Bagi pengendali sementara skuad Hoben Jang Hoben, Ridzuan Abu Shah, anak-anak buahnya berhak bergembira, namun beliau tidak mahu mereka terus dibuai mimpi indah dengan kejayaan tersebut.
Katanya, saingan dalam peringkat kumpulan masih belum tamat dan setiap pasukan mempunyai peluang sama rata untuk merebut slot ke peringkat kalah mati.
Beraksi di hadapan ribuan penyokong Kelantan malam kelmarin, Negeri Sembilan mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk mengejutkan The Red Warriors 3-2.
Dengan kemenangan itu, Negeri Sembilan kini merampas kedudukan teratas Kumpulan C apabila memperoleh tujuh mata diikuti rapat Pahang dan Kelantan yang masing-masing berkongsi lima mata.
"Bagi saya kedudukan kami masih belum selamat kerana masih ada beberapa perlawanan yang perlu diharungi dan semua pasukan juga masih mempunyai peluang sama rata.
"Dua baki perlawanan (peringkat kumpulan) selepas ini sudah tentunya semakin sukar kerana semua pasukan sudah pasti akan bermain bermati-matian untuk merebut slot ke suku akhir," kata Ridzuan kepada Kosmo! semalam.
Menurut Ridzuan, masa untuk bergembira sudah tamat dan kini beliau mahu anak-anak buahnya berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki kelemahan yang ada bagi menghadapi perlawanan seterusnya.
"Kemenangan ini perlu kita jadikan motivasi untuk buat yang lebih baik tetapi pada masa yang sama, saya menasihatkan para pemain supaya tidak cepat berpuas hati," tegasnya.
Mengulas lanjut aksi menentang Kelantan, Ridzuan memuji aksi anak-anak buahnya yang bekerja keras sepanjang perlawanan bagi meraih kemenangan berharga tersebut.
"Dalam perlawanan itu jelas pasukan lawan lebih mengusai permainan tetapi para pemain saya telah menunjukkan tahap disiplin yang tinggi bagi menyerap setiap gerakan Kelantan," ujarnya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment