Mungkin masih keliru dengan pengalaman berkenaan selain kelelahan akibat jadual lawatan yang padat, Najib telah melakukan satu kesilapan apabila memuatnaik satu lagi status di Twitter, semalam.
Dalam status berbunyi, “Had a good chat yesterday with Mark Zuckerberg at Twitter HQ” Najib menyatakan dia berada di ibu pejabat Twitter sedangkan dalam gambar yang dkepilkan, beliau berdiri bersama Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg.
Kesilapan itu bagaimanapun segera disedari beliau dan dibetulkan sejurus kemudian.
Memiliki lebih 1.7 juta pengikut dengan rekod lebih 5,000 tweet telah dimuatnaik, Najib diiktiraf oleh Twitter.Com antara pemimpin dunia paling aktif menggunakan media sosial ini.
Selain melawat ibu pejabat Twitter dan Facebook, Najib turut mengunjungi pejabat Google dalam lawatan kerjanya selama tiga hari di San Francisco.
Beliau menyifatkan pengalaman ini sesuatu yang sangat menarik dan membuka mata tentang inovasi budaya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
REPLY TO :Jeffry Ahmad · Top Commenter · University of Technology of Compiègne
bkn silap...ni bodoh nmanya...
" setakat silap tu ko nk kte die bodoh..
byk bnde lg die kne pk utk rakyat die yg bodoh mcm kau "
September 26, 2013 at 10:48 PM
Post a Comment