Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini, Isnin.
Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.
Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.
Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejasberikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.
Najib terdahulu mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa dasar fiskal yang berlangsung setiap enam bulan sekali.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 4 comments... read them below or add one }
Ni lgi satu. Langkah rasional apa ke bendanya. Ayam naik,minyak naik,sumer naik. Pancing rakyat nk bgi brim setahun sekali. Org yg hari2 guna minyak nak ulang alik g keja ni apa cer la najib?
September 2, 2013 at 5:16 AM
Ya la kami yg bekerja jsuh ni...kos minyak jer rm25 sehari....aper citer
September 2, 2013 at 5:45 AM
X isi myk,kete x bgerak..xg keje..xdpt gaji..terbaik.. Huu.. Tahniah!
September 2, 2013 at 8:19 AM
Korg yg mkn duit ni patut rasa mcmana rakyat yg brpendapatan rendah ni rasa. Konfem malaun2 ni yg akan tampil dlu buat bantahan harga brg2 & minyak naik. Hak tuihh
September 2, 2013 at 6:40 PM
Post a Comment