Beliau memberi alasan, jumlah kemalangan maut melibatkan motosikal adalah tiga kali lebih tinggi dari kemalangan melibatkan kereta, enam kali lebih tinggi berbanding pejalan kaki dan 50 kali lebih tinggi berbanding penumpang bas.
Beliau memetik kajian yang dijalankan satu badan antarabangsa International Association of Traffic and Safety Sciences yang menyebut rakyat Malaysia bertindak demikian ekoran kenaikan harga minyak antara Mac 2006 hingga 2008 – menyebabkan lebih banyak kematian pengguna motosikal.
“Satu bencana kepada manusia dalam bentuk kematian pengguna motosikal bakal berlaku, ekoran kenaikan terbaru harga petrol,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Liew, kerajaan perlu memikul tanggungjawab sekiranya jumlah kemalangan jalan raya meningkat lebih tinggi susulan kenaikan harga bahan api berkenaan memandangkan rakyat Malaysia tiada alternatif lain.
“Di negara lain di mana khidmat pengangkutan awam disediakan dengan memadai dan cekap, kenaikan harga petrol akan menggalakkan pemandu kenderaan persendirian beralih kepada pengangkutan awam.
“Bagaimanapun, dalam kes Malaysia, setiap kenaikan harga bermakna lebih banyak kematian di jalanan,” katanya.
Beliau mendakwa, keadaan di Malaysia tidak banyak berubah walau kerajaan memperuntukkan RM4.4 bilion pada Mac 2006 untuk menambahbaik perkhidmatan pengangkutan awam.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment