ONEXOX
BannerFans.com

ADUN BAHAU: Pasar malam perlu bumbung

on Tuesday, September 3, 2013

BAHAU - Cadangan menaik taraf Pasar Malam Jalan Dato' Setia di sini dengan membina bumbung demi keselesaan peniaga dan orang ramai mendapat sambutan baik semua pihak.

 Adun Bahau, Chew Seh Yong berkata, pasar malam di situ menjadi kawasan tumpuan orang ramai dan kerja penambahbaikan itu memang wajar dijalankan.

 Menurutnya, pembinaan bumbung berkenaan dijangka tidak akan mengganggu kelancaran trafik di laluan itu dan kenderaan yang diparkir.

“Saya berharap pihak bertanggungjawab sewajarnya menimbang tara cadangan ini kerana peniaga di sini turut mengharapkan perubahan setelah tujuh tahun mereka menjalankan perniagaan,” katanya.

 Bagi peniaga makanan, Joeanis Ali, 38, yang baru dua tahun berniaga di situ memberitahu dia akan lebih selesa sekiranya pasar malam itu dinaiktaraf.



 "Pasar malam ini ada potensi untuk menaikkan lagi nama Pekan Bahau terutamanya dari segi ekonomi penduduknya.

“Keadaan pasar malam ini pada hujung minggu memang penuh. Lagipun tempat ini lebih santai dan selesa untuk dikunjungi seisi keluarga,” katanya.

 Sementara itu, Peniaga, Jamiahtun Minan, 42, berkata, dia lebih gembira sekiranya pemasangan bumbung itu dijalankan kerana keadaan itu lebih selamat sekiranya musim hujan.

“Barang-barang perniagaan memang kita tinggalkan dekat lorong belakang jalan ini saja, jadi apabila musim hujan sukar juga hendak berniaga, jika ada bumbung tidaklah terjejas,” katanya.





 Pembantu gerai makanan, Sugano Junit, 46, berkata, terdapat tidak kurang lapan peniaga di kawasan pasar malam tersebut.

 "Pasar malam mula operasi selepas jam lima setiap hari Isnin hingga Ahad dan ada kalanya sehingga tengah malam.

“Kami tidak tolak mana-mana pembangunan yang beri banyak manfaat. Sekiranya cadangan ini dilaksanakan kami terimanya dengan tangan terbuka,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved