Pemilik blog berkenaan yang juga aktivis politik, Hishamuddin Rais dilihat seolah-olah mempersendakan kenyataan Hadi dan menganggap pemimpin itu "meroyan".
"Kenapa tiba-tiba Hadi meroyan nak jumpa Najib.
"Tahukah Hadi di mana Najib sekarang," tulisnya dalam laman mikro Twitter seperti mengajuk Pas kerana berulang kali mengutarakan perkara ini tanpa sebarang hasil.
Abdul Hadi semalam dipetik sebagai berkata, Pas sedia untuk bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika parti itu dipelawa.
Katanya, Pas boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin Pas dan Umno boleh berada bersama di atas satu pentas.
Beliau berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersama dalam satu forum suatu ketika dahulu.
"Dasar kita boleh berbincang apa sahaja isu seperti jenayah, rasuah dan ekonomi. Kalau kita diajak kita boleh pergi, kita boleh bincang," katanya.
Abdul Hadi berkata, jika perbincangan itu melibatkan soal Islam, Pas akan berpegang kepada dasarnya iaitu berlandaskan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas.
"Pas pernah membuka pintu mengajak Umno bermuzakarah pada 1980-an dengan berdasarkan perkara-perkara berkenaan," katanya.
Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor sebagai berkata, kerjasama antara Umno dan Pas untuk menyatukan orang Melayu serta umat Islam di negara ini bukan perkara mustahil.
Paparan berita mengenai kesediaan Pas bekerjasama dengan Umno ini juga menjadi berita pilihan pembaca di Sinar Harian Online hari ini apabila ia berada di kedudukan teratas segmen '5 paling hot'.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 2 comments... read them below or add one }
Inilah penyakit org melayu. Datuk Seri Hj. Hadi tu pemimpin tertinggi PAS, sebuah parti pembangkang di Malaysia, bukannya penjenayah @ penerima rasuah. Blogger si tukartiub (ello.. takde nama lain ke?) ni nampaknya melayu tp tak ada budi bahasa menghormati seorang yg berpangkat Datuk Seri. Gelaran Hj. Hadi sama besar je dgn Najib, apa kau ingat PM kau tu sultan ke sampai jumpa pon nak kena sembah? Tapi ye lah, Najib mmg tak berani pon berdebat. Samalah taraf blogger ni ngan Najib.
September 24, 2013 at 12:41 AM
tukartiub tu macai UMNgok. sebab tu tulis blog pon mcm org bongok.
September 24, 2013 at 12:44 AM
Post a Comment