ONEXOX
BannerFans.com

Lori sampah ‘datang makan’ di Warung Sri Santai, Pekan Bahau

on Wednesday, August 14, 2013

Bahau: Keasyikan 10 pelanggan bersarapan di sebuah gerai makan di belakang Balai Bomba dan Penyelamat Bahau, di pekan ini, terbantut apabila lori sampah yang di pakir berhampiran menggelongsor ke belakang dan merempuh gerai itu hingga roboh, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, pemandu lori milik SWM Environment Sdn Bhd itu dipercayai gagal menarik brek tangan sebelum ke gerai berkenaan untuk bersarapan.

Saksi yang juga pembantu kedai fotostat, Rosidah Abd Rahim, 33, berkata, ketika kejadian dia sedang membuka pintu kedainya dan sebaik menoleh ke belakang, ternampak lori diparkir kira-kira 10 meter dari gerai makan itu tiba-tiba mengundur.



Katanya, dia menjerit ke arah pelanggan di gerai makan sebelum melihat lori sampah itu merempuh motosikal Yamaha LC135 yang diletakkan berhampiran, diikuti bumbung gerai sebelum tersekat di penghadang jalan di situ.





“Mujur lori itu menggelungsur perlahan, malah pemandunya cuba memberhentikan kenderaan itu, tetapi tidak berjaya,” katanya.

Sementara itu, abang kepada pemilik gerai makan itu, Mohd Derham Khamis, 60, berkata dia sedang melayan pelanggan dan langsung tidak perasan lori itu mengundur ke arah gerai.

“Tiba-tiba saya terdengar suara menjerit memberitahu ada lori sampah mengundur menyebabkan semua pelanggan termasuk pemandu lori bergegas keluar dari gerai.

“Mujur tiada kemalangan jiwa cuma seorang pembantu kedai cedera ringan terkena percikan minyak masak yang tumpah ke lantai akibat rempuhan lori itu dan dirawat di sebuah klinik di pekan ini,” katanya.

Mohd Derham berkata, ini kali pertama kejadian seperti ini berlaku sejak adiknya, Noriati, 56, mula berniaga di sini sejak tiga tahun lalu dan ketika kejadian lori itu masih lagi kosong tanpa muatan sampah.

Sementara itu, Noriati dan pemandu lori membuat laporan di bahagian trafik Ibu Pejabat Polis daerah Jempol berhubung kejadian.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hamzah Alias dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved