Keadaan di stesen minyak bagaikan suasana di rumah terbuka Aidilfitri namun masing-masing cuba memenuhkan tangki kenderaan sebelum harga baru berkuat kuasa.
Seorang pemilik kenderaan persendirian, Khairul Anwar Abdullah Sani berkata, sebaik sahaja pengumuman harga minyak, beliau mengambil kesempatan memenuhkan tangki kenderaannya.
Menurutnya, suasana di setiap stesen minyak ketika ini seperti pesta dan seolah-olah seperti perjalanan pulang ke kampung sempena cuti perayaan.
"Mula-mula harga minyak ini naik hanya dikatakan sebagai khabar angin, tetapi sebaik ia disahkan pihak kerajaan saya terus ke sini untuk penuhkan tangki kereta," katanya kepada Sinar Harian Online.
Lewat petang tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat pengumuman tersebut.
Bagaimanapun kata Najib, bagi meringankan beban rakyat berpendapatan rendah, menaikan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) akan dibuat dalam Bajet2014 tidak lama lagi.
Dalam pada itu, seorang penunggang motorsikal, Ridwan Malek turut mengakui mengambil kesempatan mengisi petrol.
"Saya memang telah agak, kawasan stesen minyak mesti akan penuh sebaik perdana menteri membuat pengumuman.
"Saya pun tak lepaskan peluang kali terakhir untuk penuh tangki minyak motorsikal saya," katanya
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment