Ketika kejadian K. Jeganathan sedang berada dalam kuil bersama isteri dan tiga anaknya.
Kira-kira pada pukul 7.30 malam, dua lelaki yang memakai topi keledar masuk ke dalam kuil berkenaan dan melepaskan beberapa das tembakan terhadap mangsa.
Suspek kemudiannya segera meninggalkan tempat kejadian dengan menaiki motosikal.
Semuanya berlaku dalam beberapa minit sahaja.
Jeganathan, dipercayai ketua kumpulan Geng 21, dikejarkan ke sebuah klinik di Gelang Patah dan namun dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di sana.
Mayatnya di bawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat.
Jurucakap polis meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu segera menghubungi hotline polis, di talian 07-2212999.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
kes 5 india kat penang.mak,bapak,atok,nenek....suma cakap mereka anak baik.bila nak kebumi.....jeng3,nombor pun keluar.tak ke pr yang beriya nak bela.dah ada contoh lah.
August 31, 2013 at 5:57 AM
Post a Comment