Dalam kejadian kira-kira 8.10 pagi itu, tahanan terbabit, Kishminderjit Singh Bahadar, 39, dibawa menaiki van polis dalam perjalanan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di Mantin ke Penjara Simpang Renggam, Johor.
Menurut sumber, suspek juga dikenali sebagai Taliban atau Ah-Chin dibawa ke penjara berkenaan selepas polis mendapat perintah mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas).
“Pada 4 Julai lalu, suspek ditangkap di Taman Sri Pulai atas kesalahan berkaitan dadah. Polis mendapat perintah menghantarnya ke Penjara Simpang Renggam semalam (kelmarin).
“Dua anggota polis dari IPD Nilai ditugaskan membawa suspek. Seorang daripada mereka menjadi pemandu, manakala seorang lagi ditugaskan mengawal suspek,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, ketika dalam perjalanan dan melepasi Tol Mantin di Lebuhraya Kajang - Seremban (Lekas), tahanan berkenaan memberi alasan ingin membuang air besar.
Sumber berkata, disebabkan tiada kemudahan tandas di kawasan berhampiran, polis mengambil keputusan untuk berhenti di Tol Setul yang ada kemudahan tandas awam.
“Pemandu van keluar dan membuka pintu, tapi secara tiba-tiba sebuah kereta jenis Proton Satria merah merempuh belakang van polis. Suspek kemudian menolak anggota polis yang mengawalnya dalam van sehingga terjatuh,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Menurut sumber, suspek dengan tangan bergari dari belakang melompat keluar dan berlari memasuki Proton Satria itu, lalu memecut laju memasuki persimpangan keluar Setul menuju ke arah pusat bandar.
"Kereta itu bagaimanapun gagal dikesan walaupun dikejar van polis," katanya.
Sumber berkata, suspek mempunyai ketinggian kira-kira 175 sentimeter, berambut pendek, muka bujur dan mempunyai kulit sawo matang, beralamat di Kawasan Merah Mantin, Seremban serta pernah menetap di Bandar Teknologi Kajang, Selangor.
Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh ketika ditemui pemberita enggan mengulas lanjut mengenai kejadian berkenaan.
Sebaliknya, katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment