Mayat lelaki berusia 27 tahun itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gurap di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini pada tengah hari Rabu.
Bapanya, Mohd Damanhuri Mohd Fuad berkata membuat keputusan untuk mengebumikan anaknya selepas berunding dengan peguam dan doktor peribadi.
"Tetapi ini tidak bermakna bahawa saya berputus asa dalam mencari kebenaran terhadap kematian anak saya," kata pemilik restoran berusia 50 tahun itu.
Sherol Aizam dijumpai tesepit di palang besi tingkap rumah jirannya di Taman SAZ, Silibin di sini pada 20 Julai.
Laporan bedah siasat mendapati Sherol Aizam meninggal dunia akibat kesukaran bernafas kerana tersepit (postur asfiksia) - yang berlaku apabila kedudukan seseorang menghalangnya bernafas secukupnya - serta tiga jenis dadah di dalam badannya.
Tidak berpuas hati kerana tidak ada jawapan terhadap kesan lebam yang didakwa ditemui pada badan anaknya, Mohd Damanhuri kemudiannya memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini untuk bedah siasat kedua dijalankan ke atas anaknya.
Permohonan itu, bagaimanapun, ditolak oleh mahkamah.
Mohd Damanhuri masih belum membuat keputusan sama ada untuk mendapatkan satu inkues kematian Sherol Aizam.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment