ONEXOX
BannerFans.com

Salah Guna Dana, SPRM Tahan Bekas Adun UMNO

on Tuesday, September 17, 2013

PETALING JAYA: Seorang ahli politik terkemuka ditahan untuk disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menyalahgunakan dana satu program kebajikan kerajaan.

Sumber berkata pada Selasa, lelaki itu yang juga bergelar Datuk dan bekas ahli dewan undangan negeri (Adun) serta bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, disoal siasat pada Isnin di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.



Sebuah portal berita melaporkan lelaki itu ditahan untuk membantu siasatan oleh SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan dana program 1Azam yang dikhaskan untuk membantu golongan berpendapatan rendah.





Laporan itu turut menyebut SPRM turut merampas 10 kereta mewah kepunyaan lelaki tersebut.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved