Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Perak, Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim berkata, S. Jambu Keshan, 39, dipercayai ditembak mati oleh musuh kumpulan tersebut kerana ada kaitan dengan dadah.
"Kami juga percaya insiden itu ada kaitan dengan pertelingkahan di antara ahli kumpulan mangsa, Geng 04 dan Geng 08," katanya kepada pemberita di sini Isnin.
Jambu Keshan mati ditembak oleh seorang lelaki bertopeng berhampiran restoran bapanya di Taman Rishah di sini kira-kira pukul 7.15 pagi Ahad.
Mohd Dzuraidi berkata polis telah merakam keterangan dua orang saksi dan percaya suspek yang terlibat dalam insiden itu lebih daripada dua orang.
"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil dari kedai berhampiran menunjukkan lelaki bertopeng itu manakala cermin kereta Toyota Vios yang dipandu rakan suspek itu berwarna gelap.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
Aman apo bondo ea kok hari2 ado kes tembak. Cer citer. Puiiii
September 2, 2013 at 5:12 AM
Post a Comment