Muhammad Adam Farish yang akan mencecah umur dua tahun bulan depan meninggal dunia kira-kira pukul 4.16 pagi di Hospital Sultanah Aminah.
Muhammad Al-Hafiz yang ditemui pemberita, berkata dia berasa sedih dan terkilan kerana tidak berada di sisi anaknya ketika ia menghembuskan nafas terakhir.
Beliau berada di Kota Bharu bersama skuad Harimau Selatan sebagai persiapan menentang pasukan Kelantan pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia yang dijadual malam Sabtu.
Penjaga gol terbabit kemudian tiba di rumah seorang saudaranya di Kampung Bakar Batu, di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari untuk pengurusan jenazah anaknya sebelum dibawa ke kampung halaman isterinya di Kampung Pantai Johor, Alor Setar, Kedah untuk pengkebumian.
Sementara itu, isteri Muhammad Al-Hafiz, Fatihah Nur Fadzil, 24, berkata, anaknya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu pada kira-kira pukul 9 pagi Jumaat selepas mengalami kesukaran bernafas.
Menurut Fatihah, anak tunggalnya itu sudah mengalami masalah jantung dan paru-paru sejak dilahirkan dan sering dimasukkan ke hospital untuk rawatan.
Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Mohd Fahmy Yahya berkata, Muhammad Al-Hafiz akan direhatkan pada perlawanan menentang Kelantan bagi membolehkan beliau menguruskan jenazah anaknya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment