Saya menulis surat ini adalah…sifat keberanian dalam diri saya dimana saya ingin menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Membangun Pesat bukan Negara Yang Sedang Membangun.
Sejak akhir-akhirini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya. Saya setuju tentang kenyataan itu tetapi idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh bukan idea yang bijak. Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar memberi impak kepada golongan muda sahaja tetapi juga golongan miskin dan juga seluruh rakyat Malaysia. Hari pertama harga minyak naik, food court ditempat kerja saya menaikkan harta roti sebanyak 30 sen. Lihat! Impak terhadap kenaikan minyak. Tetapi jika satu hari nanti harga minyak turun walaupun sebanyak 50 sen sekalipun, harga roti yang naik 30 sen ketika harga minyak naik akan kekal sama dan tiada pengurangan. Mungkin ianya kecil pada mata orang-orang yang kaya nilai 20 sen itu tetapi ia cukup berharga kepada kami yang baru sahaja memulakan kehidupan.
Mengenai BR1M. Pada mereka yang diberikan BR1M, pasti mereka akan gembira. Kenaikan BR1M telah memberi impak positif yang besar kepada kerajaan kerana kerajaan telah melaksanakan sebahagian tanggungjawab untuk membantu rakyat, tetapi pada masa yang sama kenaikan harga memberi impak negatif yang lebih besar kepada seluruh rakyat Malaysia baik yang menerima BR1M atau tidak. Mengapa tidak bajet BR1M itu digunakan bagi memberi subsidi minyak?
Kerajaan mengatakan bahawa pemberian BR1M kepada rakyat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang berpendapatan rendah. Tetapi saya tidak nampak semua itu. Seperti saya katakan tadi, apabila harga minyak melambung, maka harga barang juga turut melambung. Jadi pemberian itu tidak memberi makna apa-apa terhadap rakyat. Ia umpama buruk siku. Lepas bagi, ambil balik.
Kadang-kadang saya terfikir, apakah keistimewaan saya sebagai rakyat Malaysia? Adakah hanya sekadar penyumbang ekonomi negara tanpa mendapat sebarang kebaikan daripada negara sendiri? Gaji saya di dalam golongan middle income (RM3,000 – RM5,000). Saya tidak layak menerima BR1M malah saya juga di dalam kategori pembayar tax kepada kerajaan. Golongan middle income pada hari ini masih sukar untuk membeli rumah kerana kos sara hidup yang tinggi. Apakah keistimewaan kami yang mana suatu hari nanti bakal menerajui negara sendiri?
Seterusnya pula, Boleh dikatakan golongan lepasan Ijazah yang belum berkahwin, gaji permulaan bermula RM2200. Maka mereka tidak layak untuk menerima BR1M. Syarat untuk menerima BR1M bagi individu adalah bawah RM2000. Manakala bagi mereka yang telah berkahwin dibawah RM3000. Walaupun gaji mereka Bawah RM3000 dan layak untuk menerima BR1M, ia masih tidak mencukupi kerana mereka ada tanggungan yang perlu ditanggung bukan setakat anak isteri tetapi juga pinjaman pembiayaan pelajaran. Untuk memulakan hidup, saya pasti Dato’ Seri pun tahu bagaimana gigihnya seseorang untuk menanggung keluarga.
Beban atas kenaikan minyak amat dirasai pada golongan kami.
- Gaji kasar : RM2300 (fresh graduate)
- Gaji bersih : RM2032 (masih tidak layak menerima BR1M)
- Kereta : RM 400 (Kawasan yang sukar mendapatkan public transport seperti di kawasan Damansara, maka kami memerlukan kereta)
- Tol: RM1.60 x 2 kali sehari : RM 3.20 x 23 hari = RM73.60 (melalui LDP, masih tidak menerima 20% rebate touch n go)
- Parking : 23 hari x RM5 = RM115
- Minyak : RM 12 x 23 hari = RM230 (dari Taman Melati ke Damansara dan untuk ke kerja sahaja)
- Sewa : RM 200 (paling murah di Kuala Lumpur untuk satu bilik)
- PTPTN : RM150 (minimum)
- Makan untuk sebulan = RM 450 (sehari RM15)
- Ibu Ayah = RM200
- Baki : RM2032 – RM400 – RM73.60 – RM115 – RM230 – RM200 – RM150 – RM450 – RM200
- TOTAL BAKI : RM213.40
Ini apa yang pernah saya lalui. Tak dinafikan ada juga beberapa bulan saya tidak dapat membayar PTPTN apabila dalam keadaan yang terdesak seperti memperbaharui roadtax dan insurans kereta dan apabila hari Raya menjelma. Dua keadaan yang perlu dilalui yang memerlukan duit tambahan.
Apabila kita melihat baki bulanan yang sebanyak RM213.40, maka pembelian rumah untuk kami memang jauh sekali. Cuba Dato’ Seri lihat harga rumah pada hari ini. Di Taman Melati, Setapak harga rumah bagi 660 sqf adalah RM150,000 dan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun,maka setiap bulan perlu membayar RM717. Bagaimana golongan belia pada hari ini mahu memangkin ekonomi masa hadapan? Sedangkan perlaburan terbaik datangnya daripada Pelaburan Hartanah.
Saya telah kira RM213 hanya mampu membeli rumah berharga RM40,000 dengan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun. Bagaimana kami mampu membantu menjana ekonomi Negara sedangkan gaji kami hanya mampu membayar rumah RM40,000 sahaja? Dan dimanakah rumah yang berharga RM40,000 ini? Di kawasan pedalaman yang memang tidak boleh untuk membuat pelaburan. Kita perlu melihat ke hadapan. 10 tahun akan datang, kami golongan belia bakal menerajui Malaysia. Tetapi ianya tak akan berjaya jika pihak atasan tidak memandang idea dan mendengar suara kami.
Seterusnya lagi, berkaitan tentang gaji lepasan Ijazah dan diploma. Boleh dikatakan kebanyakan syarikat swasta tidak mahu membayar gaji mengikut qualification yang kami ada. Mereka menganggap kami lepasan ijazah sama seperti lepasan SPM. Gaji yang ditawarkan tidak sepadan dengan gaji yang sepatutnya. Alhamdulillah, saya bekerja di sektor GLC dan gaji yang saya perolehi dianggap memuaskan. Tetapi bagaimana rakan-rakan saya dan belia lain pula? Nasib mereka tidak seperti saya. Saya mencadangkan Dato’ Seri melihat bagaimana pekerja di US. Mungkin US telah maju sekarang ni. Kita buat perbandingan di negara Australia menerima gaji bulanan bagi lepasan ijazah. Sangat berbeza jika dibandingkan di negara kita.
Seterusnya, mengenai status penjawat awam mahupun swasta. Ini masalah yang besar kami hadapi. Kebanyakan syarikat-syarikat baik GLC mahupun Semi- Government mahupun swasta, mereka akan menetapkan setahun kontrak dan selepas itu diserap menjadi penjawat tetap dan ada juga sesetengah syarikat langsung tidak menjadikan penjawat tetap malah akan kekal sebagai penjawat kontrak. Apa masalah yang ingin saya ketengahkan ini adalah berkaitan dengan pinjaman perumahan yang amat sukar. Walaupun sebelum ini telah lama bekerja tetap dan selepas itu mendapat tawaran lebih baik tetapi ianya kontrak, apabila membuat pinjaman perumahan, ia akan ditolak atas alasan pekerja kontrak. Maka harga rumah semakin hari semakin meningkat. Jika ingin menunggu setahun kemudian setelah disahkan penjawat tetap, harga rumah itu juga telah melambung tinggi dan kami tidak dapat membelinya. Ini masalah yang saya hadapi sekarang ini.
Saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga sebagai seorang yang berpegang kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional, saya merayu agar Dato’ Seri Najib Razak dapat memikirkan masalah yang kami hadapi sekarang ini. Sebagai pemimpin disegani di seluruh dunia, saya pasti Dato’ Seri mampu mengubah dan memperbetulkan apa yang dirasakan membebankan kami.
Terima kasih
Ikhlas,
Siti Hajar binti Aladin
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 46 comments... read them below or add one }
ini bukan masalah xdpt brim kak oii...nie segi realiti....aku pun sama duk bandar mana ada murah...nak beli pakaian pun time raya tu pun sehelai...suma tol kat kl...harga suma mkn dah naik...xthu mcm macam mane nak kecik kan belanja tu....kau ingat jual nasik lemak jln penyelesaian....bkn mcm tu saudara....pkir tu biar kreatif skit....jgn main hentam je...
September 25, 2013 at 5:05 PM
sy sgt2 bersetuju dengan surat cik siti hajar aladin..realiti zaman sekarang....klu nak g berniaga nasi lemak,nak balik masak nasi lemak time bila..balik keja pun dah kul 6.nak jaga anak lagik,time bila nak g berniaga...sebeum bercakap tu pikir2 dulu..situasi manusia ni ada pelbagai...
September 25, 2013 at 6:15 PM
Alhamdulillah, anda masih ada kerja, bagi surirumah yg ada anak... suaminya menoreh getah berapa senlah sangat, yg ditoreh getah orang...bukannya banyak 4 ekar saja, duitnya bagi dua..nak bayar rumah RM500 (beli masa kerja dulu, ekonomi gawat terpaksa berhenti) duit belanja dapur, kalau nak tulis macam yg awak tulis tu negatif tau.... reda dgn takdir hidup ini....sampai tertunggak bayaran....bersabar ajelah.....
September 25, 2013 at 6:34 PM
ALANGKAH BAGUSNYA SEANDAINYA PERDANA MENTERI MEMAHAMI NASIB YG DIALAMI RAKYAT MALAYSIA KINI, SEBB 20SEN MINYAK.. SEMUA NAIK.. KEDAI RNCIT, KDAI MKN, KALO XCAYA.. TURUNLAH BUAT SIASATAN SENGAP2 OR MENYAMAR SBAGAI PLANGGAN.. MST DAPAT JWPN YG TEPAT.. DLM BERITA AD MNGATAKAN HARGA TERKAWAL.. 2 KRN AP?.. CB LA STIAP TEMPAT YG AD CAWANGN MASING2 MELAKUKAN UGAS LEBIH SPESIFIK.. INGAT LAH.. RAMAI LG RAKYAT AKAN MNGALAMI MASALAH KMISKINAN PDA 10THN AKAN DTG..
September 25, 2013 at 6:38 PM
gaji ribu pun komplen....aq ni gaji kurang seribu...tanggungan ank sdg membesar...bil mcm2..tunggakan hutang mcm2..masuk gaji pagi..xsmpi tghari dh abis byr mcm2...kira bln ni byr a..tp bill b xbyr..bln seterusy bil b dibyr tp bill a dtangguhkan,,,tu je aq bleh buat...suami xda....nk dpt bantuan ibu tunggal x layk.....abis pd sapa aq nk ngadu???...bersabar je yg aq mampu...
September 25, 2013 at 7:20 PM
Siti hajar ada whatsapp x
<3
September 25, 2013 at 7:42 PM
bagi aku ... usaha itu yg penting ,org kerja posmen boleh berjaya,ibu tunggal pon boleh berjaya ,bagaimana dgn anda yg mempunyai ijazah,diploma.. jgn putus asa,sentiasa berusaha,ada setengah org tu ber tahun berusaha,akhirnyer berjaya,abgku tk sijil pon spm, dulu office boy mara holding ,tapi mcmana boleh kaya,ada kereta 6 bijik ,bini 2 lgi tu.. soalannyer aku tanya,abg aku ckap jgn mengeluh,setiap usaha ada baiknyer...jgn harapkan pada satu..skrang aku tengok ramai org melayu menjadi kaya,sehingga cina sendiri pun cakap..cina skrang pun mennumpang hasil ciptaan orang melayu kalau dari segi produk kesihatan..usaha saja jalanyer jgn mengeluh.nk seribu daya ,taknak seribu dalih .jangan mengeluh pada rezeki.
September 25, 2013 at 9:45 PM
Tak semua orang berusaha dapat jalan yang sama, mungkin abang saudara orang yang bertuah, setangah orang terpaksa menyara keluarga. Maka mengeluh tak mengeluh benda yang sama kena hadap. Mungkin mereka yang berpeluang dapat jadi macam abang saudara ada 1 dalam seribu. Maka yang lain 999 ini masih menghadapi masalah yang sama dengan bebanan hutang sana sini. Pandang orang yang susah, bukan yang senang.
September 25, 2013 at 10:37 PM
komen2 di atas sgtlah betulnya. kita golongan pertengahan dan bawahan hidup susah.di samping itu jgn lupa peranan kita sbg pengguna. SIKAP dan lifestyle kita kena ubah. yg paling penting "Ukurlah baju di badan sendiri". org yg gaji 8K hari ini pun mungkin pernah dpt gaji 300 je masa mula kerja dulu. sy tertarik dengan kata2 seorang professional berbangsa Cina - "how much you get is not important, but what matters is how much you spend". kalau perlu, tukar drp kereta besar kpd kereta yg cc lebih kecil. pindah dari rmh besar ke rumah yg lebih kecil. makan dan pakai yang harga murah punya. tukar cara hidup. klau Datuk Najib naikkan gaji kita pun xde guna kalau sikap dan lifestyle kita masih di takuk lama....fikir2kan lah wahai rakyat Malaysia yg budiman.
September 25, 2013 at 10:38 PM
syukur aku pakai kereta je..siti ni kalau pakai motor..boleh jimat tol,minyak,parking..fikir..fikirkan lahh
September 25, 2013 at 10:51 PM
ukur baju di badan sendiri.klu rsa x mampu nk bli umh 2 tgkat,bli je flat murah.ok jgk.umh sndri jgk kn.ni yg aku tgk, gaji x seberapa, tpi nk umh hebat2.xnk umh kecik2.berbelanja kena ikut kemampuan dik oi.klu gaji ko 10k pn, nk bli umah juta2, tetp x ckup jgk.2lh manusia,, semakin gaji byk, semakin high taste.pas2 dok complain x ckup2
September 25, 2013 at 11:04 PM
Jual kereta beli moto..p keja naik mto.. bwa skali baju ujan..hehe
Minyak motor seminggu rm10 x 4 = rm40
Tol = RM 0.00
Bila ada rezeki naik pangkat or dapat bonus = beli kereta / rumah
kompeni GLC slalu dpt bonus besar kan? kan2?
September 25, 2013 at 11:11 PM
Setuju sgt. hr ni ramai yg mengeluh hrga myk naik n herga brg naik. tp diaorang masih lg mkn kat luar, beli bj n kasut baru. lifestyle x berubah gak. pd sy bl berlaku mcm ni ubah sikap. kalau dulu kt sllu mkn luar, apa salah hari kt msk kat rmh. bg ank n suami mkn air tgn sdr. jimat belanja. kalu jd goverment staff, jgn cbuk nk buat overlapping loan. lps tu mrh pd pemimpin gaji x ckup.. byk2 muhasabah diri. bersyukurlah sekurang2nya kita masih lagi x smp thp miskin mcm rakyat kat negara lain.kt msh lg ada kerja n pendapatan. kt x menganggur. sy fhm apa yg Siti Hajar cuba smpaikan. cuma hrp2 kerajaan akan lebih prihatin. renung2kan masalah rakyat dr mt rakyat pertengahan. jgn pndg masalah dr mt pemimpin n org2 kaya sjer.
September 26, 2013 at 12:52 AM
try bagi kat dato sri najib duit 2000 tiap bulan pastu jadi rakyat mcm kite 6 bulan cukup la... test jadi org bawah.. larat tak
September 26, 2013 at 12:56 AM
Betulll.. gaji pekerja kerajaan naik x semesti gaji pekerja swasta naik.. harga minyak naik, barang naik, harga rumah naik,, nk katakan semua naik... tapi gaji pekerja swasta x naik..
September 26, 2013 at 1:27 AM
Allahuakbar, time aku bace surat Siti Hajar ni tetiba jadi sedih tapi bile aku baca blog dia http://anakjerung.blogspot.com aku jadi menyampah pun ada .....kalau dia dok canang gaji dia tak cukup tu umur baru 27tahun tapi dari tulisan dia sendiri dlm blog tuh .....huh, rajin benor melancong kat luar negara....ada buat kerja partime macam2 .....and kisah paling sedih dia "putus cinta" ......... kalau kita baca surat dia tuh kpd PM tuh macam bunyik sensara sangat la ..........dah dia sendiri pilih kerja ngan GLC kalau keja ngan kerajaan bleh gak tambah2 duit alaun macam2 kalo dia ade ijazah....bleh berniaga kat pejabat (jual baju/tudung ) buat bisness online bagai .......kalu kita dah gaji sikit tu time minyak naik menggile nih pandai2 le potong mane yg patut ........
September 26, 2013 at 2:03 AM
Takpalah, abang awak kaya, boleh belikan rumah untuk awak. Aabang awak perlukan lagi dua orang isteri tak? Mungkin dengan jadi bini abang awak, boleh hidup mewah. ;p
September 26, 2013 at 2:24 AM
mungkin PM akan baca surat ini dan mesti dia ada tindakan susulan.saya percaya kerajaan akan mewajibkan syarikat pengangkutan awam menambah laluan ke kawasan rumah penulis surat..
Dengan itu kurang lah sedikit beban anda dlm perihal minyak dan tol serta parking.
kakakakak
September 26, 2013 at 2:47 AM
citer kat ADUN umno mesti dia tak faham bab ni..hahaha...cuba tanya kat ADUn tu apa tu inflation mesti gagau punya....setakat buat vcd lucah anwar pandailah depa
September 26, 2013 at 4:08 AM
Kalau pembangkang..celah mana pun semua kerajaan yang salah. Gaji kecik pun salahkan kerajaan. Dah keje swasta, boss kau yg tanak naikkan gaji sebab tak suka kau ke, atau mmg layak gaji rendah ke..atau Allah mmg sempitkan rezeki kau sbb banyak sgt melalak itu tak cukup ini tak cukup. Kalau org suruh bersyukur, dia nak kasi penendang kat kita. Agak2 mcmana mentaliti diorg ni? Jadi, senang cerita...nak idup senang kena berusaha...Allah baru jentik sikit bagi dugaan idup sempit sikit dah meraung. Belum kasi dugaan lagi dahsyat. Takyahlah nak berdebat dgn org2 yg keje tau nak komplen je. Biar je dia nak idup mcmana. Kita pun Bukan kaya pun. Tapi takdelah kelaparan. Hati sekor2 nak marah je..tak aman mcm roh hantu lapar.
September 26, 2013 at 5:29 AM
Ni hidup tak sabar. Org kumpul duit dulu...baru boleh beli apa2. Pegi overseas ada duit balik. Jgn merengek ckp hidup susah sgt tp sebaliknya....kang Tuhan kasi betul2 hidup melarat, baru tau. Nak tulis surat kat pm. Org2 melayu punya perangai...dah bagi tanak terima kasih. Tak bagi, mencarut maki. Mcm tolong anjing tersepit.
September 26, 2013 at 5:35 AM
asyik complaint jer..keje malas..
mkn sehari rm15..cube diet ckit!
masak sendiri kat umah dan bli brg dapur utk sebulan..
myk dh naik harga,carpool la..nie belagak x sudah2!
ORANG MELAYU MEMANG SUKA COMPLAINT,USAHA SIKIT..
September 26, 2013 at 5:45 AM
Bising tak cukup itu ini. Tapi handphpne ta ak ketinggalan beli yang canggih. Dlm fb confirm update status amik gambar makanan sana si i kat restaurant best2. Kalau tak cukup gaji, cari jalan...buat business ke, buat part time ke.segelintir melayu je boleh usaha nak cari extra duit. Yg lain keje meragut, merompak dan jadi ahli mengutuk kerajaan kow2. Aku pun tak suka minyak naik. Tp aku kena cuba la cut down apa yg patut supaya dpt jimat duit. Jual brg2 yg tak perlu kat rumah ni sebagai second hand supaya dpt duit sikit. Cari jalan buat business online. Pelan2. Tup tap2.. Masuk duit sikit2 jual itu ini. Bukan kaya pun. Tak terfikir pun nak mengeluh memaki hamun mcm deme ni. Sibuk rasa seronok pulak sbb dapat income melalui jual brg second hand. Allah kasi akal, guna. Kalau mengeluh, Allah dah janji akan lagi disempitkan rezeki. Tu ada sebut dalam Quran tu. Nak hamun jugak. Lantak hangpa la...kadang2 Allah bagi kita hidup senang ada sebab...kasi hidup susah pun ada sebab
September 26, 2013 at 5:45 AM
org2 mcm si hajar nie mmg x patut layan..
menyalak x sudah2..pandai2 ler nk hidup,susah sgt minx la duit mak bapak!
ko nk bg tau satu malaysia masalah ko apahal?
igt org lain xde masalah ker?
puihhh..
September 26, 2013 at 5:49 AM
Siti Hajar...jgn letak maruah kat tapak kaki anjing. Awak menyalak itu tak cukup ini tak cukup tapi hakikatnya awak kuat melancong sana sini. Gaya hidup awak..bukan saya tak kenal awak. Cuba istighfar sikit. Ni mengapi apikan org2 melayu yg memang bencikan sangat kerajaan utk ada lagi sebab benci kerajaan. Diorg ni mmg la tunggu time je nak hentam. Awak tulis surat kat Najib sebab nanti awak boleh shopping dan melancong. Oii pompuan..usaha la sikit. Nak tulis surat kat PM konon. Kalau aku jadi pm, lepas aku gelak, aku jadikan surat kau sebagai bungkus pad masa period. Usaha tanak. PM bnyk lagi kerja yg korang semua tatau. Nak kena tatang korang semua ke? Semua nak subsidi...gaji rendah nak melalak. Yg keje swasta tu, gaji kalau dah kecik, carilah keje lain sbb majikan awak tanak naikkan gaji awak..bukan salah kerajaan. Suka hati company tu la nak bagi gaji awak berapa. Kerajaan tak masuk campur.
September 26, 2013 at 5:55 AM
Die xkomen bg pihak die je.. Die tolong adu tuk orng y kurang mampu mcm aku ni..orng lain tau nak blame die, once klu PM bace n tergerk hati dgn ape y die tulis, kite semua jugak y senang, hepi.. x gitu?
September 26, 2013 at 5:57 AM
Betul....aku rasa lah kan....buat bodoh je la dgn pembangkang2 ni semua. Kalau tak complain dan hentam, aku rasa kena sawan babi kot. So biarlah depa. Pembangkang kaya pun menghentam..yg middle class pun menghentam apatah lagi dari golongan miskin...tu pasal Allah jadikan diorg ni tak aman je. Kiri kanan mcm susah. Hati dah tak betul dari awal...tu yg ada penyakit hati. Nak mencarut, apa yg kerajaan buat semua tak betul, kalau ckp mesti bahasa mcm rempit. Kira mcm dgr org sebut sokong kerajaan je dia menggelupur mcm setan kena simbah air Yassin. Biar je....
Hajar, Najib takde masa layan surat awak. Since awak tak suka kerja keras, tau nak komplen je, apa kata mintak sedekah dengan cara paling glamour ke, masuk pertandingan ke...bodohla awak ni
September 26, 2013 at 6:05 AM
jadi jgn lh makan ayam, jgn lh makan daging, jgnlh makan ikan....
makan beras denagan garam je lh. kata negara maju. tp cara hidup kena jadi mcm zaman dahulu. mcm tu ke maksudnya
September 26, 2013 at 7:44 AM
ada orang kerja takda KWSP..apatah lagi SOKSO.. kesimpulannya kena bersyukur dengan apa yang kita ada..tapi bukan alasan kita tak mampu berusaha nak tambahkan pendapatan.. ada satu ayat "DUIT BUKAN SEGALA-GALANYA" mungkin tak relevan dah ayat tu..tetapi "DUIT ADALAH SEGALA GALANYA" untuk membayar keperluan hidup.. ada setengah orang gaji RM 1+++ dah mencukupi berbanding RM 3+++..ada sorang member katanya dia rasa gaji RM 1000 lebih dar terasa lebih cukup..kadang2 tak tau nak buat apa dengan baki.. ada sorang member pulak gaji RM 3000 lebih ada je yg tak cukup..ada setengah yg dah terlebih cukup..alhamdulillah..mungkin kat sini kena nampak keberkatan walaupun nilai jauh berbeza.. walau apa pun kena kena berusaha + doa.. insyallah kena akan sentiasa rasa syukur dan tenang.. - oleh Remaja Lepasan SPM berumur 18 tahun yang berfikiran sederhana -
September 26, 2013 at 8:45 AM
Btol2..org lain tau nk hentam je..dia ckp mewakili sume org susah n senang..
September 26, 2013 at 8:47 AM
jgn risau...dia ada teko ajaib...abah eh nama aladin..gosok la teko tu...minta jadi pm..hehehe....poning baco comment , ada sokong ,ada bangkang...saya kat tengah..lawak lawak jer...huhu
September 26, 2013 at 12:10 PM
Awk semua senang la cakap,jimat la apa la itu ini..main point yg siti hajar katakan tu kita sebgai negara yang sedang membangun..economic growt d negara kita semakin pesat ..tapi salah satu faktor negara yg tidak mmbgn pesat adalh dsbbkan kadar kemiskinan or poverty..kena faham la,sedap je bagi tahu abang ko pakai kerta besar la apa itu ini,cuba bc blk siti hajar kata,blk pukul 6 ptg kerja,kalo nk buat bisness pun mne sempat,da tu nk berhenti kerja buat bisness..bisness kdg2 3 kali try belum lagi berjaya.kalo berjaya pada awl2 memulakan bisness tu alhamdulillah.bisness pun ada high risk dia.berbalik pd economi malaysia,awk2 sume xpyh la duk banding kita dengan negara miskin..negara dia ada natural resoucer?ada rubber oil,ada tin?ada palm oil?sector agriculturel pun teknologi xupgrade..kita ada semua tu.natural sources d negara kita semua complete,.kita harus tgk negara maju..baru la negara boleh capai wawasan 2020..saya orang berniaga je kecil2.xkerja makan gaji..tapi mind sett tu kn pergi jauh laa kalo nk move ke dpan..sekarng faced bnyk kita hadapi dlm negara,buat ape nk banding negara miskin..kita bukan dah jadi negara maju.kita in progress nk jadi negara maju.
September 26, 2013 at 12:30 PM
Adik surat ni hantar terus ke admin@1malaysia.com.my, semoga pandangan dan luahan adik di beri perhatian.
September 26, 2013 at 5:57 PM
sana sini dok cakap 'negara dah membangun' bagai..
diri sendiri masih lagi tak membangun!
hoi,siti hajar dan sekalian umat yang menyokong siti hajar..bangun la..sampai bile nak hidup senang saja,semua benda kerajaan dah sediakan untuk rakyat apa lagi yang dimahukan??
jangan sampai suatu hari nanti,nak kahwin pun minta kerajaan hulurkan bantuan!
tak usah tulis surat panjang2,tahukah kalian menteri2 kita adalah dari golongan orang yang bijak dan berpengetahuan,apa yang mereka buat untuk negara mestilah untuk kebaikan mereka dan rakyat mereka sendiri..
buka minda dan cuba berpandangan luas,jangan asyik menghentam kerajaan sendiri, takkan bila berperang baru nak bersatu padu....
September 26, 2013 at 11:21 PM
Standad la broo..dah kerajaan kena tolong la rakyat...
dengar citer mcm2 hebat dah negara..tapi rakyat yg susah pun takleh nok tolong...itu dah kira tanggungjawab kerajaan la kot.. kalu mmg jenis takde keja ke takde usaha takpe lah itu salah dia.
Kalu mcm ada ka atas tu bgtau..malaysia ni apa takde? dari sabah sampai perlis...minyak,sawit,getah,balak....suma ada? yg jadi msalah nya kenapa byk lagi org susah..jangankan income..paip air pun takde lagi..tapi tgk ke menteri hebat2 suma ..kaya raya..rakyat je susah....
takpe lah ..kita berjimat cermat je. sambil tgk kerajaan buang duit kot lain dan relakan dengan hati yg ikhlas..janji kita tak susah..yg jadi susah tu suma salah sendiri..kerajaan kita tak penah buat silap..kalu buat silap pun kita bersyukur laaaaaaaaah
Untooooooooong la jadi kerajaan..Ye
September 26, 2013 at 11:41 PM
kau untung dah kojo macam budak2 deg yg lain yg xdapek kojo cmno ,die org kojo apo2 jo janji kojo halal lu pikir la sendiri...
September 27, 2013 at 6:51 AM
tak payah bandingkan negara Malaysia dengan negara yang nama2 besar macam US. Meluat nak dengar..terlalu jauh perbezaan,sistem politik,ekonomi,sosiobudaya.. bandingkanla dengan Thailand ke,Indonesia ke,Hong Kong..dalam ASIA sudahla.. Inilah mentaliti fikiran kita,tau nama yg besar2 je.. tanya kereta Mercedes dari negara mana jawabnya US,tanya AUDi jawabnya US.. semua US.. tanya movie cerita Cina kat TV3 kata filem dari China..padahal Hong Kong..tanya Hong Kong kat mana? Jawabnya Hong Kong dalam China..padahal Hong Kong dan China adalah dua negara berbeza.. US tu taraf negara MAJU..buat macam mana pun mmg MAJU..sebab diorang negara kuasa VETO.. tak usahla banding dgn negara luar ASIA. Dalam ASIA dah cukup..
September 27, 2013 at 12:25 PM
apa sekalipun puncanya..tekanan idup nak survive masa ni...bleh buatkan sesetengah org amik jalan mudah...ataupun terpaksa buat kerja tak elok..rompak,ragut,bunuh.. diorg ni tak kenal ko pembangkang, penyokong, pembayar cukai, jenis anti kerajaan..jenis penyokong tegar,kaki utang sana sini,ada rumah takde rumah sendiri..ada ke takde keta..ko keja malas..ke rajin kerja cari duit suma masuk dlm list dia asal ko ada apa yg dia nak...suma dia sapu ...
September 27, 2013 at 8:15 PM
alah..ramai komen sakan,.,..sebab comel jer ni..kalau x lawa..xder org nak komen pun..kui kui kuiii
September 29, 2013 at 2:07 AM
Sy suke komen anda!
September 30, 2013 at 6:36 PM
....puas gak aku bace semua komen2 kat atas nih ada yg sokong kata dia mewakili suara kaum belia.......yg tak sokong sebab apa????....sebab bila baca btol surat tuh dia bagi contoh diri dia sendiri... kt blog semua catatan perjalan dia ke ISTANBUL, TURKI, buat UMRAH (huh, banyak nya duit muda lagi belum kawin lagi dah gi UMRAH).......dia buat pembedahan hidung lagi (YA ALLAH, banyak nyee duit dia !!!!!!!!!..............) semua nya dia dah padamkan sebab dah terok kena hentam/bidas/kena maki/...............itu ke dia contoh kaum belia paling bagus dalam Malaysia (aku yg belia ni pun malu yg amat bace blog dia tuh .........dia yg tulis surat aku plakkk yg rasa malu smpi ari nih.......eh hello perempuan tak tahu malu, apa tujuan ko sbenar tulis surat tuh???? nak cari calon suami kannnnnn ??? tu yg sengaja buat surat utk PM tuh ????????? apa hal lah ko tk fikir seribu kali sblum ko tulih surat tuh ????????????........takkan ko tk tahu kalo ko letak kat blog ko tu tetapi ko dah set utk semua org baca........kalo kite tulih kat blog org akan copy paste merata tempat .........aku kasihan ngan ko ni, tapi ape nk buat... dah ko memang nak sangat idup GLAMOR ........dgn cara tulih surat kat PM nih ko akan GLAMOR spt mna yg ko nak ......... ko yg nk sangat mencipta sejarah...ko mesti fikir ko nak jadi wanita pertama yg akan mengubah Malaysia nih semua rakyat semua golongan hidup selesa dan semua pemimpin negara hidup sama taraf dgn rakyat jelata .....ko yg berangan2 sangat-sangat tuh nk jadi wanita terkenal kat Msia nih sebab ko berani tulis surat........eh, itu engkau, aku malu lah weiiiii .........akupun ada ijazah,keja bank(gaji banyak sikit je dri engkau, ade kereta Myvi,.........tak ada rmah sendiri sbab doa bila kawin akan share ngan bakal suami beli rumah)..........ini pun aku buat kerja partime (jual maffin (kek cawan tuh) kat member office aku ........aku ambil upah jahit manik lagi utk member aku nih ........ade aku kisah ape org nk cakap ape !!!!!!! ..............malu lah wei kita kalo nk bagi pendapat buat survey betol2 .......jangan main tulis je ........aku nie pun pompuan HAJAR naluri kite yg belia2 nih nak kawin cepat je .........itu je sebenarnya !!!!!!!!...fikir nak kawin cepat amat jarang2 and sungguh jarang belom kawin sebok benar nk beli rumah, sebok benar le nk pergi TURKI lah, ISTANBUL ...........melancong kat luar negara bukan calang2 org duit kapalterbang murah skali pun mesti nak guna duit sendiri mase kat sana ..........HAL MINYAK NAIK NI SEMUA ORANG RASA TAPI KAMU SEORANG YG TULIS SURAT PD PERDANA MENTERI .........ko tak kaji ke dri mula ko lahir dgn Perdana Menteri salih bertukar2 tak ada sorangpun yg PERDANA MENTERI yg dpt menunaikan semua kehendak rakyat baik yg miskin, yg pertengahan dan ramai lagi .......... kalo engko jadi PERDANA MENTERI cubo ko fikir sendiri adakah engko dpt memenuhi semua kehendak rakyat ?????......mase Mahadhir dulu apa rintihan rakyat waktu itu, mase PAKLAH apa kehendak rakyat waktu itu dan skrang NAJIB ........
October 2, 2013 at 7:44 PM
tertarik dgn perbelanjaan siti hajar ni.
aku student. belajar dekat IPTS KL. sebulan duit pinjaman aku RM700 mcmtu. tak pernah 1 sen pun aku mintak duit mak ayah aku tambah. cukup! bila minyak mahal, makanan naik, aku dah mula terasa beban, aku buat part time. skrg, duit belanja aku RM1.3K sebulan. aku siap byr kereta sendiri, bg mak ayah aku duit, siap boleh simpan duit kawin lg lah! bil, ASB sume aku byr duit sendiri. xde PAMA okay!
persoalannya, kenapa cukup?
1. aku sedar diri, aku sapa. mak ayah susah. duit x banyak. aku amek inisiatif, masak sendiri, bawak bekal.
2. manusia mana taknak bercuti happy2? aku pun nak. tapi aku tak gayat nak ke luar negara selalu. PD ada, cherating ada.. janji lepas stress belajar n kerja sudah.
3. duit topup ke kalau aku terlebih minggu nie, mmg aku cut cost la kt mana2. duit nasi lemak ptg2 xde lah.
4. mana-2 kerja part time aku sauk.
5. duit tol? alahh. kawan ada.. seminggu kereta kau. seminggu kereta aku lahh.. xde hal... jimat 50%
cukup je duit aku. extra hujung bulan? ada rm200. sama macam cik kak nie yg bergaji RM2000++
Maaf kalau kecik hati. sekadar kongsi.
October 21, 2013 at 6:02 AM
it is not your keluhan but the middle class of the whole Malaysia.tak boleh buat apa kerja and continue bayar kerajaan.
November 14, 2013 at 10:43 PM
Jaminan 100% Pinjaman tawaran memohon
Kami menawarkan pinjaman kepada mereka yang memerlukan kewangan untuk menyelesaikan masalah mereka. Jika anda memerlukan
kewangan, hubungi kami melalui
e-mel: morrisdeborah827@hotmail.com
February 13, 2014 at 11:26 PM
Hidup gelanggang pati. Gaji kami sebulan 32ribu mampus cete ajar. Kami org indon tp blh jana wang bersih 32ribu per bulan kalau mau senang khawin ngan sayasayasaya
April 28, 2014 at 10:26 AM
Apakah Anda membutuhkan pinjaman untuk memulai bisnis? Membutuhkan
pinjaman untuk melunasi tagihan Anda? Saat ini kami menawarkan
pinjaman pendidikan, pinjaman usaha, pinjaman rumah, pinjaman pertanian,
pinjaman pribadi, kredit mobil, dll Jika Anda perlu
mengekspresikan minat Anda pada pinjaman, sehingga kita bisa
mengirim informasi lebih lanjut kepada Anda.
Hubungi kami melalui email joycerolandloancompany@gmail.com
January 14, 2016 at 8:04 PM
Post a Comment