ONEXOX
BannerFans.com

Mohamad Rais tawar diri bertanding lawan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan

on Monday, August 26, 2013

REMBAU 25 Ogos - Keinginan mengembalikan semangat kekeluargaan dalam UMNO menjadi pendorong utama kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chembong, Datuk Mohamad Rais Zainuddin menawarkan diri bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Rembau dalam pemilihan parti hujung tahun ini.

Beliau berkata, semangat kekeluargaan itu semakin tipis malah ada antara ahli yang bertelingkah lebih teruk berbanding ketika berhadapan pembangkang.



"Saya nampak semangat kekeluargaan dalam kalangan ahli UMNO kini semakin tipis dan menjadi tanggungjawab saya dan semua ahli untuk merapatkan kembali jurang ini. Saya bertanding kerana ingin mengembalikan semangat kekeluargaan itu dan bukan untuk merebut jawatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah terbuka Aidilfitri beliau di sini hari ini.





Baru-baru ini, Mohamad Rais, 57, mengumumkan menawarkan diri bertanding jawatan itu yang kini disandang Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga ADUN Rantau.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved