluasa.

"Perhatikan lagak pelajar jika ada yang sudah terpalit dengan gengsterisme ini, dan pantau aktiviti mereka di luar kawasan sekolah termasuklah usaha merekrut mereka yang didalangi kumpulan kongsi gelap," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah cemerlang dan merasmikan dewan badminton Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau hari ini.



Beliau berkata, jika kegiatan kongsi gelap menular ke dalam ’pagar’ sekolah, perkara itu bukan hanya membawa kepada kegiatan peras ugut, buli dan pergaduhan dalam kalangan pelajar malah akan menjejaskan masa depan mereka.

Katanya, pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pelajaran harus bekerjasama memantau perkara ini dengan membasmi kegiatan gengterisme dalam kalangan pelajar.





Mohamad berkata, sikap dan tingkah laku pelajar juga harus sentiasa diawasi jika mereka cuba meniru atau menggayakan identiti seperti kumpulan kongsi gelap.

Dalam pada itu, beliau membidas sikap segelintir pihak yang cuba mempertikai tindakan polis dalam menangani ancaman kumpulan kongsi gelap.

Katanya, pihak polis harus diberi ruang dan kepercayaan untuk menjalankan tugas mereka dalam membasmi jenayah serta menjaga keharmonian rakyat.

"Bila ada sahaja penjenayah ditembak mati, ada pula yang cuba membela. Bila orang awam atau anggota keselamatan kita terbunuh mahupun ditembak, tiada siapa yang berhajat untuk membela.

"Jangan kerana segelintir yang bercakap soal hak asasi manusia dan pertahankan individu tertentu, kita abaikan pula hak asasi lebih 24 juta rakyat negara ini yang cintakan keamanan," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved