Lebih 50 penduduk termasuk aktivis cuba menghalang kakitangan syarikat berkenaan daripada masuk ke kampung menyebabkan kerja-kerja membersihkan kawasan yang sepatutnya bermula kira-kira jam 9 pagi tertangguh hampir tiga jam.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusof Awang berkata, pihaknya cuba menenangkan penduduk berkenaan namun keengganan mereka menyebabkan berlaku pergelutan dengan anggota polis.
“Kita menahan sembilan lelaki dan dua wanita berusia 35 hingga 65 tahun kerana tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak polis.
“Hasil semakan kita mendapati hanya dua orang yang ditahan ini adalah penduduk kampung berkenaan dan selebihnya adalah aktivis luar,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, keadaan kembali tenang apabila wakil penduduk berunding dengan pihak pemaju dan kakitangan mahkamah untuk menangguhkan sementara kerja-kerja meroboh berkenaan.
“Semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Mantin untuk tindakan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
“Mereka akan dikenakan tindakan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” katanya.
Difahamkan, seramai 80 keluarga di kampung itu diarah keluar oleh Mahkamah Tinggi Seremban selepas tanah berkenaan dibeli oleh sebuah syarikat pemaju.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment