Dengan terlalu banyak pilihan di pasaran dengan coli pelbagai bentuk, gaya dan saiz, tidak mengejutkan apabila hasil kajian baru-baru ini mendapati 85 peratus wanita memakai coli yang silap saiz.
Bagaimanapun, aplikasi baru, rekaan saintis NASA mendakwa dapat menyelesaikan masalah itu dengan mengira saiz coli seorang wanita hanya dengan mengguna iPhone.
ThirdLove yang sudah menarik pelaburan berjumlah RM17 juta daripada pelabur, berfungsi dengan merakam dua gambar pengguna mengguna coli.
Aplikasi itu kemudian menyiarkan data tiga dimensi daripada gambar dua dimensi yang dirakam anda dan mengira ukuran coli yang tepat.
Dengan menggunakan suara latar wanita, aplikasi itu kemudian mencadangkan coli dan seluar dalam yang perlu anda beli yang mereka dakwa akan muat seperti anda memakai sarung tangan.
Aplikasi itu diasaskan oleh Dave Spector dan saintis kanan NASA Ara Nefian.
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment