Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Selangor, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail tanpa menamakan sesiapa, membuat kenyataan itu selepas menyerahkan borang pencalonannya pagi tadi.
Menurutnya, pemimpin pergerakan itu sekarang tidak pernah bersekolah di Malaysia menyebabkan mereka tiada asas dalam memahami perjuangan bangsa.
"Untuk memahami perjuangan bangsa, kita perlu secara asasnya mengalaminya sendiri."Jikalau kita tidak pernah membesar dan bersekolah di Malaysia, bagaimana kita hendak faham perjuangan Melayu, agama, bangsa dan negara?"
Di kalangan pemimpin yang ada, mereka tidak bersekolah di Malaysia pun," katanya."Dia ibarat macam Bangla datang (ke sini), umur 20 tahun datang Malaysia, nak cerita perjuangan Melayu, dia berjuang apa?
"Dia tak pernah bersekolah di Malaysia pun," katanya kepada pemberita.Beliau turut mencuri perhatian ramai apabila bersumpah atas nama Allah tidak akan terlibat dengan rasuah sebaik selesai menyerahkan borang pencalonannya.
"Demi Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah, saya bersumpah tidak akan terlibat atau membenarkan amalan rasuah, salahguna kuasa atau politik wang jika saya dipilih sebagai ketua pemuda," katanya kepada pemberita.
Sehingga kini, jawatan ketua pemuda Umno sah akan direbut tiga orang melibatkan penyandang, Khairy Jamaluddin, Akhramsyah Sanusi Junid, dan Syed Rosli.Seorang lagi yang telah menyatakan hasratnya, Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok, Karim Ali masih belum menyerahkan borangnya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 4 comments... read them below or add one }
Jgnlah iri hati atau cemburu org dpt belajar luar negars. Bersaing secara sihat bukan peribadi. Gariskn matlamat perjuangan bkn bersumpah n mrncaci
September 21, 2013 at 4:52 AM
Jgnlah iri hati atau cemburu org dpt belajar luar negars. Bersaing secara sihat bukan peribadi. Gariskn matlamat perjuangan bkn bersumpah n mrncaci
September 21, 2013 at 4:54 AM
bru jd calon dh menyalak mcm anjing bukit...ptuihhh...
September 21, 2013 at 9:26 AM
Salah seorang Ahli politik tidak matang.Nak bertanding tapi takut dengan bayang-bayang sendiri.
Cari keburukan orang sebagai modal berpolitik, mengunakan sumpah laknat sebagai alat kempen dan tidak ada arah tuju dalam kepimpinan.
Tunjukkan perancangan jangka panjang dan arah tuju perjuangan anda dalam berpolitik jgn hanya carik kelemahan orang..
Untuk Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Selangor, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, berpolitik secara matang jangan jadi budak-budak sikit-sikit mengadu
September 21, 2013 at 5:33 PM
Post a Comment