Ia berikutan kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan yang seakan-akan dapat 'menghidu' gejala rasuah sudah mula menular dalam skuad Hoben Jang Hoben.
"Sebagai Presiden PBNS dan Menteri Besar Negeri Sembilan, beliau (Mohamad) ada hak untuk bercakap. Saya tidak mahu mengulas apa-apa.
"Kalau beliau ada bukti bahawa pemain-pemain saya terlibat dalam skandal rasuah, beliau boleh mengambil tindakan selanjutnya. Biarlah pihak atasan yang membuat keputusan kerana fokus saya ketika ini adalah bola sepak," kata pengendali sementara Negeri Sembilan, Ridzuan Abu Shah kepada Kosmo! semalam.
Bagaimanapun, Ridzuan tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya kerana dakwaan beberapa pemainnya terlibat dalam skandal rasuah hadir ketika mereka sedang berjuang pada kempen Piala Malaysia 2013.
Ridzuan berkata, prestasi pemain-pemainnya semakin menunjukkan kemajuan berbanding ketika mereka mengharungi kempen Liga Super yang lalu.
Selepas mengharungi tiga perlawanan setakat ini, Negeri Sembilan berjaya mengutip empat mata setelah menewaskan Terengganu 2-0, tewas kepada Pahang 3-5 dan seri dengan 1-1 Kelantan.
Pada aksi bertemu Kelantan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi kelmarin, Negeri Sembilan bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat juara bertahan itu, sekali gus menghidupkan semula peluang mara ke peringkat kalah mati.
Kelantan mendahului seawal minit ke-41 hasil rembatan kencang Dickson Nwakaeme sebelum penyerang Negeri Sembilan, Fabio Leandro Barbosa menyamakan kedudukan pada minit ke-60.
Mengulas mengenai kunjungan ke Kota Bharu, Ridzuan berkata, benteng Hoben Jang Hoben dijangka pincang berikutan ketiadaan pertahanan import dari Cameroon, William Modibo yang digantung perlawanan kerana mengutip dua kad kuning.
"Ketiadaan Modibo pasti memberikan kesukaran kepada kami untuk mengekang asakan jentera serangan Kelantan.
"Bagaimanapun, kecemerlangan Mohd. Radzuan (Abdullah) malam tadi (kelmarin) memberikan sedikit kelegaan buat saya. Saya rasa dia mampu menggantikan tempat Modibo," kata Ridzuan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment