ONEXOX
BannerFans.com

Ina Naim Berpurdah Atas Nasihat Suami

on Wednesday, September 4, 2013

PETALING JAYA: Bekas penyanyi Ina Naim kini tampil dengan imej purdah sejak empat bulan lalu selepas diminta suaminya yang juga penyanyi nasyid iaitu Mohd Suhaimi Saad. 33.

Ina atau nama sebenarnya Nordiana Md. Naim, 29, berkata, pada mulanya dia kurang selesa dengan imej itu tetapi selepas hampir empat bulan memakainya, dia sudah mula serasi dan tidak bermasalah dalam melakukan segala aktiviti harian.

"Alhamdulillah saya sudah pun melalui fasa baharu dalam hidup sebagai umat Islam.



"Lagipun hukum berpurdah itu sunat dan apabila suami meminta saya untuk berubah imej, saya akur. Kiranya saya lakukan ini semua kerana Allah dan suami," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Tambah Ina, keputusannya untuk berpurdah juga bagi mengelak daripada difitnah individu yang tidak bertanggungjawab.

Mengenai perkembangan terbaharu, bekas tunang penyanyi Mawi ini menjadi suri rumah sepenuh masa dan bahagia dalam menjaga ketiga-tiga anaknya iaitu Ehmad Hadie Elfardi, 5, Sallman Elkhoyri, 3, dan Thyrosh Elfadwah yang berusia setahun.

"Buat masa ini saya hanya menjaga anak-anak dan menguruskan suami. Maklumlah mereka masih kecil, maka perlu diberi perhatian lebih

"Bagaimanapun agak mengejutkan juga kerana saya masih menerima undangan membuat persembahan. Walaupun tidak seaktif dahulu, sekali sekala ada yang memanggil," tuturnya.





Kata Ina undangan persembahan yang masih ditawarkan kepadanya membuatkan dia menyimpan hajat untuk kembali aktif menyanyi apabila anak-anaknya sudah dewasa kelak.

"Kalau nak tahu, suami telah menyediakan beberapa lagu buat saya. Tinggal nak rakamkan sahaja.

"Insya-Allah jika tiada aral, saya akan muncul dengan lagu-lagu berunsur dakwah. Tak tahu bila, tetapi biarlah anak-anak besar sikit," katanya.

Ina pernah merakamkan sebuah album mini tidak lama dahulu yang turut memuatkan lagu Rebah, kisah mengenai kehancuran cintanya dengan Mawi.

Ina dan Suhaimi diijabkabulkan sebagai pasangan suami-isteri pada 12 Ogos 2007.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 4 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

tp..kalau nak fitnah mcm mane pun tetap fitnah gak....cume kite cube yg terbaik kan....


September 4, 2013 at 8:48 PM
Ummi Hanie said...

alhamdulillah.. penghijrahan ke arah yg lebih baik


September 4, 2013 at 9:42 PM
Anonymous said...

boleh x jgn cerita benda yg lepas ayat bekas tunang tu sensitif bila baca... cuba cite yg baik2... yg lepas biar lepas jgn diungkit.


September 4, 2013 at 10:29 PM
Anonymous said...

Nape nk kaitkan lg dgn mawi.. Yg dh lepas tu lepas la.. Masing2 dh ada laluan hidup sendiri..


September 4, 2013 at 10:32 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved