ONEXOX
BannerFans.com

Kes jentik-jentik mintak duit kopi: ‘Jadikan pengajaran’

on Friday, September 20, 2013

Seremban: Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) berharap semua kakitangannya mengambil pengajaran berhubung tindakan dua anggotanya yang dikatakan memasukkan jentik-jentik ke dalam kolam takungan di sebuah bengkel kereta di Bahau dan meminta sogokan RM50, Selasa lalu.

Pengarahnya Datuk Dr Zailan Adnan berkata, tindakan itu mencemarkan imej jabatan jika perkara terbabit tidak dilakukan pemilik premis, sebaliknya sengaja dilakukan kakitangannya.



Harian Metro semalam melaporkan dua kakitangan JKNS yang ditugaskan memeriksa nyamuk aedes di sebuah bengkel kereta di Kawasan Perindustrian Kwang Hup, Bahau, Jempol dipercayai sengaja memasukkan sesuatu dipercayai jentik-jentik ke dalam kolam takungan di premis itu sebelum meminta sogokan bagi mengelak dikompaun RM500.

Perbuatan licik itu terbongkar menerusi rakaman kamera litar tertutup yang didedahkan pemilik bengkel itu dikenali sebagai Thambi, 52.





Zailan berkata, semua kakitangan jabatan itu perlu bekerja dengan jujur dan amanah bagi mengelakkan persepsi negatif masyarakat.

“Tujuan pemeriksaan premis adalah untuk mengesan jentik-jentik dan kompaun maksimum RM500 dikenakan bagi menyedarkan orang ramai mengenai kesalahan membiak jentik-jentik kerana boleh membawa virus deman denggi,” katanya.






Menurutnya, penguatkuasaan adalah satu bentuk kawalan terhadap demam denggi dan hanya berkesan sekiranya kedua-dua pihak yang mengkompaun dan yang dikompaun menunjukkan komitmen masing-masing.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved