ONEXOX
BannerFans.com

RON 92 mungkin kembali dijual

on Tuesday, September 3, 2013

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan kembali minyak petrol RON92 bagi menawarkan alternatif sumber bahan api yang jauh lebih murah kepada para pengguna.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek (gambar), bagaimanapun berkata, cadangan tersebut masih di peringkat awal dan pengumuman selanjutnya akan dilakukan selepas menerima maklum balas daripada pelbagai pihak.



“Kita akan mengambil kira pendapat daripada semua pihak terutamanya rakyat sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.





“Oleh itu, orang ramai boleh menyuarakan pendapat dan cadangan mereka kepada kerajaan bagi membantu menghadapi kenaikan harga petrol RON95 dan diesel,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Penilai Harta Intelek kepada tujuh penerima di sini semalam.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 3 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Minyak gred A p juai kt lua.Minyak gred c juai kt rakyat.Elok la rupanya mcmtu


September 3, 2013 at 5:54 PM
Anonymous said...

Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan.Hampeh!!


September 3, 2013 at 5:56 PM
Anonymous said...

Nak tukar minyak low quality jenuh nk tgu pendapat rakyat...nk naik harga minyak xyah pendapat lak...aisshhh...puihhh..buang sireh dalam mulut...:D


September 3, 2013 at 6:58 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved