ONEXOX
BannerFans.com
Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Hasan Malek mohon maaf salah ejaan Tahun Baru Cina

on Sunday, February 7, 2016



SEREMBAN - Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek memohon maaf ekoran kesilapan tulisan dan ejaan pada kain rentang ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2016 yang dipasang di kawasannya, baru-baru ini.

Beliau berkata, kesilapan itu tidak disengajakan berikutan tidak arif dengan tulisan dalam bahasa Cina.

"Sebenarnya, ini silap pihak pengiklan yang buat kerja tidak teliti. Sepatutnya mereka kena semak betul-betul. Penyudahnya sekarang, saya yang jadi mangsa.

" Walau bagaimanapun, saya tetap ingin minta maaf pada semua. Kali pertama berlaku macam ini," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurut Hasan, beliau mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan oleh dua rakan lama dari MCA pada hari pertama kain rentang dipasang.

"Lepas dapat tahu, pembetulan segera dibuat pada keesokannya. Segala yang berlaku memang amat dikesali.

"Sekurang-kurangnya, ini menjadi pengajaran kepada pengiklan agar lebih berhati-hati dalam tugasan," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, kain rentang beliau menjadi perhatian kerana ucapan dalam bahasa Cina ditulis terbalik lantas berbunyi 'Cai Fa Xi Gong'.

Kesilapan turut berlaku pada ejaan rumi perkataan 'Cai' yang membawa maksud nasib.

Akibatnya, difahamkan kain rentang terbabit menjadi viral di Facebook 'We Fully Support Pakatan Harapan' dan telah dikongsi lebih 630 kali.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Kain rentang CNY Hasan Malek, MP Kuala Pilah ucap 'Chai Fa Xi Gong' buat ramai tersenyum

on Saturday, February 6, 2016



Memang telah menjadi satu kebiasaan untuk kita melihat wakil rakyat memasang kain rentang mengucap selamat menyambut perayaan yang diraikan oleh rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Namun, kain rentang yang dipasang oleh Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hasan Malek sempena sambutan Tahun Baru Cina kali ini menjadi perhatian.

Ucapan pada kain rentang tersebut yang dipasang dalam kawasan Parlimen Kuala Pilah, ditulis dalam bahasa Malaysia dan bahasa Cina.

Tetapi ia menjadi perhatian kerana ucapan dalam bahasa Cina ditulis terbalik, berbunyi 'Cai Fa Xi Gong'

Teks ruminya bagi perkataan 'cai' (nasib) juga silap dieja.

Kain rentang tu memaparkan gambar Hasan dengan ucapan 'Selamat Tahun Baru Cina 2016'.

Gambar kain rentang tersebut pada mulanya disiarkan di laman Facebook "We Fully Support Pakatan Harapan' dan dikongsi lebih 630 kali.

Kesilapan itu telah membuat sebilangan warga maya geli hati, dengan menghantar semula satu versi kain rentang itu dalam keadaan Hasan terbalik.

Bagaimanapun, sesetengah pengguna Internet melihat kesilapan dari sudut positif, dengan menyamakan membaca mesej dari bawah ke atas umpama "kebangkitan" ke arah yang lebih baik untuk Tahun Baru Cina.

Hasan sebelum ini adalah menteri perdagangan dalam negeri, kepenggunaan dan koperasi tetapi digugurkan dalam rombakan kabinet Julai lalu.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Video: Menteri Besar Baru Kedah Tidak Tidur. Cuma Pejam Mata Menghayati Ucapan Tuanku

on Tuesday, February 2, 2016



ALOR SETAR - "Saya tidak lena tetapi hanya pejam mata sebab nak menghayati ucapan tuanku pada majlis di istana tempoh hari".

Demikian penjelasan bakal Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ketika menjawab pertanyaan wartawan mengenai video berkenaan yang menjadi viral sebelum ini.

Sebagai tetamu yang duduk di barisan hadapan, tidak mungkin beliau akan terlena atau tidur dalam majlis besar seperti itu.

"Saya duduk sebaris dengan semua tetamu kenamaan termasuk Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Jadi tidak mungkin saya akan berbuat demikian.

"Semua dakwaan itu adalah tidak benar dan sengaja memberi gambaran negatif terhadap saya," katanya pada sidang media di ibu pejabat Umno Kedah di Bangunan Tunku tengah hari ini.

Mengulas mengenai pesanan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir agar tidak lena ketika majlis  angkat sumpah di Istana Anak Bukit  hari ini  beliau berkata ia tidak akan berlaku.

Sambil menyifatkan nasihat itu sebagai nakal, Ahmad Bashah yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kedah berkata, perkara seperti itu tidak wajar ditimbulkan.

"Mungkin ada niat lain di sebalik nasihat yang tidak begitu bernas," katanya.



Ambuiii .. bukan main lena lagi Ahmad Badshah Menteri Besar Kedah yg baru nih tido ketika Sultan Kedah bertitah.. Kalau depan sultan bertitah pon dia buleh tido, tak mustahil la apabila berdepan dengan permasalahan rakyat kedah pon dia akan tido.. Inilah yg Umno suka, menteri kaki tido.. kehkehkeh

Posted by Ratu Perang on 2hb Februari 2016




Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ahmad Maslan Kini Dilantik Sebagai “Jeneral Perang Siber”. Berita Baik Untuk Pengemar Lawak Jenaka Beliau

on Friday, January 29, 2016



KUALA LUMPUR: Bermula hari ini, mungkin jadual Ahmad Maslan akan menjadi lebih sibuk dari biasa.

Ahmad Maslan yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Penerangan UMNO kini telah dilantik untuk memegang portfolio Pengerusi Biro Informasi dan Teknologi.



Penukaran ini sekaligus menjadikan Ahmad Maslan sebagai ketua didalam hal-hal yang melibatkan politik siber atau lebih mesra dengan nama "perang siber".

Penukaran itu diumumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini yang turut mengumumkan beberapa rombakan lain dalam pentadbiran UMNO Pusat.

Jawatan lama Ahmad Maslan kini dipegang oleh Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

"Saya telah mengumumkan beberapa penyusunan semula dalam struktur Majlis Tertinggi," kata Najib dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Kes Isteri Potong Kolopir Suami Di Batukikir : "Saya Akan Ceraikan Dia" - Suami Malang

on Thursday, January 21, 2016



Kuala Lumpur, 21 Jan : Lelaki peniaga kain warga Pakistan yang mana kemaluannya dipotong oleh isterinya, seorang wanita warga tempatan, berada dalam keadaan stabil dan 'anunya' berjaya disambung semula.

“Saya terjaga daripada tidur selepas berasa sakit yang teramat sangat di kemaluan dan melihat banyak darah.

“Saya segera hubungi anak saudara dan kami ke balai polis berhampiran. Anggota polis kemudian menghantar saya ke hospital (Jempol) sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya sebagaimana lapor portal berita Harian Metro.

Menurut lelaki berusia 41 tahun itu, kemaluannya dipotong sehingga putus oleh isteri keduanya yang berusia 51 tahun itu menggunakan pisau cukur dalam kejadian yang berlaku di rumahnya di Jalan Beringin 3, Batu Kikir, Jempol semalam.

Menurutnya juga, dia berjalan dalam keadaan darah menetes dan ketika itu isterinya hanya melihat sahaja.

Menurut lagi, kemaluannya yang putus itu tertinggal di rumah kerana dia panik dan kemudian diambil oleh anggota polis untuk dibawa ke hospital bagi proses penyambungan semula.

"Saya masuk ke bilik pembedahan di HKL pada 12.30 tengah hari dan sedar selepas pembedahan itu selesai.

"Alhamdulillah, saya okay selepas bedah. Kemaluan berjaya disambung semula," katanya kepada portal berita tempatan itu.

Menceritakan semula apa yang terjadi, lelaki terbabit berkata isterinya itu enggan tidur dibilik yang sama dengannya.

"Saya tidur sebentar dan bila saya terbangun, saya lihat dia duduk di luar.

"Saya tanya dia kenapa dua tiga hari ini bila saya masuk bilik, dia keluar seperti mengelak saya, tetapi dia tidak jawab pertanyaan saya," katanya.

Lelaki itu berkata selepas itu dia tidur sebelum kemaluannya dipotong sambil menambah dia berhasrat untuk menceraikan isteri keduanya itu apabila dia sihat nanti.

"Saya akan ceraikan dia. Selepas ini saya tidak tahu lagi sama ada ingin pulang ke Peshawar, Pakistan atau terus mencari rezeki di Jempol.

"Isteri pertama saya dan keluarga ada di sana (Pakistan). Mereka sedih dengan kejadian yang menimpa saya," katanya yang juga bapa kepada tiga orang anak hasil dengan isteri pertama.

Menurutnya juga, dia mengahwini isteri keduanya itu selepas perkenalan ketika berniaga kain di sekitar bandar Jempol.

“Niat saya pada awal hanyalah ingin berdakwah dan mengajar wanita yang juga seorang janda beranak lima itu mengenai Islam.

“Wanita itu kemudiannya menyatakan hasrat untuk memeluk Islam dan saya membawanya ke Pejabat Agama Islam Daerah Jempol. Kami kemudiannya berkahwin dua hari selepas wanita itu memeluk Islam,” katanya.

Tambah lelaki itu lagi, kehidupan rumah tangganya hanya indah selama dua bulan sebelum ia bermasalah.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata mangsa dilaporkan stabil setelah pembedahan selama 15 jam.

"Dia menjalani pembedahan selama 15 jam dan keadaannya stabil. Saya difahamkan oleh pihak hospital (kemaluannya) berjaya disambung.

“Suspek (isteri kedua mangsa) kini ditahan reman selama tujuh hari (bermula semalam). Kita akan lengkapkan siasatan untuk pendakwaan," katanya lagi.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Kesan & Soal Dari Mana Dia Peroleh Gambar Memalukan Najib Ini, Arah KPN di Twitter

on Friday, January 8, 2016



Kuala Lumpur, 8 Jan - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan PDRM mencari seorang pemilik akaun Twitter setelah akaun Twitter itu memuat naik satu gambar di Twitternya.

Akaun tersebut memuat naik gambar satu gambar yang dipercayai telah diedit oleh pihak tertentu dengan kapsyen : "Mohon @NajibRazak & @KBAB51 arahkan @PDRMsia tangkap pengkhianat negara yang viralkan gambar ini! #GoPDRMGo ������ "

Susulan dari Tweet tersebut, KPN mengarahkan PDRM menjejak lelaki tersebut untuk menyoal dari mana dia mendapat gambar terbabit.

"PCIRC @PDRMsia kesan @DJStarscreamx dan soal di mana dia perolehi gambar PM yg mengaibkan ini. ", tulis Khalid.

Di akaun Twitter pemuat naik tweet tersebut, pemilik ada menjelaskan bahawa gambar itu dia peroleh melalui Facebooknya.

Gambar yang telah diedit dipercayai berasal dari pengasas Qu Puteh yang telah ditampal dengan muka Perdana Menteri, Najib Razak.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'ANAK² AKU BENCI NAJIB SEBAB AKU BENCI NAJIB'

on Friday, December 11, 2015



KUALA LUMPUR - Kelmarin, seorang peniaga memuat naik gambar anak-anaknya sedang menghalakan senapang pada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diletakkan di sebuah kerusi.

Gambar yang dirakam di rumah Ibrahim Harun itu telah mendapat 213 Shares dan 1,315 Like di laman Facebook.

"Anak-anak minta aku print gambar Najib. Ingatkan untuk apa, rupa-rupanya ini kerja dia. Adoi, penat-penat. Itulah, jahat sangat khianat rakyat!

"Ramai yang bagi pandangan positif dan negatif. Terima kasih semua atas teguran dan nasihat.

"Jawapan aku untuk gambar ini, anak-anak aku benci Najib sebab aku benci Najib. Aku peniaga, hari-hari mulut ni duk maki Najib sebab kenaikan kos sara hidup.



"Anak-anak minta belikan mainan, aku selalu cakap tak ada duit sebab Najib dah ambil duit kita. Last-last minta belikan senapang di Sabasun Hyper Runcit. Harganya murah dan membantu peniaga Islam. Mungkin kerana itu anak-anak aku tahu siapa yang mereka perlu benci," katanya.

Walaupun Ibrahim telah memberikan alasannya, namun rakan-rakan tetap menggesanya membuang gambar tersebut kerana bimbang dirinya akan dikenakan tindakan undang-undang.

"Kalau tak suka pun, jangan ajar anak seperti ini. Ajar anak-anak erti kasih sayang, bukannya kebencian.

"Kalau anak berkehendak ibu bapanya print gambar Najib pun, ibu bapa ada kuasa menegah. Didik mereka dengan cara yang betul. Beri mereka kefahaman apa salah silap pemimpin itu. Bila dewasa kelak, mereka tahulah apa yang betul dan apa yang salah berdasarkan kefahaman akal, bukannya berdasarkan sentimen kebencian semata-mata," kata netizen.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

KJ akan sebat perwakilan UMNO kalau merokok dalam PWTC

on Wednesday, December 9, 2015



Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin atau KJ hari ini memberi amaran untuk menyebat dan memukul mana-mana perwakilan khususnya anggota Pemuda jika mereka terus merokok dalam Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

KJ berkata sedemikian ketika diminta mengulas tentang perwakilan-perwakilan yang bertindak merokok di dalam PWTC.

"Saya tak tahu, kalau saya tahu saya dah pukul mereka dan kalau saya sendiri nampak saya dah sebat mereka," kata Khairy dalam sidang media memetik laporan dari MalaysiaKini.

KJ juga berkata pihaknya mhu pengurusaan bangunan PWTC untuk menguatkuasakan larangan merokok selain meminta agar perwakilan menunjukkan teladan yang baik.

"Saya harap pihak tuan punya bangunan dapat menguatkuasakan peraturan (merokok) ini.

"Jangan tunjuk teladan yang buruk," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa perwakilan yang hadir ke perhimpunan agung Umno pada kali ini tidak mengendahkan larangan merokok di PWTC.

Portal Malaysiakini melaporkan tinjauan yang dilakukan di PWTC dipenuhi dengan asap rokok dan perwakilan juga didapati terus merokok walaupun terdapat papan tanda dilarang merokok.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'BIARKAN SUAMI BERNIKAH LAGI, BUAT APA NAK DISIMPAN LELAKI TAK GUNA?'

on Friday, November 6, 2015



Bagi sy senang.. Pergilah nak nikah pun. Xmau rebut klu dh xelok..kan kan. Buat apa simpan. Stress. Lelaki ni makin tua nmpk je handsome sbb mrk tak beranak. Isteri jaga mkn pakai masalah dia pun kita selesaikan.

Ada nmpk lelaki /suami lps pejabat pakai lawa2. .wangi..romantic lps kawin...?

Klu isteri tak ganti pelikat, tak panggil mandi dan solat, tak hidang mkn...xterurus lah anak org tu.
Itu belum lg lupa nak flush toilet, sidai tuala, tukar stokin...

Relaks...salam tgn bakal madu tu...ucap terima kasih. Nak sgt 'jaga' suami kita. Perempuan ni klu ada suami org suka kat dia, mrk tiba2 akan rasa spt wirawati! Lelaki dh masuk umur 40an..xde masa dah nak layan tgk wayang, shopping, masuk dapur bagai. Nak dodoi anak balik?....mimpi lah.

Lelaki sll kata mrk lebih cerdik dr wanita. Siap dgn bukti dr Al Quran. Tp kita tgk byk juga bukti di akhir hidup wanita yg lebih bahagia.

Apa yg di tulis dlm Al Quran tu sbgi panduan. Berkahwin lebih dr satu bukan satu kesalahan dan bukan satu hukum wajib atau tuntutan.

Cuba baca byk kisah2 dlm syurga. SubhanAllah cantiknya bidadari syurga tak boleh nak cakap. Klu pembantu bidadari dah cantik apa lg isteri kita yg jadi PENGHULU BIDADARI. sabar saudara..dunia ni sekejap je. Tak pyh tggu kiamat utk ke syurga. Buat baik dan sabar je. Dunia kita tenang, mati kita selesa..kiamat kita berjaya.

Takut harta jatuh ke tgn wanita lain?...In shaa Allah xkemana. Yg baik tentu jd hak isteri jua. Hukum faraid ada...Allah tau semua. Anak2 dan diri sendiri lebih berharga. Bygkan suami / bekas suami terpaksa beli kasih syg anak2 dgn wang. Penat....penat.

Sllnya org yg byk kawin ni ...xde harta..hutang adalah. Kerja spi tua.

Klu suami nak kawin lg, bagi suami tu jadual. Seminggu je dlm sbln mai dtg rmh. Dlm 3 mggu tu kita relaks..pergi spa, pergi masjid, riadah dgn anak2. Buat perkara yg lama kita teringin buat. Biar bini baru tu uruskan semua hal mkn minum pakaian sakit pening dia. Itu yg dia nak..kannn. ingat bhw syurga sgt mudah bagi kita wanita.

..Solat pun kelam kabut..5 waktu pun mcm nak perang klu buat...quran sethn sekali buka...itupun baca dlm hati...puasa harap bln Ramadhan je ..itupun byk tidur dr bantu isteri...Ini ada lagi nak tanggung beban. Konon.

Kdg2 wanita tak nmpk nikmat sebenar bila suami kawin lain. Allah nak bagi CUTI! Cukup bulan kita terima nafkah je. Allah akan cukupkan sbb kita dah bagi laluan mudah pd org lain.

Suami mana tak syg isteri? Bodoh atau hodoh mana pun isteri tetap isteri. Tanpa isteri mana mrk dpt title 'ayah'. Lebih2 lg anak dh besar.

Hidup mesti ada penghujung. Susah lah nak tgk org nikah lebih dr satu ni bahagia. ..pening serba tak kena adalah. Siang malam pegang calcalator. Menipu jadi darah daging. Boleh ke bini baru tgk husband pegang hp WA anak2 dan isteri pertama? Stress.....

Jgn fikir nafsu..fikir amanah Allah dan soalan akhirat. Sedap nya 10 minit je...faham kannnn.

Sy suka Tun Mahathir dlm buku nya. ..Org yg kawin lebih dr satu ni mengambil hak org lain yg sepatutnya kawin. Org bijak ckp tu. Bijak dlm segala segi. Bukan Tun jahil agama. Sbb dia arif maka dia tak mau susah..tak mau luka kan hati isteri dan anak.

Yg ckp pun ustaz..lelaki tetap lelaki. .bak kata guru agama sy di Bahrain ni. Dlm agama ni byk lg hal yg jauh lebih penting. Sy belajar fiqh bab zakah and inheritance dh 2 bln tak habis2...sy belajar tajweed dah 2 thn masih belum hafal rules dan makhraj belum cantik. Belajar bahasa arab? Penuh dinding dgn nota. ..see a lot of things more important.

(Alhamdulilillah suami sll beri semangat belajar. Siap buat jadual utk sy dan sanggup keluar waktu pejabat dgn izin bos sbb nak hntr sy dan jemput sy. Bukan sy xleh drive di negara arab ni tp dia kata nak tumpang pahala...)

Byk perkara yg lebih berfaedah nak buat di hujung usia. Org dok sibuk kumpul harta akhirat. ..awk dok gelek anak dok tunjuk power tak power. Hidup pun dgn suppliments .

Klu isteri tak cantik..bawa ke spa..

Klu isteri tak wangi mandikan air bunya. Klu isteri tak pandai hntr kursus. Klu isteri dh tua cermin lah diri dr atas ke bawah..depan dan blkng. Perut isteri gelebeh sbb dah brp nyawa hidup dlm nya. Dh brp tahun suami guna? Perut suami pula buncit sbb isteri bagi mkn 4 kali sehari...

Bagi isteri tua..jgn jelous lah klu wanita cantik peluk suami kita yg dh tua...kita tau kan...kann...shhhh.

Tgk wanita muda mmg cantik dgn warna warni dan senyuman. Wajah wanita berusia nmpk sejuk dgn rona2 kehidupan dan pengalaman.

Klu betul wanita tu cantik dan bijak xlah sangkut pd yg tua.

Lelaki / suami jgnlah dek krn nafsu kamu maka kamu campak kan wanita / isteri dlm kepayahan dan kesusahan. Tau tak brp byk wanita yg jumpa kaunseling, doktor, bomoh utk rebut lelaki tak guna (bak kata spt lagu Yuna). Bila wanita / isteri silap maka dosa nya kamu juga tanggung.

Nauzubilllahiminzalik

Alhamdulilillah suami sy sgt brtgghwb. Out of 10 dpt 6 dlm list kehidupan dah cukup baik. Tentu iblis sll duduk atas bumbung rumah tp sy kalah kan dgn Istigfar. Klu dia silap sy anggap dia sdg di uji dan di ganggu syaitan. Klu hati marah sy pandang kelengkapan dlm rmh...baju sy, makan minum sy, duit belanja sy. Mana boleh lengkap! Sultan pun tak pernah cukup!
Tp sy syg Rasullullah lebih dr suami.

Krn suami, anak, harta, pangkat semua SEMENTARA. Mrk tak boleh bantu sy dlm kubur dan hari akhirat.

Nak capai nikmat byk2 sabar. Tp klu lah dh spi giliran sy..sy akan anggap Allah nak gantikan yg jauh lebih baik iaitu MASA.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Saya Bukan Pakar Sakit Puan, Saya Hanyalah Seorang Doktor "Houseman", Kata Dr Say



Berikutan kontroversi panas yang berlaku baru-baru ini di mana seorang pemanggil wanita yang digelar netizen sebagai 'gedik' yang mahu Dr Shazril menyambut kelahiran anaknya semasa bersiaran di radio Hot.Fm, Dr Shazril telah tampil membuat penjelasan.

"Pertama kalinya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih nasihat dan teguran yang diberikan oleh anda di laman sosial media baru-baru ini.

"Memang saya tidak sangka perjumpaan di Hot FM Isnin lalu akan mencetuskan pelbagai kontroversi dari pelbagai pihak. Walaupun ada komen-komen yang rata-ratanya berbaur kurang enak untuk didengar, buang yang keruh dan ambil yang jernih. Komen itu boleh dijadikan sebagai pengajaran utuk saya memperbaiki diri saya sebagai doktor dan individu.

"Kesimpulannya, saya hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan saya memohon maaf sekiranya saya ada menyinggungkan mana-mana pihak.

"And to clear off d air, saya bukanlah seorang doktor pakar sakit puan, saya hanyalah seorang pegawai perubatan siswazah (houseman) yang kini di unit kecemasan," jelasnya dengan tenang.

Rata-rata pengikut Instagaramnya memberi semangat dan memuji dr Shazil atau dikenali sebagai Dr Say kerana tidak cepat melatah sebaliknya dia yang meminta maaf tanpa menyalahkan sesiapa.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

VIDEO KELAKAR NAJIB 'SERTAI' WHO WANTS TO BE A MILLIONAIRE JADI BAHAN KETAWA NETIZEN

on Sunday, October 25, 2015



Video Najib sertai Who Wants To Be A Millionaire menjadi bahan gelak ketawa netizen di media sosial.

Video berdurasi 2 minit 28 saat itu tersebar di media sosial yang disunting oleh individu yang tidak dikenal pasti ternyata mengelikan hati netizen.


Najib 'Sertai' Who Wants To Be A Millionaire

Video Kelakar Najib 'Sertai' Who Wants To Be A Millionaire Jadi Bahan Ketawa Netizen. http://goo.gl/4eB5ot

Posted by My Media Hub on 25hb Oktober 2015


Program Who Wants To Be A Millionaire versi Malaysia yang dihoskan oleh Jalaluddin Hassan itu menerima banyak perkongsian di Facebook. Mana tidaknya, suntingan yang sangat kelakar itu melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Ahmad Maslan, Tan Sri Dr Rais Yatim, Tun Dr Mahathir Mohamed dan Dato Ibrahim Ali.

Antara soalan yang diajukan ialah berkenaan GST, tema kemerdekaan, akta paling sesuai untuk melawan pembangkang,

Soalan pertama mengenai GST, penyunting video membuatkan Najib seolah-olah bertanyakan apakah jawapannya dari Datuk Ahmad Maslan yang serta merta memberikan jawapan 10%. Kesilapan jawapan yang diberikan itu membuatkan Ahmad Maslan ditendang keluar oleh Najib.

Namun setelah soalan ketiga berjaya dijawab, penyunting video membuatkan Najib berceramah seketika dalam permainan itu menyebabkan Jalaluddin Hasan terpaksa menenangkan Najib agar permainan boleh diteruskan.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'NASIB BAIK DIA KENA PUKUL, KALAU AYAH, SURUH DIA BERGULING ATAS PADANG' - RANI KULUP

on Tuesday, October 20, 2015



KUALA LUMPUR - Dikala netizen bersatu padu mengecam tindakan pemilik Range Rover memukul pekerja cuci kereta warga Bangladesh, Abdul Rani Kulup pula tampil menyokong dan mempertahankan tindakan lelaki itu.

Beliau yang juga Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) berkata, pemilik kedai cuci kereta itu juga bersalah kerana tidak pandai menjaga dan melatih pekerjanya menghormati pelanggan.

"Nasib baik dia kena pukul, kalau saya, mungkin saya suruh dia berguling di atas padang," katanya yang juga turut membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini.

"Kepada pengurus-pengurus pusat cuci kereta, anda patut melatih, mendisiplinkan pekerja-pekerja anda supaya bersopan dengan para pelanggan sebab kita lihat di stesen pam minyak, pekerja asingnya sungguh sopan menjadi hati pelanggan sejuk," katanya.

Dalam kenyataannya kepada media, beliau juga menyentuh masalah pekerja asing yang dilihat semakin biadab dan berani di kedai/restoran sehingga menimbulkan kemarahan pelanggan.

"Bukan salah pelanggan, pekerja yang salah dan pengurus yang tidak tahu menguruskan pekerja sehingga mereka bersikap biadab terhadap pelanggan," katanya.


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'DIA NAK LOMPANG CINA? LOMPANGLAH, CAKAP BOLEHLAH' - TUN M

on Sunday, October 4, 2015




KUALA LUMPUR - Gara-gara Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengeluarkan kenyataan mahu melempang Cina Malaysia, dia dikritik oleh netizen dan beberapa bekas pemimpin kerajaan.

Kenyataan Ahli Parlimen Pasir Salak itu juga dilabelkan 'cakap besar' oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Dia nak lempang Cina? Suruhlah dia lempang, cakap bolehlah. Apabila ada kerajaan di belakang, memanglah berani. Tetapi bila keluar (seorang diri), tak berani," kata Tun Dr Mahathir dengan nada sinis ketika diminta mengulas kenyataan Tajuddin.

Sementara itu, bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik menyifatkan Tajuddin kurang ajar dan mahu pemimpin UMNO itu meminta maaf kepada semua rakyat Cina di negara ini.

"Itu ucapan kurang ajar. Saya tidak pernah bermimpi atau terfikir untuk melempang orang Melayu. Itu salah, hendak cakap pun salah, inikan pula hendak lakukan? Ini kurang ajar," katanya.

Para pemimpin Barisan Nasional khususnya UMNO dinasihatkan tidak membuat sebarang kenyataan tanpa merujuk kepada akal terlebih dahulu agar tidak memalukan diri sendiri.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ayahanda Rani Kulop turun himpunan Baju Merah sebab nak jumpa peminat

on Thursday, September 17, 2015



Presiden pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, beliau hadir berbaju hijau semasa perhimpunan Rakyat Bersatu kerana himpunan berkenaan sah setelah mendapat permit dari pihak berkuasa.

Tambahnya, dorongan untuk hadir ke perhimpunan itu juga adalah untuk berjumpa dengan peminat-peminatnya.

Sumber




PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'SAMPAI KL, DIORANG SURUH PAKAI BAJU MERAH'



KUALA LUMPUR - Seorang pengguna Facebook mendakwa bapa mertuanya telah diperdayakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam Perhimpunan Rakyat yang berlangsung semalam anjuran PESAKA.

"Bapa mertua saya juga ditipu, dikatakan ada rombongan ke Putrajaya, tetapi bila sampai di Kuala Lumpur, disuruh pakai 'baju merah' dan ikut perarakan dari Masjid Negara. Sedih betul diperlakukan begitu," kata Qystina FarahDamia.

Sementara itu, Rosni Abd Kadir pula berkata, ibunya juga diberitahu perkara yang sama oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

"Nasib ayah tak bagi ibu pergi. Kasihannya tengok. Panas dan jerebu. Ibu cuma diberitahu ada rombongan ke Kuala Lumpur. Kena pakai seluar dan kasut. Diorang tak tahu ini," katanya yang kesal dengan tindakan pihak itu.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

SAYU. VIDEO 2 PESERTA "PROTECT ERR PROTECT" PERHIMPUNAN RAKYAT BROKEN ENGLISH DIMAKI NETIZEN



KUALA LUMPUR - Video temubual lucu dua lelaki yang menyertai Perhimpunan Rakyat (Baju Merah) semalam tersebar di laman sosial sejak malam tadi.

Video berdurasi 1 minit 43 saat yang dirakam oleh channel Durian itu menunjukkan dua peserta terbabit kelihatan sukar menjawab soalan dalam bahasa inggeris yang diajukan oleh wartawan berkenaan.


"we want to protect err... errr...." itulah pentingnya english education dik..

Posted by My Media Hub on 16hb September 2015


Di media sosial pula, gelagat dua peserta ini menjadi bahan ketawa dan tidak kurang juga yang kesal dengan tindakan mereka yang hanya menyertai namun tidak mengetahui objektif sebenar perhimpunan itu.

"Kata Melayu, nak pertahankan Tanah Melayu. Cakap Melayu dah la. Nak malu apa? Nanti dia siarkan dalam televisyen, adalah terjemahannya. Itu pun tak boleh fikir. Macai-macai, gunakanlah akal sebaik mungkin," kata Fuzi.

"Next time bersedia, kena tahu tujuan. Don't worry, slow slow belajar bahasa inggeris. Orang Jepun pun ditemuramah dalam bahasa Inggeris pun pening mereka nak jawab. Last last, dia belasah juga guna bahasa Jepun. Susah-susah, jawab saja guna bahasa Melayu," kata Safrizal.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ahmad Maslan: Padang Merbok tak akan muat hari ini

on Tuesday, September 15, 2015



Timbalan Menteri Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Ahmad Maslan yakin Padang Merbok, Kuala Lumpur tidak muat bagi menampung peserta Himpunan Rakyat Bersatu hari ini.

"Saya yakin padang ini tak akan muat dengan peserta yang hadir.

"Saya tidak dapat jangkakan, tapi apabila kumpul, nanti akan tahu jumlah yang hadir," katanya kepada pemberita di tempat lokasi.

Ahmad berkata, sekiranya perhimpunan ini tidak mendapat permit dari pihak berkuasa beliau tidak akan menyertainya.

Tambahnya lagi, perhimpunan ini dilakukan bagi menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika negara berhadapan dengan pelbagai masalah.

"Perhimpunan ini menunjukkan sokongan usaha-usaha kerajaan, tentang masalah sedang melanda termasuk kemerosotan ringgit.

"Himpunan ini bagi menunjukkan supaya masalah itu selesai pulih," katanya.

Beliau turut yakin tidak ada sebarang kekecohan akan berlaku sekiranya peserta mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Ketika laporan ini ditulis, di Padang Merbok jumlah peserta meningkat kepada 1,500 orang.

Turut kedengaran dari pentas utama melalui alat pembesar suara 'Hidup Melayu' dan disambut oleh peserta perhimpunan.

Peserta perhimpunan turut diarah mengambil nasi putih berlauk kari ayam di bawah khemah yang disediakan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ayahanda Rani Kulup 'Ugut' Mahu Ke Amerika Untuk Cari Alvin Tan

on Monday, September 7, 2015



Barangkali berang dengan tindakan tidak berkesudahan Alvin Tan yang sering menghina agama Islam dan kaum Melayu, Abdul Rani Kulup Abdullah kini menggesa kerajaan menyegerakan prosedur ekstradisi blogger kontroversi berkenaan.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) membuat desakan itu terhadap Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar Negara.

Dengan langkah itu menurutnya akan membolehkan Alvin segera ditangkap dan didakwa mengikut undang-undang negara, demikian memetik laporan Sinar Harian Online.

"Kalau pihak berwajib hendak menangkap Alvin ia boleh dilakukan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) misalnya mempunyai hubungan baik dengan Interpol Amerika Syarikat , jadi sudah tentu tangkapan Alvin boleh dilakukan.

"Jangan sampai ayah ke AS cari Alvin," katanya berseloroh.

"MJMM akan buat laporan polis di Ibu Pejabat Dang Wangi, isu Alvin menghina kalimah ALLAH, pada 8 September ini (esok) jam 11:30 pagi," katanya lagi.

Sebelum ini beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Alvin oleh beberapa pertubuhan dan individu, namun tiada tindakan diambil terhadap blogger berkenaan yang masih bebas di Amerika Syarikat.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

9 Perbezaan Ketara Komen Rakyat Singapura Dan Rakyat Malaysia Terhadap PM Masing-Masing

on Tuesday, August 25, 2015

Bila orang suka kita, apa yang kita buat semuanya nampak indah belaka. Tapi bila orang dah tak suka, buat apa pun akan jadi tak kena.

1. Bila Lee Hsien Loong lawat kawasan dan jumpa penduduk setempat, semua puji tempat tu cantik dan ada yang menyesal tak dapat jumpa PM.







Bila Najib melawat Malim Gunung lepas gempa bumi kat Sabah, ramai orang marah sebab Najib datang lambat.





2. Bila Lee Hsien Loong cakap pasal tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri, semua orang puji dan berikrar untuk sokong kerajaan.





Bila Najib cakap pasal tugas beliau untuk bela nasib rakyat, semua orang tak percaya dan rasa tertipu.





3. Bila Lee Hsien Loong ucap takziah kat penduduk di Bangkok, Thailand lepas isu letupan bom minggu lepas…





…versus Najib





4. Bila Lee Hsien Loong cakap pasal perumahan selamat dengan persekitaran yang baik, semua orang berterima kasih dan rasa bersyukur tinggal di Singapura.








Bila Najib umum skim perumahan mampu milik untuk rakyat, orang suruh #NajibLetakJawatan dan persoal mana pegi duit berbilion-bilion yang hilang tu.







5. Bila Lee Hsien Loong cakap pasal kemerdekaan, semangat rakyat, dan masa depan negara, semua orang rasa teruja dan bangga jadi rakyat Singapura.







Bila Najib cakap pasal matlamat pentadbiran UMNO untuk mengangkat martabat bangsa Melayu, makin banyak persoalan dan hashtag baru yang muncul.







6. Bila Lee Hsien Loong cakap pasal perpaduan rakyat Singapura yang sentiasa mendahulukan negara, semua orang setuju dan respect. Ada jugak orang Malaysia yang puji nilai yang orang Singapura tunjukkan.











Bila Najib jamin negeri Kelantan akan diberi pertimbangan sama rata macam negeri lain,..





7. Bila PM Singapura berselfie…





…dan bila Najib berselfie.





8. Bila orang berselfie dengan Lee Hsien Loong…





…versus Najib.





9. Bila PM Singapura dengan isteri…





…versus Bila Najib dengan Rosmah.







Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri



 
© AANS BLOG All Rights Reserved