Tengah hari tadi, saya bersama-sama rakan sepejabat makan di kedai makan berhampiran, rata-rata pelanggan mula bercakap-cakap soal kenaikan harga barang.
Dari riak muka, ramai yang mengundang rasa tidak puas hati dengan kenaikan harga minyak yang tidak sampai 48 jam itu apabila mendengar para peniaga sudah merancang untuk menaikan harga makan tengah hari mereka.
Tauke kedai makan di mana tempat saya dan rakan-rakan menjamah makan tengah hari pun sudah berkira-kira untuk naikkan harga makan.
Saya sempat menanyakan tauke kedai yang selalu saya panggil beliau pakcik. " Pakcik nak naikkan harga makanan ke?
"Ye, pakcik kena naikkan juga, sebab pakcik ambil barang dengan harga baru. Misalnya telur ayam, Ahad lepas harga RM8.90 sepapan hari ni dah jadi RM10.00 lebih. Peniaga yang naikkan harga, pakcik pun kena naikkan harga makan juga," luah pakcik kedai makan itu.
Saya tidak berkata apa-apa, cuma mengangguk apa yang diluakan pakcik itu, beliaupun pada hakikatnya tidak mahu naikkan harga supaya ramai pelanggan datang ke kedainya.
"Pakcik suka bila harga murah, nanti ramai yang datang ke kedai pakcik. Tapi kalau pakcik tak naik harga nanti pakcik rugi sebab peniaga sudah mula naikkan harga," katanya yang kelihatan bersalah kepada saya dan rakan-rakan.
Situasi yang hampir sama dengan seorang peniaga van goreng pisang dan air kelapa yang melahirkan pendapat seperti pakcik itu.
Beliau pun sedang berkira-kira untuk naikkan harga makanan yang dijualnya termasuklah mee goreng yang mana sebelum ini dijual RM2.00 akan dinaikkan kepada RM2.50.
"Telur dan bawang mahal sangat, kami pun terpaksa naikkan harga. Hari ini masih harga biasa lagi mungkin esok lusa kami naikkan," ujar kakak itu yang turut dibantu oleh suaminya.
Ternyatalah, kesan kenaikan harga minyak cukup membebankan rakyat hari ini. Kenaikan harga minyak memberi kesan berantai yang akan menaikan keseluruhan harga barang keperluan, pengangkutan dan perkhidmatan.
Namun, ada sesetengah mereka yang seolah-olah tidak berasa apa-apa dengan kenaikan 20 sen itu, malah mereka sependapat dengan kerajaan kononya untuk memulihkan ekonomi.
Mungkin kesedaran di pihak mereka agak rendah, walhal banyak lagi langah-langkah yang bijak boleh dilaksanakan kerajaan tanpa melibatkan ekonomi rakyat.
Ada di kalangan pakar ekonomi pun turut membidas kerajaan, mereka yang boros berbelanja tidak ingat 'dunia' alih-laih rakyat juga jadi mangsa.
Paling melucukan ada sesetengah mereka tidak tahu pemotongan subsidi minyak 20 sen oleh kerajaan sebenarnya kerajaan mengutip semula 20 sen itu daripada rakyat dengan seliter minyak. Kalau berliter-liter? Tidakkah banyak tu?
Janganlah tengok kepada harga yang dibayar. Memanglah kita akan membayar harga minyak RM10 sehari, tetapi jumlah liternya berkurang. Kalau dulu RM10 kita dapat 5.263 liter, hari ini dengan kenaikan 20 sen kita akan dapat 4.762 liter.
Ini berbeza dengan kenaikan harga barang seperti gula yang dibayar pada harga sekilo gula, jumlah kilogram gula tidak berubah tetapi harga berubah. Contohnya dulu kita bayar RM2.30 kini kita bayar RM2.50 untuk sekilo gula.
Tetapi dalam kes kenaikan minyak ini, seolah-olah pengguna tidak nampak berlakunya kenaikan kerana mereka masih membayar dengan harga minima RM10 sehari. Kalau harga naik lagi, para pemandu akan tetap membayar dengan harga minima itu walaupun liter minyak terus berkurang.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment