Jerit dalam satu kenyataan mendakwa, kekecohan disebabkan penduduk kampung itu cuba menghalang sebuah syarikat pemaju daripada merobohkan rumah mereka.
“Kampung Hakka sedang dirobohkan sekarang. Penduduk sedang diusir oleh syarikat pemaju Mega Nine.
“Pihak pemaju mengusir penduduk kampung ini dengan bantuan pihak berkuasa,” dakwa kenyataan itu hari ini.
Jerit turut mendakwa seramai lapan individu termasuk empat penduduk Kampung Hakka ditahan polis kira-kira pukul 11 pagi ini.
Dakwa Jerit, turut ditahan adalah empat aktivis dan kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Mantin.
“Empat lagi penduduk kampung ditahan semasa mereka pergi ke balai polis tersebut,” dakwa kenyataan itu lagi.
Beberapa blog sebelum ini melaporkan Kampung Hakka yang terdiri dari kelompok rumah papan usang akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pekan baharu Mantin.
Projek itu mendapat tentangan penduduk kampung itu termasuk dengan menaikkan kain bantahan dan meminta campur tangan kerajaan negeri.
Kampung berkenaan dipercayai diduduki oleh penduduk terbabit dengan memegang taraf lesen menduduki sementara (TOL).
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment