Beliau berkata, harga diesel di Thailand ialah RM3.06 seliter dan petrol RON95 RM4.74; diikuti Singapura (RM4.32 dan RM5.56); Indonesia (RM3.43 dan RM3.05); dan Filipina (RM4.32 dan RM5.44 (RON93)).
Harga diesel dan petrol RON95 tempatan pula masing-masing di bawah paras RM3 seliter iaitu hanya RM2.00 dan RM2.10 seliter, kata beliau dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau turut memetik kajian yang dijalankan oleh Bloomberg bertajuk 'Highest and Cheapest Gas Prices by Countries' (Harga Bahan Api Tertinggi dan Terendah Mengikut Negara) yang menyatakan Malaysia berada pada kedudukan kelapan selepas Venezuela, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, Emiriyah Arab Bersatu, Iran dan Nigeria, dalam menawarkan harga terendah.
Kajian yang dijalankan pada Februari 2013 itu turut melihat Malaysia berada di hadapan berbanding Mexico, Amerika Syarikat, Rusia, Indonesia, Pakistan danThailand.
Ahmad berkata, rasionalisasi harga minyak petrol RON95 dan diesel perlu dilaksanakan ketika ini agar subsidi kerajaan lebih adil dan terarah khususnya untuk penduduk berpendapatan sederhana dan rendah yang akan mendapat lebih banyak manfaat.
"Segalanya ini adalah kerana komitmen kerajaan untuk terus membantu rakyat dan dengan pelarasan subsidi ini, kita ingin memberi tumpuan kepada subsidi terarah khususnya untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana dengan kenaikan bantuan BR1M," katanya.
"Jangan terpedaya dengan hasutan politik yang mengambil kesempatan daripada isu ini sedangkan langkah kerajaan ini lebih adil dan baik demi untuk kebajikan rakyat."
Ahmad berkata, walaupun harga petrol RON95 dan diesel dinaikkan 20 sen, rakyat perlu faham bahawa berbanding negara-negara jiran dan dunia, Malaysia belum mencapai tahap harga sebenar bahan api kerana kerajaan masih memberi subsidi 63 sen untuk petrol RON95 dan 80 sen untuk disel.
Ini menjadikan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan untuk petroleum bagi2013 adalah sebanyak RM24.8 bilion dan dengan ini, kerajaan dapat menjimatkan sebanyak RM1.1 bilion.
Bagi tahun 2014, sebanyak RM3.3 bilion akan diperoleh daripada penjimatan yang boleh digunakan untuk mengurus pembangunan negara termasuk kenaikan pemberian BR1M.
Dalam pada itu, katanya kerajaan terus mengekalkan pelbagai pemberian subsidi untuk barangan lain seperti minyak masak, gula, tepung, beras dan gas memasak.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 4 comments... read them below or add one }
kenaikan harga minyak sebanyak 20sen seliter itu adalah janji yang di tepati dan ianya setelah kerajaan mendengar denyut nadi rakyat.kita sebagai hamba rakyat patut bersyukur dengan kenaikan itu kerana telah terbukti hasrat kerajaan untuk menjadikan malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi telah tercapai.... buktinya tiada lagi rakyat yang miskin dalam malaysia hasil usha gigih kerajaan umno.kenaikan minyak sebanyak 20sen sebenarnya bagus buat rakyat jelata kerana ianya tanda kasih sayang kerajaan buat seluruh rakyat malaysia....apa pun kerajaan sepatut menaikan harga minyak sebanyak 2ringgit seliter baru malaysia boleh setaraf negara maju..... bravo najib terima kasih umno.....
September 3, 2013 at 6:54 AM
dah hampir muflis dah...bulan depan gst lak. janji ditepati..
September 3, 2013 at 8:30 AM
Kenapa tk bandingkan dgn brunei negara pengeluar minyak terdekat dgn negara kita yg mana harga minyak mereka rendah dan gaji mereka lebih tinggi..singapore bukan negara pengeluar minyak tapi gaji penduduk disana tinggi..mcm mana lah dia orang punya suryey ni..tk adil betul..
September 3, 2013 at 2:00 PM
Anoy 2:00 alangkah bagusnya klu hang jdi surveyer tersebut.Baru depa tau an an
September 3, 2013 at 6:11 PM
Post a Comment