ONEXOX
BannerFans.com
Showing posts with label Misteri. Show all posts
Showing posts with label Misteri. Show all posts

Punca penutupan kilang Samsung Seremban terjawap

on Tuesday, March 1, 2016



KUALA LUMPUR: Penutupan operasi kilang pengeluaran televisyen Samsung Electronics Display (M) Sdn Bhd (SDMA) di Seremban, Negeri Sembilan adalah berdasarkan persekitaran perniagaan yang mencabar dan keadaan pasaran yang tidak stabil.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Azman Mahmud berkata, langkah ini susulan pelaksanaan pelan strategik Samsung untuk menambah baik keseluruhan kecekapan perniagaan dalam operasi entiti Samsung di Malaysia.

"Adalah malang bahawa kilang pengeluaran televisyen Samsung Electronics di Seremban terpaksa menghentikan operasinya. Walau bagaimanapun, kita menyedari bahawa ia adalah keputusan yang dibuat selepas pertimbangan yang teliti.

"Kami memahami bahawa penutupan adalah disebabkan oleh persekitaran yang mencabar dan penyusunan semula operasinya di Malaysia. Namun, kami gembira bahawa Samsung komited untuk menyediakan program sokongan yang adil dan sesuai untuk pekerja yang terjejas," kata Azman dalam satu kenyataan.

Meskipun dengan penutupan ini, MIDA yakin Samsung akan terus menjadikan Malaysia sebagai pusat penting dalam pasaran ASEAN melalui entiti lain seperti Samsung Electronics Malaysia Sdn. Bhd. (SEMA), Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd. (SME) dan Samsung SDI Energy Sdn. Bhd. (SDIE).

SEMA adalah satu-satunya kilang Samsung yang menghasilkan ketuhar gelombang mikro di dunia manakala SDIE menghasilkan satu pertiga daripada pengeluaran sel bateri global Samsung.

Satu lagi entiti, Samsung Engineering (Malaysia) Sdn. Bhd. banyak terlibat dengan beberapa projek hidrokarbon dan perindustrian di Malaysia.

Sebagai sebuah kumpulan di Malaysia, Samsung melaporkan akan mengekalkan lebih daripada 5,000 tenaga kerja di negara ini.

Syarikat itu juga komited dalam menyediakan program sokongan yang adil dan munasabah bagi pekerja yang terjejas.

Tambahnya, pekerja-pekerja yang berpotensi akan diserap ke entiti Samsung lain di Malaysia.

"Keutamaan kami berikutan pengumuman yang dibuat Samsung adalah untuk memastikan gangguan minimum kepada pekerja yang terjejas. Kami juga akan bekerjasama dengan Samsung untuk memastikan peralihan ini berjalan dengan lancar.

"MIDA masih terbuka dan komited untuk menyokong dan memudahkan sebarang potensi pelaburan oleh Samsung di Malaysia pada masa depan," kata Azman.

Samsung pada Sabtu mengumumkan akan menamatkan operasi SDMA di Seremban, Negeri Sembilan, pada April.

Kesemua 475 warga Malaysia dan 145 pekerja asing yang bekerja di kilang itu akan menerima pakej pampasan yang adil dan berpatutan.
Samsung berkata ia akan menyediakan khidmat kaunseling kerjaya dan latihan vokasional kepada pekerja yang terlibat.

Menurut MIDA, Malaysia pada tahun lepas menarik 521 projek pembuatan tambahan untuk sembilan bulan pertama. Negeri Sembilan sahaja menarik 29 projek baru.

Projek perkilangan baru yang diluluskan ini akan mewujudkan peluang pekerjaan untuk 1,930 penduduk tempatan dalam industri berkenaan di negeri itu.

Tambanya, industri elektrik dan elektronik (E&E) terus menjadi pemacu utama ekonomi Malaysia dengan sumbangan yang besar kepada pengeluaran pembuatan, pekerjaan, pelaburan dan eksport negara.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Punca Gadis Cun Melecun Lari Sebab Cinta Tidak Direstui Terjawap

on Monday, February 22, 2016



SEPANG - Polis hari ini menafikan berlaku kejadian culik yang melibatkan seorang remaja perempuan di sebuah kolej semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, remaja terbabit dihantar oleh ibunya ke IUKL untuk mengambil keputusan peperiksaan sambil ditemani oleh adiknya.

Tidak beberapa lama kemudian, teman lelaki remaja itu datang mengambilnya. Adiknya yang melihat kejadian itu terus memaklumkan perkara itu kepada ibu.

Ekoran itu, ibu mangsa cuba mengejar kereta berkenaan namun gagal. Malah telefon bimbit anaknya juga tidak dapat dihubungi.

Pada keesokan hari, ibu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Datuk Abu Bakar Baginda.

Siasatan awal mendapati, kejadian itu bukan kes culik seperti yang tersebar di laman sosial. Tetapi remaja perempuan itu sendiri yang rela mengikut teman lelakinya  kerana ibunya tidak merestui perhubungan cinta mereka.

Polis kini sedang giat mengesan teman lelaki mangsa untuk membantu siasatan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Punca Lelaki Pernah Jadi Viral Mengamuk Di JPJ Sebelum Ini Maut Ditembak Terjawap

on Wednesday, February 10, 2016



GEORGE TOWN: Seorang pengusaha nasi kandar yang juga merupakan pemilik sebuah pusat cuci kereta maut apabila ditembak di Jalan Dato Keramat, George Town, Pulau Pinang awal pagi tadi, lapor Astro Awani.

Mangsa, Syed Amen Jainul Abidin, 46, dipercayai ditambak daripada jarak dekat di dalam kereta kereta Mercedes Benz miliknya ketika berhenti di depan sebuah pusat pameran motosikal berkuasa tinggi Ducati, kira-kira jam 3.30 pagi.

Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah maut serta merta selepas terkena lima das tembakan di kepala dan badanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata, suspek juga melepaskan sedas tembakan ke arah dua orang anggota RELA yang mengawal premis tersebut, namun tidak mengenai mereka.

Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif pembunuhan juga sedang dikenalpasti.

Hasil semakan, Syed Amen amin sebelum ini pernah menjadi viral di laman sosial apabila beliau dipercayai mengamuk di pejabat JPJ dan sedang menanti perbicaraan berhubung kes mengaibkan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada November lalu.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Rahsia misteri Ulu Bendul terbongkar mengezutkan orang ramai

on Monday, January 18, 2016



PADA zaman dahulu, Ulu Bendul lebih terkenal lokasi mempelajari ilmu agama iaitu bersuluk.

Dikatakan, kegiatan bersuluk itu bertujuan menuntut dan pelajari amalan baik (ilmu batin) untuk memperkuatkan diri bagi orang-orang Islam ketika itu.

Justeru, nama Ulu Bendul ini dikiaskan dengan rumah yang dibina di sini dengan terciptanya bendul yang terletak di bahagian hujung, yang mana bendulnya cantik dan biasanya berukir.

Pengarah Institut Peradaban Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak, Profesor Madya Datuk Paduka Dr Mohd Rosli Saludin berkata, lokasi bersuluk dilakukan di bahagian hulu atau hujung (lokasi yang sunyi).

“Jeram Kak Lang dikaitkan tempat orang bersuluk. Jadi kerap kali menyebut ulu dan bendul yang cantik, maka terciptalah nama Ulu Bendul,” katanya.

Menurutnya, Ulu Bendul sama seperti Pulau Upih berdekatan dengan Port Dickson iaitu tempat orang mempelajari ilmu tasawuf.

“Tempat itu dipilih sejak datangnya Bathin Terjali yang popular di Luak Jelebu. Maka ia sama seperti Ulu Bendul, tempat mempelajari ilmu tasawuf dan bersuluk.

“Di Ulu Bendul sememangnya terkenal dengan Penghulu Naam, Tok Paroi, Tok Angsi dan juga Tok Angsa yang hebat dari segi ilmu tasawuf dan juga bersuluk.

“Selepas era pentadbiran Penghulu Naam, wujud pula Tuan Tulis yang menjadi penasihat kepada Almarhun Tuanku Muhammad,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Mohd Rosli berkata, Ulu Bendul juga dikaitkan dengan Gunung Angsi di mana tempat pertemuan antara Luak Rembau, Inas, Johol, Jelebu dan juga Ulu Muar.

“Hulu Sungai Muar terletak di hujung Ulu Bendul. Orang dahulu menggunakan sungai jika mahu ke mana-mana. Di bahagian hulu Ulu Bendul berkait dengan Gunung Angsi, dan di sinilah golongan agama dan pahlawan dahulu memperkuatkan diri.

“Mat Kilau juga pernah datang ke sini. Ulu Bendul dikaitkan dengan Gunung Angsi sama seperti Gunung Datuk di Rembau, Gunung Jono di Ulu Pilah, dan Gunung Ledang di Johor iaitu tempat berkembangnya agama Islam dan  guru-guru agama ternama.

“Di sini jugalah tempat berkembangnya aliran tasawuf. Mereka juga bersuluk dengan pelbagai cara dan pendekatan untuk mendekatkan diri dengan ALLAH SWT,” jelasnya

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Fakta Disebalik Pemilik Facebook Jadilah Seperti Rashid Amat Mengezutkan

on Thursday, January 14, 2016

Fakta disebalik siapa pemilik Facebook Jadilah Seperti Rashid. Menerusi laman sosial, kini menjadi bualan ramai mengenai kewujudan Facebook Jadilah Seperti Rashid yang kini menghiasai “timeline” atau “wall” setiap pengguna laman sosial terutama di Facebook, Twitter dan Instagram. Siapakah Rashid sebenarnya sehingga mencetus fenomena baharu dilaman sosial? Berikut adalah beberapa fakta mengenai Siapakah Rashid.



Fakta Disebalik Pemilik Facebook Jadilah Seperti Rashid

1. Ditubuhkan sejak 12 Januari 2016 dan telah meraih sebanyak lebih daripada 150K jumlah likers dalam tempoh masa yang singkat.

2. Jadilah seperti Rashid sebenarnya meniru Fanpage dari luar negara iaitu ” Be Like Bill” atau Jadilah Seperti Bill.

3. Apa yang berbeza dengan Fanpage “Be Like Bill”, Jadilah Seperti Rashid menfokuskan kepada suasana yang berlaku di Malaysia.

4. Berkonsepkan sama seperti Fanpage “Be Like Bill”, fanpage ini lebih kepada sindiran berdasarkan isu semasa dan juga sikap atau kelakuan masyarakat. Format ayat juga saling tidak tumpah seperti “Be Like Bill” cuma Jadilah Seperti Rashid adalah buatan anak Malaysia dan menggunakan bahasa ibunda.



5. Fanpage “Jadilah Seperti Rashid” trending susulan ayat sindiran yang mampu membuat seseorang itu tersentap sama seperti Fanpage “Be Like Bill”.

6. Difahamkan, pemilik Jadilah Seperti Rashid adalah admin kepada Fanpage Bola Sepak di Malaysia.

7. Setiap status Jadilah Seperti Rashid juga mencecah likes dan komen yang begitu banyak.

8. Tidak lupa juga bahawa Jadilah Seperti Rashid juga trending sampai masuk Astro Awani.



9. Lebih kurang 50 peratus rakyat Malaysia menyampah dengan status Rashid dan ada kalanya sangatlah membosankan.

10. Jadilah Seperti Rashid juga akan post status setiap 30minit hingga 1 jam tanpa rasa jemu. Kira banyak juga idea Rashid ni.

11. Selain Malaysia yang cuba meniru Be Like Bills menerusi Jadilah Seperti Rashid. Banyak lagi negara lain yang mewujudkan fanpage yang sama dengan meniru status Be Like Bill.

12. Di Malaysia sahaja, kini sudah tumbuh bagai cendawan page Jadilah Seperti Rashid dengan pelbagai nama seperti Jadilah Seperti Rayyan dan sebagainya.

Persamaan Antara “Jadilah Seperti Rashid” Dan “Be Like Bill”





Versi Be Like Bill Dari Negara Filipina



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

" KEJADIAN DI PALONG 8. SERAM DEN, TADI BAU WANGI, LOPEH TU ADO ORG MELUNCUR "

on Monday, January 4, 2016



Namo den Ahjib, nak cito kesah sogham den maso kek Palong 8. Maso tu dalam pukul 11 te kau eh.

Den nak balik umah mak montuo den kek Palong 8 dari Batu Kikir. Potang tu bini den Rose mintak bolian udang sebelango. Den terlambek balik lak.

Maso tu den balik naek motor yo. Soghang2. Soram bai. Nengok kiri kanan sunyi yoh. Bedobar den.

Sampai yo kek Jeram Panjang, Palong 8, motor den buek hal pulak.

"Aduhh, apo kono eh ni. Motor den slow yo. Den pres2 xpon maun jalan". Den koba lam hati.

Den pandang belakang xdo sapo. Pandang dopan langsong xdo keto.

" Motor, kau jangan memain lak tongah malam buto ni. Den nak balik umah ni ha". Burak den sorg2.
.
Dalam maso den pres2 motor den yg 10km/h tu...

TIBO-TIBO.....

Den terbau wangi. Osah wangi eh. Den da kaku. Bulu dan naik. Poluh dah menceceh.

Zasssss..

Moluncur sorg gades cantik. Laju yo deh dari motor den. Mengilai2 dio golak.
.
Jantung den dah bedobar. Laju. DUB DAB DUB DAB.

" Tadi bau wangi, lopeh tu ado org meluncur. Motor lak makin slow. Ah paghah camni. Harini malam apo?"

Pehtu den peghati yo gades cantik tu lalu dopan den. Baju putih, rambut mengerbang di skala 6.

Tibo2, bilo gades tu sampai yo kek sungai tu dio patah balik.

Tangan den dah menggigil. Dio makin laju. Kaki tak cocah tanah. Rambut eh kombang macam bini den.

Den tokan brekkk! Gades tu tonung yo kek den. Makin laju ke arah den.

TIBO-TIBO GADES TU SAMPAI DOPAN DEN PEHTU BONTI DEH.

"Bang, napo? Alak bonti tongah jalan ni? Motor rosak ko? Topi sikit bang, sey nak main ROLLER BLADE ni"

Mengucap panjannngggggg den. Ya Ampun. #&@$@&@%@@%@ boto. Buek comeh den yo.

Ghupo eh den dah sampau kek port budak2 Palong 8 main ROLLER BLADE.

" Den ingat an hantu mano lah tadi wangi yo. Pehtu meluncur xcocah tanah. Mengilai2 malam2 buto"

den koba kek dio.

" Lahai abg ni, yo la sey main ROLLER BLADE pehtu sey berjayo kalah an abg yg bwk motor, tegolak2 la den. Hahahaha.

Meh lah main sekali bang. RM10 yo sekali main. Dapek main 2 jam. Tak pandai main ado org yg boleh ajar an. Jangan di risau an."

Hurm, terkono den malam ni. Huwaaaa







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Misteri Lori Teh Cheeta Terjawap Akhirnya

on Wednesday, December 16, 2015



Mesti ramai yang pernah nampak lori Teh Cheeta kan?

Sebenarnya Teh Cheeta ini adalah nama syarikat perkhidmatan penghantaran barangan sejuk beku. Bukannya produk Teh atau produk Teh milik Rozita Che Wan yang juga dikenali sebagai Che Ta. 'Teh' adalah nama kepada pemilik syarikat tersebut.

Jadi, jangan sangka di dalam lori itu ada uncang Teh Che Ta pula ye. Che Ta cuma keluarkan produk minyak wangi je, produk teh takde.

Ini berlaku sebab kita terlalu fokus pada Teh Cheeta tanpa melihat ayat pengenalan syarikatnya iaitu 'Cold Trans Network Specialised'


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Sayu. Rumah Anak Timbalan Perdana Menteri Dirompak

on Tuesday, December 15, 2015



Kajang, 15 Dis - Rumah anak kepada Timbalan Perdana Menteri dipercayai mengalami kerugian kira-kira RM25,000 setelah rumahnya di Country Height, Kajang dipecah masuk pada awal pagi tadi, lapor TheRakyatPost.

Rumah Datuk Nurulhidayah dipercayai dipecah masuk kira-kira jam 10 pagi tadi. Difahamkan, suami kepada Nurulhidayah turut berada di dalam rumah tersebut ketika kejadian.

Kejadian disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supritendan Abdul Ghani berkata hasil siasatan mendapati sekurang-kurangnya dua perompak terlibat di dalam kes tersebut.

Memetik laporan dari Orientaldaily, Abdul Ghani turut berkata perompak itu melarikan diri dari tempat kejadian tanpa mengganggu isi rumah.

Kejadian disedari oleh suami Nurulhidayah sebelum melaporkannya kepada polis pada 11 pagi tadi.

Kejadian ini adalah kali kedua selepas April tahun lalu.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Sayu. Misteri kehilangan Hidir di Kuala Pilah terjawab akhirnya

on Monday, December 14, 2015




KUALA PILAH - Misteri kehilangan seorang pemuda sejak empat bulan lalu akhirnya terjawab apabila dia ditemui mereput di dalam rumah ibu saudaranya di Kampung Kuala Sungkak, jam 9 pagi semalam.

Mangsa, Mohd Hidir Abu Bakar, 34, masih bujang dan bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai makan di kampung berkenaan.

Menurut ibu saudara mangsa, Dewi Zurainah Osman, 48, kali terakhir mangsa ditemui pada Ogos lalu, beberapa hari sebelum tibanya bulan Ramadan.

"Mangsa memang tinggal sendirian di rumah itu. Kali terakhir saya jumpa mangsa beberapa hari sebelum puasa di kedai makan tempat dia bekerja.

"Biasanya mangsa sering lalu-lalang di sekitar kampung tetapi bila orang kampung sudah jarang nampak dia, kami tak cari kerana dia suka menyendiri," katanya.

Bagaimanapun, kata Dewi Zurainah, misteri kehilangan mangsa terjawab selepas dia dan ayahnya, Osman Abd Ghani, 84, pergi membajak tanah berhampiran dengan rumah mangsa.

"Ketika kami membajak, saya ternampak lampu bahagian dapur rumahnya menyala. Saya jenguk-jenguk kot terjumpa Hidir.

"Saya dan ayah cuba panggil kalau dia ada di dalam rumah. Bila tiada sahutan, ayah panggil seorang rakannya, Ismail Ibrahim, 60, untuk bantu pecahkan pintu belakang rumah," katanya.

Alangkah terkejutnya, kata Dewi Zurainah apabila mereka ternampak satu rangka manusia terbujur di atas katil dan dipercayai adalah Hidir.

“Bimbang dengan kejadian itu, pakcik Ismail segera menghubungi polis," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintenden Luqman Abdul Rahman mengesahkan kejadian.

"Di sisi mangsa terdapat dokumen rawatan mental dari Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah atas nama mangsa.

"Unit Forensik dan Patalogi telah dipanggil untuk membantu siasatan. Bagaimanapun, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah berlaku," katanya.

Tambah beliau, polis telah menemui adik mangsa, Rafiudin Abu Bakar, 28, yang tinggal 50 meter dari rumah mangsa dan memaklumkan, kali terakhir beliau bertemu abangnya pada Ogos lalu selepas Aidilfitri.

“Mangsa mengalami masalah mental dan masyarakat seharusnya peka tentang kehilangan mangsa.

“Sepatutnya dalam tempoh tiga hari mangsa tidak ditemui, laporan polis telah dibuat dan gerakan mencari boleh dilakukan dengan kadar segera," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Punca Berita Pocong Berdarah Seram Di Sabah Tersebar Luas Hingga Pentagon Tubuhkan Pasukan Khas Untuk Menyiasat

Berita palsu penampakan pocong di Kampung Jawa Tawau Sabah. Menerusi laman sosial, kini tersebar rakaman video berdurasi 0:13 saat yang memaparkan susuk tubuh manusia dan dibaluti kain kapan. Jika dilihat dengan mata kasar, pergerakan loncatan atau lompatan hantu pocong tersebut seolah pergerakan hantu yang sebenar. Namun, sebaliknya ia hanyalah dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Lompatan pula dilihat hanya setempat seolah bungkusan kain kapan di gantung pada tiang atau pokok. Menurut penduduk setempat, kain kafan tersebut digantungkan dengan menggunakan tali tangsi dan didalamnya hanyalah ranting.



Rakaman Penampakan Pocong Di Kampung Jawa Tawau Sabah




Berita Palsu Pocong Di Kampung Jawa Tawau Sabah









Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Cerita benar kejadian aneh yang berlaku di Dataran Centrio S2, Seremban Dua amat menyeramkan...

on Tuesday, December 8, 2015



Dataran Centrio S2 tmpt paling happening di Seremban skg. Bnyk melahirkan peniaga2 ikut trend. Jual, sewa rollerblade dll.

Dan bila dah happening mulalah jadi pening...masalah sosial...membudayakan lepak hingga pagi. Sewa rollerblade sampai pukul 3 pagi?! Ibu bapak melatih anak keluar malam...

Tong sampah pekedai2 kwsn ni selalu hilang. Sampah sarap tok sah kata...hari2 org SWM kna sapu merata. "Tak pa...tu kerja dia"..mgkn tu yg si pembuang sampah pikir kot...stereotype third class mentaliti pnya pemikiran.

Vandalisme...rollershutter satu kedai tu nmpk dah patah, mcm kena langgar atau mgkn kena tendang?!

Paling 'best', rumah tong sampah blkg kedai kami jd toilet, ada org kencing dlm tu... moga2 bitas la org itu...atau paling kurang mati pucuk Emotikon smile terpaksa la sey cuci pulak. Mencari tong sampah yg hilang pun dh jadi rutin tiap minggu.

Hasil perbualan dgn jiran2 peniaga lain, pun x brp selesa keadaan skrg. Jiran kedai blkg pun bru pas cuci bhgn blkg kedai. Jiran dpn satu lagi kata dulu ada botol pecah dpn kedai dia. Malam kalau lori nak masuk lorong blkg buat delivery pun payah...sbb keta park sesuka hati.

Majoriti kalau tak 100% pengunjung kwsn ni sblh malam adalah Melayu, yg meniaga pun ramai Melayu..dan dah ada citer xtvt meng'pow' sapa yg berniaga tepi2 tu. Bila penguatkuasa masuk mula la viralkan mcm2 citer...tp ni la hakikat kadaan skrg.

Sey kalau terbaca mana2 post peniaga kna tindakan penguatkuasa dan sllunya mesti ada komen 'ni laa...taknak tlg melayu berniaga' mmg sey x minat. Org lain bleh ikut peraturan, tp korang kna bagi spesel treatment lak eh?

Yg berniaga restoran mcm2 kna comply grease trap, suntikan bagai, sewa mahal lagi...bila yg tpi jalan bleh je buang sisa dlm longkang, xyah suntikan...lesen pun xyah eh?!

Wpun sey rasa ada kepincangan dlm proses lesen berniaga ni...mps khususnya. Ada broker bangsa India tu klu tlg uruskan mudah je lepas, papan tanda nama omputih pun ok..clear. Tp kalau urus sndiri mcm2 warning staf kaunter bagi. Bab tu sey pasrah...sapo tak amanah dan makan rasuah...dah mati esok jawab la...

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

RAHSIA 1.5 JUTA BANGLA MASUK MALAYSIA TERBONGKAR AKHIRNYA. CASE CLOSED!

on Tuesday, December 1, 2015



PUTRAJAYA - Gambar sekumpulan besar pekerja warga asing tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) viral di media sosial semalam.

Menurut sumber, kumpulan berkenaan adalah kumpulan pertama dari 1.5 juta tenaga kerja warga Bangladesh yang dibawa masuk ke Malaysia seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, tampil seorang individu, Nadzrin Ibrahim, menafikan dakwaan itu dan menjelaskan perkara yang sebenar.

"Ini semua workers saya yang baru sampai hari ini. Jadi di sini saya nak bagi penjelasan sikit tentang beberapa perkara agar orang ramai tidak salah faham.

"Semua tenaga kerja warga Bangladesh ini direkrut melalui G2G Plantation. Bukannya 1.5 juta yang diumumkan oleh TPM. Rekrut G2G ini sudah ada semenjak 2012 dan syarikat saya mula mengambil mereka sejak tahun 2014. Semua yang saya ambil hari ini bekerja di bawah IOI Plantation dan kita hantar di sekitar ladang IOI di Keratong dan Kluang. Ini bagi menampung kekosongan di ladang kami bagi jawatan pemetik buah sawit," jelasnya.

Dalam penjelasan itu juga, Nadzrin menyeru mana-mana warga Malaysia yang menganggur dan berminat bekerja sebagai pemotong buah sawit boleh menghubunginya di talian 03-89478888.

"Pihak IOI mengalu-alukan kehadiran pemotong buah sawit warga tempatan," katanya.

Sementara itu netizen mengutuk tindakan keyboard warrior yang melemparkan tuduhan serta fitnah terhadap kerajaan.

"Tak payah bising-bising. Yang kuat mengutuk dan komen macam boss itu cuba buka perniagaan sendiri atau syarikat sendiri. Tengok berapa ramai orang tempatan yang nak berkerja dengan kau. Aku dah berpengalaman 16 tahun jadi boss. Minta maaflah, kalau orang tempatan ini memang banyak songeh dan pemalas. Tak semua tetapi kebanyakan. Kerja 2 3 bulan dah berhenti. Cabut begitu saja. Ghaib! Gaji nak besar walaupun sekolah ada sijil PMR atau UPSR saja. Tapi okaylah kalau nak bekerja, ini yang jenis yang selesa dengan tak bekerja kononnya tak sesuai dengan kelulusan," kata Mohamad Shauti Yusof.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'MASA DIA DATANG PUN MUKA DAH KETAT' - PEGAWAI JPN

on Friday, November 20, 2015



Susulan kes seorang wanita mengadu seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sungai Petani berkelakuan biadab (BACA SINI), tampil pegawai bernama Rezuan menjelaskan keadaan yang berlaku pada 2 minggu lalu.

Baca penjelasan pegawai JPN di bawah: 

Ceritanya, dua minggu lepas, perempuan ini mai nak buat IC hilang. Masa dia mai kat aku pun muka dah ketat.

Aku tanya hilang macam mana, tercicir ke, orang curi ke. Dia bagi report polis kat aku. Aku baca report dia, kes dia, dia letak purse dia dalam raga motosikal. Lepas itu aku pun katalah yang ini adalah kes kecuaian.

Kali pertama hilang, bayaran RM110. Dia kata pasai pa pula? Dia pergi buat report, tadi polis kata kali pertama takyah bayar. Lepas itu, nak letak purse di mana lagi dia kata.

Aku katalah yang polis itu tidak tahu prosedur JPN. Dia kata aku nak makan duit dia pula dah. Dia kata lagi kerajaan memang suka makan duit rakyat.

"Aku refer pada penyelia aku, tunjuk report polis perempuan itu. Penyelia aku kata bagi free sajalah,"

Selepas itu aku nasihatkanlah dia, lain kali jangan letak benda-benda penting dalam raga motosikal. Dia pula tidak puas hati kenapa aku kata macam itu.

Aku pun terus buat IC dia. Dia pula rakam gambar aku dua minggu lepas, tapi tak viral lagi masa itu.

Hari ini dia datang sekali lagi nak buat pendaftaran kelahiran untuk anak menakan dia. Pegawai di kaunter sebelah aku yang buatkan. Datangnya, semua dokumen tidak dibuat salinan. Pegawai kaunter sebelah suruh dia pergi buat salinan dulu, baru boleh terus proses. Dia terus membebel, dia kata di klinik, jururawat tak suruh buat salinan pun.

Pegawai itu pun tunjukkan pada dia bahawa dalam borang kelahiran ada mengatakan dokumen-dokumen yang perlu dibuat salinan. Selepas itu dia boleh pula sound kata jururawat di klinik tak reti buat kerja.

"Orang Kerajaan semua tak reti buat kerja!"

Selepas itu dia pun pergilah buat salinan dan datang semula ke kaunter 10 apabila nombor gilirannya dipanggil.

Saja-saja nak bebai kat orang mana boleh? - Rezuan

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PUNCA SEBENAR USTAZAH PUKUL PELAJAR PEREMPUAN 16 TAHUN GUNA WAYAR TERJAWAP

on Monday, November 9, 2015



SIK - Seorang guru agama wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sik semalam atas pertuduhan memukul pelajar perempuan berusia 16 menggunakan wayar Oktober lalu.

Tertuduh, Aishah Abu Bakar, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan, lapor Harian Metro.

Mengikut kertas pertuduhan, Aishah didakwa telah memukul mangsa menggunakan wayar hitam di koridor di hadapan kelas Pondok Bandar Hilir, Teloi Tua, pada jam 10 pagi 8 Oktober.

Jika disabitkan bersalah, Aishah boleh dikenakan hukuman penjara setahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Majistret Mohd Izham Ali menetapkan 14 Disember depan tarikh sebutan semula kes dan tertuduh telah diikat jamin sebanyak RM1,000.

Di laman sosial pula, tampil seorang individu yang dipercayai pelajar sekolah itu juga mendedahkan bahawa dia menyaksikan sendiri apa sebenarnya yang berlaku pada kejadian itu.

"Yang komen marah-marah dan negatif itu, mohon jangan cepat melatah. Aku pun ada di situ pada masa itu," katanya yang enggan menggunakan nama sebenar.

"Budak itu memang kurang ajar. Tulis pasal anu lelaki di meja budak dua perempuan. Lagi pun kena tibai sikit saja pun. Ada lagi budak yang kena tetapi mereka okay saja dan mengaku kawan mereka yang kena tibai itu menokok nambah cerita pada polis kononnya dia dipukul teruk sampai di bahagian belakang badan pun kena," dedahnya.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Punca menyamar jadi pegawai MPS minta duit tersebar akhirnya

on Thursday, November 5, 2015



SEREMBAN - Majlis Perbandaran Seremban (MPS) membuat laporan polis berhubung dua lelaki menyamar sebagai pegawai daripada jabatan terbabit untuk menipu orang ramai.

Yang Dipertuanya, Datuk Abd Halim Abd Latiff berkata, dua lelaki yang datang ke rumah penduduk di Taman Panchor Jaya dan Taman Sri Pulai 3 di sini, kelmarin, bukan kakitangan MPS.

Sebaliknya, katanya, kedua-duanya menyamar sebagai kakitangan PBT terbabit bertujuan untuk menipu mangsa bagi mendapatkan wang.

Menurutnya, lelaki tidak dikenali itu mendakwa mereka sebagai pegawai di Jabatan Perancang MPS untuk memeriksa rumah penduduk.

“Kedua-dua mereka pergi ke setiap rumah penduduk, kononnya mahu memeriksa rumah dan bangunan yang diubah suai.

“Apabila rumah penduduk didapati melakukan sambungan haram, mereka akan meminta wang sebagai bayaran denda,” katanya.

Menurutnya, penduduk yang berasa was-was dengan tindakan kedua-dua lelaki itu segera memaklumkan kepada pegawai MPS.

“Pegawai saya segera ke rumah penduduk dan hasil siasatan mereka mendakwa dari Jabatan Perancang. Pegawai berasa musykil kerana kerja-kerja pemeriksaan ubah suai bangunan dilakukan Jabatan Bangunan bukannya Jabatan Perancang.

“Pegawai saya juga tidak kenal kedua-dua lelaki itu dan mereka juga bukan kakitangan atau bekas kakitangan MPS,” katanya di sini, semalam.

Abd Halim berkata, pegawainya bagaimanapun berjaya mengambil gambar dan membuat rakaman video kedua-dua lelaki terbabit sebelum mereka melarikan diri dengan sebuah kenderaan.

“Kita sudah membuat laporan polis tentang perkara ini dan gambar serta rakaman video telah kita serahkan kepada polis. Kita minta polis siasat perkara ini dan mengambil tindakan terhadap kedua-dua lelaki ini,” katanya.

Sehubungan itu, Abd Halim menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati terhadap individu yang menyamar kakitangan MPS.

“Kalau ada kakitangan MPS yang datang mahu memeriksa rumah atau memungut cukai dan seterusnya meminta wang, saya minta orang ramai agar tidak serahkan duit kepada mereka.

"Ini kerana kakitangan kita tidak dibenarkan memungut cukai atau wang dari rumah ke rumah.

“Jika terdapat kejadian seperti ini, kita minta orang ramai untuk segera membuat laporan polis,” katanya.

Menurutnya, pembayaran cukai hanya boleh dibuat melalui Pejabat MPS, Pejabat PBT yang lain, Pejabat Pos dan pembayaran online banking.

Sementara itu, foto dua lelaki yang menyamar itu turut tersebar dalam laman sosial Facebook selain video berdurasi 1:40 yang dirakamkan ketika pegawai berkenaan sedang berada di hadapan sebuah rumah penduduk.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ajaib. 5 Tahun Lumpuh, Tak Sangka Dapat Berjalan Semula Sewaktu di Madinah

on Wednesday, October 28, 2015



Sepang, 28 Okt: Seorang jemaah haji, Fatimah Abd Latif, 60, tidak menyangka dia boleh berjalan semula sewaktu berada di Madinah sedangkan sebelum ini sudah lima tahun badan belah kirinya lumpuh akibat dari angin ahmar.

Menceritakan kejadian ajaib itu, Fatimah berkata dia menyedari kakinya boleh bergerak semula selepas dia bangun dari tidur dan bersiap sedia menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi.

"Saya terus memanggil anak perempuan supaya memeriksa kaki kiri kerana masih tidak percaya dengan apa yang dialami pada waktu itu.

"Kemudian, saya cuba bergerak tetapi hanya dapat bergerak tiga langkah sahaja. Bagaimanapun, saya cuba lagi bergerak dengan bantuan anak dan menantu untuk menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi," katanya di KLIA ketika ditemui wartawan sebagaimana memetik laporan myMetro.

Tambah Fatimah lagi, ketika dia tiba di Madinah untuk ke Makkah dia masih lagi memerlukan kerusi roda untuk bergerak.

"Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana setiap hari saya berdoa termasuk di hadapan Kaabah memohon supaya kaki kiri boleh bergerak dan sihat untuk menunaikan ibadah.

"Allah memakbulkan doa saya dan kami sekeluarga berasa terharu, sebak serta bersyukur atas nikmat ini," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

SAYU. SUSUSLAN KES BANGLA CARWASH DI LOMPANG: 'BANGLA TU MEMANG KURANG AJAR!'

on Sunday, October 18, 2015



PUTRAJAYA - Susulan dari kes seorang pekerja car wash warga Bangladesh dipukul seorang lelaki yang memandu kereta Range Rover, kini lelaki terbabit tampil memberikan penjelasan.

Risamuddin Abd Wahab, mendakwa pemilik Car Wash, Atie Abdul Hamid, telah menfitnah dirinya dan sekeluarga sehingga mendatangkan kemudaratan.

"Bangla itu memang kurang ajar. Saya dah tegur elok-elok tetapi disebabkan dia tak puas hati bila ditegur, dia pergi ke sebelah pemandu dengan menggunakan yang kotor, dia terus lap bahagian bumbung dalam sampai lekat kesan hitam semata-mata nak tunjuk tak puas hati.

"Bila saya tegur lagi, dia menjawab. Kalau you di tempat saya, sikit sebanyak pun akan tercabar juga," katanya kepada rakan yang bertanyakan tentang insiden tersebut.

"Saya call bos dia pada masa itu, tetapi tak dijawab. Lepas itu dia fitnah kata saya marah sebab Bangla itu kotor duduk dalam kereta saya. Itu langsung tidak betul sama sekali. Hanya Tuhan yang tahu dan dia akan tanggung dosa fitnah itu sebab saya sekeluarga termasuk mak dah malu kena kutuk oleh masyarakat," jelasnya.

Terdahulu, pemilik Car Wash, Atie Abdul Hamid, mendedahkan bahawa kereta jenis Range Rover yang dipandu lelaki itu milik syarikat lelaki berkenaan.

Menurut seorang pengguna Facebook, Eira Irya Annuar, yang mendakwa mengenali lelaki terbabit mendakwa, dia memang seorang yang panas baran.

"Dia ini memang baran sangat. Bini dah banyak kali lari dari rumah sebab kena pukul. Baru bulan lepas masuk lokap kes pukul bini tetapi terlepas hukuman sebab dalam proses perbicaraan dia melarikan bini dia dari family dan paksa tarik balik report," katanya.

Sementara itu, Atie Abdul Hamid pula enggan menjawab segala persoalan yang telah diajukan padanya di laman Facebook dan hanya menyerahkan pada pihak polis untuk jalankan siasatan.

"Terima kasih yang PM inbox saya. Punyalah banyak, memang tak dapat nak balas dan baca. Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik oleh pihak polis," katanya.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

POLIS KELANTAN DEDAH KISAH MENYERAMKAN KEHILANGAN 7 MURID SK TOHOI

on Thursday, October 15, 2015



Kota Bharu: Polis Kelantan hari ini memberi penjelasan mengenai kejadian sebenar berhubung kehilangan tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang melarikan diri dari asrama pada 23 Ogos lalu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, rentetan kejadian itu bermula pada 22 Ogos apabila sekumpulan 25 murid sekolah itu keluar mandi di sungai berdekatan pada 1 petang dan pengawal sekolah kemudiannya memaklumkan perkara berkenaan kepada seorang warden.

Warden itu kemudiannya memanggil tiga daripada 25 murid terbabit dan memaklumkan akan mengenakan hukuman ke atas mereka pada keesokan harinya.

"Kira-kira 9 malam, 23 daripada 25 murid berkenaan sudah berbincang dan merancang untuk melarikan diri ke kampung mereka iaitu Kampung Penad dan Kampung Gawin pada keesokan pagi," katanya ketika taklimat pada Majlis Penyerahan Sumbangan oleh Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) Datin Seri Rosmah Mansor di Auditorium Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Barisan Nasional Negeri Kelantan (PENAWAR) Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan/Terengganu, Nik Man Nik Ya dan Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, pada 7 hingga 9 pagi, 23 Ogos pula warden membuat pemeriksaan dan mendapati seramai 23 orang murid asrama sudah melarikan diri dan warden bersama Pembantu Pengurusan Asrama, pengawal keselamatan dan dua orang penduduk kampung mencari berkenaan.

"Mereka kemudiannya bertemu dengan 16 murid berkenaan di satu lokasi pada 6 petang dan memujuk mereka untuk pulang ke asrama, bagaimanapun tujuh belum ditemui sebelum pihak sekolah yang dibantu penduduk kampung melakukan gerakan awal mencari mereka pada 9 malam sehingga pukul 12.30 pagi keesokannya (24 Ogos).

Beliau berkata, rancangan murid berkenaan melarikan diri daripada asrama sekolah diketahui hasil temubual yang dijalankan ke atas 16 murid yang kembali ke asrama selepas dipujuk oleh guru mereka.

Katanya, pada 24 Ogos, pihak sekolah dan penduduk kampung meneruskan usaha pencarian bermula pukul 8 pagi hingga 3 petang dalam lingkungan 1 kilometer (KM) dari kawasan sekolah serta berjumpa dengan ibu bapa murid-murid berkenaan di Kampung Penad dan Kampung Gawin.

"Bagaimanapun, selepas gagal menemui ketujuh-tujuh murid berkenaan di kampung masing-masing, pihak sekolah kemudiannya membuat laporan polis pada 2.25 pagi 25 Ogos sebelum Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang menghantar lima anggotanya ke Pos Tohoi pada 9.30 pagi untuk menjalankan operasi pencarian di kawasan berdekatan," katanya.

Katanya, bermula pada 25 Ogos, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ketujuh-tujuh murid-murid berkenaan digerakkan, sekali gus menolak dakwaan di sosial yang mendakwa pasukan SAR hanya melaksanakan operasi berkenaan pada 27 Ogos.

"Pihak sekolah juga lambat membuat laporan polis kerana pernah ada kejadian murid bertindak melarikan diri dari asrama, namun ditemui ketika mencari murid berkenaan di rumah mereka," katanya.

Mazlan berkata, lebih daripada 350 anggota daripada pelbagai agensi keselamatan dan awam terbabit dalam operasi berkenaan sehinggalah pasukan SAR menemui mayat pertama pada 7 Oktober lalu.

Miksudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob, 10, ditemui selamat oleh pasukan SAR pada Jumaat lalu. Mereka antara tujuh murid SK Tohoi di Gua Musang yang dilapor melarikan diri dari asrama sekolah pada 23 Ogos lalu kerana takut dikenakan tindakan oleh guru kerana mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran.

Dua lagi murid, Sasa Sobrie, 8, dan Ika Ayel, 9, disahkan meninggal dunia manakala dua rangka turut ditemui tetapi masih belum dikenal pasti. Tiga lagi murid dalam insiden itu adalah Linda Rosli, 8, Haikal Yaakob, 8, dan Juvina David, 7

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Punca Sebenar Pemandu Teksi Yang Menghantar Mangsa Culik Turut DITAHAN Polis Terjawap

on Saturday, October 10, 2015



KAJANG: Polis telah menahan empat suspek yang menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di hadapan sebuah tadika di Sungai Chua, di sini, pada Jumaat.

Salah seorang suspek itu termasuk pemandu teksi yang membawa pulang mangsa, Li Zhi Yang yang dilarikan dua lelaki dalam kejadian kira-kira 9 pagi semalam.

Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Abdul Samah Mat berkata wang tebusan hampir RM300,000 turut dirampas.

Beliau berkata salah seorang empat suspek tersebut adalah warganegara Indonesia.

“Satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat kes ini. Tangkapan pertama yang melibatkan dua orang dibuat pada lebih kurang pukul 10.10 malam semalam di hadapan sebuah pasaraya di sini.

“Kedua suspek berada dalam sebuah kereta dan pihak polis telah merampas wang tebusan berjumlah RM30,000 yang ditemui di bawah tempat duduk.

“Tangkapan kedua pula dilakukan pada jam 12.15 pagi ini di Kajang Raya melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 45 tahun di mana polis telah merampas wang tebusan berjumlah RM1,050 dari dalam beg duit milik suspek.

“Pihak polis juga berjaya merampas wang tunai berjumlah RM60,500 dari motosikal yang terletak di rumah lelaki tersebut,” katanya semasa satu sidang media di IPK Selangor, pagi ini.

Abdul Samah juga berkata sejumlah RM200,000 telah ditemui di Plaza Indah Sungai Kajang dan polis merampas sebuah beg berwarna ungu yang digunakan bapa mangsa bagi mengisi wang tebusan di Pusat Perindustrian Sungai Chua.

Katanya lagi suspek keempat telah ditahan di kawasan Perindustrian Bukit Angkat Kajang dan sebuah kereta juga dirampas.

“Sebuah kereta jenis Proton Saga BLM berwarna gelap dengan nombor pendaftaran WUJ 1485 yang digunakan semasa kejadian telah dirampas.

“Antara barangan yang turut dirampas termasuk sebuah teksi, wang tebusan RM291, 550, satu motosikal dan empat telefon bimbit,” katanya.

Abdul Samah juga berkata tiga suspek telah mengaku bersalah manakala seorang mengaku tidak bersalah.

“Suspek dijanjikan upah sebanyak RM10,000 bagi menjalankan perniagaan dan selepas bapa mangsa membayar wang tebusan terbabit kedua-dua suspek mendapat bayaran RM20,000 masing-masing,” katanya.



Tambahnya lagi, punca kejadian ialah selepas suspek mempunyai masalah kewangan.

Dalam kejadian pada Jumaat, sebuah video rakaman kamera litar tutup (CCTV) berdurasi 73 saat tersebar di media sosial menunjukkan seorang kanak-kanak diculik oleh dua orang lelaki.

Video itu menunjukkan dua lelaki memakai kemeja hitam bercakap dengan ibu kanak-kanak tersebut dipercayai untuk bertanyakan jalan sebelum salah seorang daripada mereka tiba-tiba menculik kanak-kanak itu dan dengan pantas meninggalkan tempat kejadian dengan kereta.

Ibu kanak-kanak itu sempat mengejar kedua-dua lelaki tersebut ke kereta sebelum beliau terjatuh.

Beliau kemudian memuat naik gambar anaknya ke akaun Facebooknya, atas nama Cammi Lim Ker Shing, dan meminta bantuan orang ramai untuk mencari anaknya.

Lee ditemukan dalam keadaan selamat lapan jam kemudian oleh seorang pemandu teksi yang kemudian menghantarnya pulang ke rumah keluarganya sejurus selepas itu.

Usaha pihak polis ini turut mendapat ucapan tahniah dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam twitnya pagi ini.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

CULIK KAJANG: 4 LELAKI DITAHAN, WANG TEBUSAN RM261,550 BERJAYA DIRAMPAS



SHAH ALAM - Dalam perkembangan terkini, empat telaki telah ditahan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penculikan seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun di Kajang, tengah malam tadi.

Keempat-empat lelaki termasuk pemandu teksi yang mengembalikan mangsa kepada keluarganya, ditahan kurang dari 24 jam untuk membantu siasatan selepas video penculikan itu viral di laman sosial.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, polis juga berjaya mendapatkan kembali wang tebusan RM261,550 yang telah dibayar kepada suspek.

Kanak-kanak lelaki itu kembali ke pangkuan keluarganya selepas 8 jam dilarikan kes penculikan itu viral di WhatsApp dan media sosial yang lain.

Mangsa diculik daripada ibunya di luar perkarangan tadika di Sungai Chua, Kajang.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri



 
© AANS BLOG All Rights Reserved